Friday, April 1, 2011

Kisah semut baik dan semut jahat

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang sangat suka membela binatang. Minatnya pada binatang memang tidak boleh dinafikan lagi. Sehingga dia ada membela dua ekor semut.

Lalu dibina oleh pemuda itu tempat menginap bagi dua ekor semut itu di tempat yang sama. Pemuda itu memberi makan sayuran vegetarian pada kedua-dua semut.

Pada satu hari pemuda itu telah membuat satu perancangan untuk melihat tahap semut-semut. Lalu pemuda telah meletakkan gula di kawasan semut dan mengarahkan semut supaya tidak memakan gula itu. Lalu dibiarkan semut-semut bergerak sendiri.

Semut baik mendengar arahan pemuda. Dia selalu menjauhkan diri dari gula. Jika terpandang gula, dia segera mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia menahan nafsunya dari memakan gula. Dia sangat takut mengingkari arahan pemuda.

Namun tidak bagi semut jahat. Semut jahat menunggu sahaja peluang untuk makan gula. Bila line clear sahaja dia akan segera makan gula. Kadang-kala dia siap tapau lagi gula di dalam poketnya.

Suatu hari pemuda ingin mengalihkan semut-semut ke tempat yang baru. Satu tempat ialah Sugar Land. Sugar Land ialah tempat yang cantik, indah, dan aman. Satu tempat lagi ialah Gross Land. Gross land ialah tempat yang buruk, gelap, dan panas.

Pemuda telah memeriksa tahap semut-semut. Semut baik berada dalam keadaan sihat kerana tidak makan gula dan membanyakkan makan sayuran. Lalu dengan penuh kasih sayang pemuda telah meletakkan semut baik ke Sugar Land.

Tetapi tidak bagi semut jahat. Semut jahat mengalami sakit kencing manis kerana terlalu banyak makan gula. Dia tidak mendengar arahan pemuda. Akibat daripada itu, semut jahat telah dicampakkan ke dalam Gross Land.

Hiduplah semut baik dan semut jahat ke tempat yang telah ditetapkan oleh pemuda buat selama-lamanya.

Tamatlah kisah semut baik dan semut jahat.


Justeru, fikir-fikirkan. Siapakah kita? Semut baik atau semut jahat?

10 comments:

Freaky said...

cerita ni mempunyai maksud yang mendalam :)

oranglidi said...

walaupun keji tapi aku salute kisah ni. layak menggantikan novel anak laut ataupun seteguh karang untuk komsas.

rafiq said...

freaky, harap memahami.

oranglidi, tenkiu bro. gua hepi.

Razman said...

kesian semut tu. tak sempat kahwin.

budakbaek said...

menarik... makes me think~

Yuyun Ahmad said...

hebad.. well.. anda ex student smk sulaiman yaw.. look familiar~

yana said...

hahahahhahahahha! saket prot gelak..bodoh semut!

rafiq said...

razman, tak sangka kau pun ade sifat kesian dalam hal ni.

budakbaek, tenks :)

yuyun, tidak. sy memang femes. tapi sy tak sekolah di sana.

yana, ala yana. ni bukan cerita lawak tahu.

K2r~90 said...

aq ase hang try hanto kat kosmo 'karya kekanak'






fuh ramai y taubat neh .. heeeeeeee

rafiq said...

kompom!