Tuesday, August 31, 2010

Secebis rasa sekadar luahan

Sungguh bosan terasa hati ini. Sungguh sunyi terasa hati ini. Umpama seekor kera yang tiada playstation.

Sejak pertemuan dahulu sehingga kini. Aku masih terbayang wajahmu di depanku. Senyum tawamu menjadi penawar aku dikala duka. Kata-katamu menjadi bahan api. Membakar semangat dalam diriku.

Kini kau sudah tiada. Rindu semakin menjadi-jadi. Hatiku bagai dicucuk duri sembilu. Jiwaku meronta-ronta memikirkan tentang dirimu.

Hanya gambarmu yang menjadi penawar rinduku. Hanya tawamu bermain di mindaku. Aku tidak mampu lagi memujukmu. Pelbagai cara. Pelbagai kata. Telah aku luahkan kepadamu. Tapi sedikit pun tidak melenturkan hatimu. Hatimu umpama batu konkrit. Hatimu keras.Air tidak mungkin dapat memecahkannya.

Hanya luahan di alam maya. Hanya coretan tidak berguna. Biarlah aku mengucap sedikit rasa.

Pergilah kau bersama kekasihmu. Semoga kau bahagia bersama si dia. Aku tidak mendoakan keburukan. Malah bahagia aku hajatkan. Kau bahagia. Aku juga bahagia.

Luahan dari hati yang sepi~

Tuesday, August 24, 2010

ONE DROP PERFUMES

Berlalu lah sudah lapan belas tahun, tidak update blog.
Tiba tahun ke sembilan belas, baru lah nak update.
Suasana hari puasa, memang terasa penat.
Hendak menulis pun tidak lah larat. (nyanyi dengan irama 'suasana hari raya').

Terima kasih kepada yang menyanyi lagu ini. Aku sungguh terharu kerana pada saat begini dapat menghiburkan mereka yang didalam kepenatan.

Bulan puasa baru-baru ini terasa cukup mencabar bagi aku. Dari pagi hingga petang. Petang hingga malam. Malam hingga pagi semula. Aku asyik memikirkan bagaimana cara untuk menguruskan rumah tangga. Oh maafkan aku. Bukan rumah tangga. Tetapi sebenarnya menguruskan perniagaan.

Aku memikirkan apakah perniagaan yang patut aku lakukan di bazar ramadhan. Mahu jual itu. Mahu jual ini. Semua aku mahu jual. Orang kata asal barang jadi duit. Tidak kisah apa sahaja barang. Last-last aku dapat panggilan dari ayah aku.

" Apik, awak tolong ayah jual kurma. Esok pergi buat lesen berniaga."

" Ok baiklah ayah."

Aku tidak lagi susah-susah mahu fikir lagi. Aku akhirnya menggantikan tempat bapaku menjual kurma. Ayahku mungkin sibuk dengan tugas di pejabat.

Di dalam kotak fikiran aku ialah aku cuma mahu menambahkan barangan jualan. Akhirnya aku mendapat idea.


Dengan cogan kata, 'badan wangi poket berisi', aku telah memulakan perniagaan menjual ONE DROP PERFUME.



Set 1 for MEN

Ini adalah satu contoh perfumes.

Sekarang aku mahu promosi lah dekat kamu semua minyak wangi ini. Bulan puasa ini elok kamu beli. Hendak pergi terawih pasti kamu mahu wangi-wangi. Jadi one drop ini sangat sesuai dan boleh untuk dibawa solat.

Untuk lihat banyak lagi boleh buka di laman web ini.

Tetapi kalau kamu mahu bantu aku. Tolonglah beli dekat aku okay. Kira bantu kawan-kawan lah juga.

Siapa-siapa yang nak boleh hubungi aku terus, kos penghantaran tidak dikira. (baik kan aku?)

Hubungi nombor ni okay: 0148012801.

Sunday, August 8, 2010

Cuma aku tak tahu

Salam.

Aku rasa cukup lama aku tidak kemaskini blog. Bukan rasa lah. Memang cukup lama. Bukan malas ke apa. Cuma aku tiada idea nak tulis apa. Pernah aku tulis dua tiga perenggan kemudian padam dan offline. Agak tertekan jika tiada idea.

Dahulu rajinlah tulis-tulis. Yelah membaca pun banyak. Banyak la idea yang datang. Hendak mengarut pun tidak keterlaluan.

Sekarang ini membaca pun kurang. Setakat mengira petak-petak lantai. Kadang-kadang mengira cicak-cicak di syiling. Biasalah orang yang bekerja macam aku selalunya akan buat kerja-kerja macam tu. Otak ni pun tak berkembang.

Aku selalu terfikir bagaimana cara untuk mengembangkan otak ini. Bila otak berkembang pasti banyak idea-idea yang bernas datang. Aku ada terniat untuk tanya manusia-manusia di luar. Tetapi aku malu. Mungkin cara melontar di alam maya dapat memberikan aku kepastian.

Walaupun aku rasa macam sial juga ayat aku sekarang ini. Aku tidak akan berpatah balik. Tidak mahu aku menggunakan button backspace untuk memadam. Jadi biarlah yang sudi memberi pendapat yang bernas membuat keputusan. Kadang-kala komen seseorang itu boleh menunjukkan tahap kepandaian atau keseriusan seseorang dalam satu perkara.

Sempena hendak dekat puasa ini aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua umat islam. Terutama kepada yang berpenyakit gastrik. Bukan apa. Cabaran kita besar. Harap-harap berjayalah semua berpuasa sampai habis. Yang tahun lepas tu tak habis puasa harap tahun ini habislah.

Dan tak lupa kepada yang berniaga. Semoga murah rezeki di bulan penuh berkat ini. Dan dan menguatkan diri dari godaan nafsu. Jangan pergi menyorok belakang stor pula ya. Tahulah line clear dekat situ.

Baiklah, teringin betul aku mengucapkan ini, 'SELAMAT BERPUASA RAMADHAN AL-MUBARAK'.


"pakcik balik yo.."