Wednesday, September 29, 2010

Bermula dengan kata-kata

Persamaan seekor kera dengan seekor beruk tidak jauh. Dua-dua sama bodoh. Dan dua-dua berupa seperti kau.

Sejak kali pertama aku melihat kau. Aku sudah terpegun dengan kau. Aku lihat kau terbang melayang membuatkan aku juga turut mahu terbang. Bila kau ada di sisi aku terasa diri ini macho. Awek-awek melihat aku seperti melihat gunung emas. Terpegun mereka melihat aku. Sungguh bangga aku ketika itu.

Tapi makin lama aku rasa kau banyak menyusahkan aku. Semakin aku simpan duit semakin habis duit aku disebabkan kau. Aku sudah meluat dengan gelagat kau. Perangai kau tidak ubah seperti kera meminta penerajang. Wajah kau membuatkan aku rasa hendak tonyoh-tonyoh seperti cekodok penyek.

Tapi sayang masa tu kau pandai. Mana-mana kau ada. Dekat kedai selvam aku nampak kau. Dekat kaca televisyen pun aku boleh nampak kau. Dekat pasaraya. Dekat kedai makan. Kedai menjual ubat cap kaki tiga pun kau ada. Dengan selamba kau senyum-senyum dekat aku. Ingat aku suka lah? Aku buat-buat senyum dekat kau takut orang nampak aku marah dekat kau.

Sebenarnya dalam diam-diam aku dah simpan hasrat nak membunuh kau. Pernah satu hari aku plan dengan sorang kawan aku yang kerja dekat farmasi tu. Aku nak letak racun pada kau. Memang lah racun tu aku yang makan. Tapi kalau kau nak tahu. Aku takkan sakit. Malah aku tambah sihat. Tapi kau yang akan sakit. Kau akan mati.

Untuk pengetahuan kau. Kau takkan muncul lagi dalam hidup aku.

YA. Aku puas. Aku akan berjaya. Aku pasti. Kau tunggu saja masa kau.



(pesanan dari bakal pengguna niQUITin)

Friday, September 24, 2010

Bercakap mengenai jodoh

Dalam kesamaran waktu ini. Aku tiba-tiba mahu update blog. Sudah hampir seribu tahun aku tidak update. Sukahati aku saja tidak mahu update.

Sebenarnya ekceli aku tidak tahu mahu tulis apa. Bila aku sudah mentionkan aku tiba-tiba mahu update blog, maknanya aku tiada idea mahu tulis. Jadi mengarut sahajalah disini.

Selalunya mengarut dikaitkan dengan imaginasi seseorang. Aku selalu berimaginasi ingin berkahwin dengan rozita che wan. Okay rasanya tak perlu sebut nama. Aku sebenarnya berimaginasi ingin berkahwin dengan janda. Tidak kira kaya atau tidak miskin.

Jadi aku selalu meluahkan hasrat aku untuk mencari janda-janda yang kaya dan bergetah. Tetapi ramai yang menolak cadangan aku dengan berkata, "hey punya banyak gadis, janda jugak kau cari."

Lalu aku membalas, "kau ni bagi lah semangat sikit. takpun bagi duit raya. sedap sikit aku mendengarnya."

Ramai orang pelik kenapa aku suka mencari janda. Ini antara 2 sebab pilihan aku memilih janda dan mungkin akan jadi pilihan lelaki juga.

Pertama, janda sudah tentu mempunyai pengalaman dalam bidang memasak. Semua lelaki sangat suka jika isteri tahu memasak seperti janda. Bagi sesetengah gadis pasti tidak tahu memasak. Pasti suami akan letih kerana perlu memarahi mereka dahulu sehingga pandai memasak.

Yang kedua, janda mempunyai pengalaman dalam mendayung sampan. Suami yang suka berkelah pasti akan membawa isteri mereka mendayung sampan ke pulau indah. Jadi janda yang sudah pandai mendayung pasti akan melancarkan perjalanan mereka ke pulau tersebut.

Okay itu antara 2 sebab. Sebab-sebab lain sebenarnya banyak lagi. Tapi aku malas nak fikir. Ini saja yang terlintas sekarang.

Jika mahu dikaitkan dengan imaginasi aku dan impian aku. Sebenarnya tidak mustahil. Imaginasi akan menjadi realiti. Impian akan jadi kenyataan. Cuma yang aku perlukan sekarang ini adalah sokongan.

Jadi sesiapa mahu sokong aku memilih janda sebagai isteri?

Monday, September 13, 2010

Anak jati bentong!

Beberapa hari lalu merupakan hari istimewa buat semua murid sekolah. Tanggal 27 haribulan 8 tahun 2010 ialah suatu hari cuti. Genap sudah 21 tahun pemilik blog ini berbakti di dunia ini.

Demi menunjukkan rasa gembira dan membuktikan sikap setia pemilik kepada blog. Pemilik mengarang juga untuk harijadinya. Ini serba sedikit latar belakang pemilik blog 'about aku'.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Rafiq bin Hasrudin. Beliau dipanggil Apik oleh ahli keluarga. Beliau lahir di Bentong dan tinggal di Bentong. Senang kata pemilik sememangnya anak jati Bentong. Beliau mempunyai seorang kawan yang merasa tidak percaya dengan kejatian Bentongnya. Lalu beliau terus bercakap bahasa kampungnya. "hey, im a real son of Bentong. Please believe me!". Lalu kawan beliau mempercayai kata-katanya lantas jatuh cinta kepada beliau kerana bercakap benar.

Pemilik blog ini seorang yang pemalu. Jika kamu mengajak beliau makan pasti beliau berkata 'taknak'. Tetapi tangan beliau tetap menadah tangan meminta makanan. Beliau juga seorang yang penakut. Beliau sangat takut jika awek-awek memandangnya kerana pasti mereka akan tergoda melihat kemanisan muka beliau. Beliau seorang yang sangat sombong. Beliau tidak berkawan dengan harta seseorang. Beliau hanya berkawan dengan hati budi seseorang. Ngeh3 (bunyi gedik)

Hari ini pemilik mahu menjadi diri sendiri. Umur 21 dirasakan cukup matang. Teringat satu kata-kata semasa beliau menuntut di sekolah. Bertanya beliau kepada seorang senior, "ee, apa ni bulu-bulu di perut ni?"
Lalu senior menjawab, "ha tu la kau tak tahu. Bulu ini tandanya orang yang matang tahu?".
Sejak dari itu beliau selalu membelek perutnya. Sehinggalah suatu hari beliau sendiri mengalaminya dan sedar dirinya sudah matang.

Pemilik telah banyak menghabiskan masa. Telah banyak menghabiskan tenaga. Tiba sudah masa pemilik harus berubah. Umur meningkat pasti ada azam baru. Bukanlah azam itu seorang manusia bernama Azam yang baru. Tetapi ianya seperti impian. Azam beliau. Beliau mahu jadi beliau yang baru. Tidak mahu jadi yang dulu. Mahu lebih baik. Lebih baik. Dan lebih baik. Yang pasti dan kamu harus tahu.

Pemilik bukan macam dulu..

P/s: selamat hari jadi saya..!! :)