Tuesday, March 30, 2010

Gua tak tenang


Gua senang sekarang. Tapi gua ting tong. Gua nak bagitau lu ape guna ada blog.

Bagi gua blog ni tempat untuk gua cerita pasal gua. Gua tahu ada juga orang guna blog untuk cerita pasal orang lain, cerita pasal dunia lain, cerita pasal lain-lain. Tapi gua tak kisah. Blog gua ni hanya untuk suka-suka.

Gua nak bagitau lu gua seorang pelajar. Rutin seorang pelajar ialah bangun pagi, mandi, solat subuh, dan ke kelas. Balik kelas berehat, siapkan tugasan, dan tidur.

Tapi bagi pelajar macam gua, rutin gua lain sikit. Gua bangun pagi, mandi, solat, hisap rokok dan ke kelas. Balik kelas main badminton. Balik mandi sekejap dan keluar main badminton. Balik main badminton gua mandi dan tidur.

Macam tu lah rutin gua dua tiga hari ni. Gua rasa sibuk gila gua semenjak dua menjak tiga menjak ni.

Kadang-kadang gua rasa macam masa gua tak cukup. Gua ingat nak tambah masa lagi kalau boleh. Semua benda gua buat rasa terhad. Macam-macam gua buat.

Tapi yang gua pelik gua masih lagi boleh update blog. Gua rasa letih.

Gua nak berehat der. Gua rehat macam tak rehat. Tak feel bila gua berehat.


" Der, gua dah penaaat "

Friday, March 26, 2010

Cerita kedai kopi


Lu pernah dengar cerita kedai kopi? Gua tak pernah. Tapi gua pernah minum kopi. Sedap juga kalau buatan sendiri. Kalau pakai serbuk kopi cap ayam memang rasa macam ayam.

Gua ada satu cerita. Tapi bukan dari kedai kopi. Pernah gua dapat satu panggilan dari seorang kawan gua. Masa tu gua tengah tidur. Hajat gua nak buat-buat pekak dengan bunyi telefon, gua fikir ada hal mustahak gua angkat juga.

Kawan gua ajak gua pergi karoke. Gua terus jadi segar seperti ayam yang baru sampai, orang pasar kata ayam segar. Gua set sahaja walaupun dia mengganggu tidur gua. Gua bangun tengok kiri-kanan. Tengok line clear gua terus mandi. Gua bukan apa, mana tahu ada orang datang nak meminang gua. Malu lah gua bertuala.

Siap-siap mandi gua terus tunggu member gua datang jemput gua. Gua rasa bangga gila sebab gua tunggu dekat sejam setengah. Dia datang dengan muka tak bersalah. Tapi gua masih cool.

Kitorang gerak pergi bandar cari-cari kedai karoke. Sampai depan pintu karoke gua tengok ramai orang. Member gua suruh masuk tengok ada kosong tidak. Gua masuk tengok ada satu bilik kosong. Gua panggil member gua masuk. Dia bagi isyarat 'nanti' dekat gua.

Gua lepak dalam bilik karoke dulu. Lepas tu tiba-tiba member gua telefon. Gua pelik dia dekat luar tapi nak juga telefon. Gua angkat. Dia cakap apa dekat gua.

" WEH TAK JADI LAH KAROKE, AKU NAK BELI BARANG DEKAT MYDIN "

Gua bertambah bangga dengan dia. Pertama kali gua rasa macam berada atas pentas. Gua punya bangga rasa macam nak terajang dia sekarang.

Nasib baik gua tak terajang. Kalau tak mesti gua dah balik jalan kaki. Lu rasa patut tak gua balik jalan kaki?

Tuesday, March 23, 2010

Gua dan lee chong wei main badminton



Hari ini gua rasa mahu update blog. Gua pun bukak blog dan terus update. Senang kan hidup gua?

Gua nak cerita dengan lu pasal kawan gua. Gua ingat lagi masa kecil-kecil gua pernah main badminton dengan dia. Masa tu gua pandang dia ayam-ayam saja. Kalau gua main badminton dengan dia mesti gua menang.

Tapi sekarang dia dah lupakan gua. Gua pun tak mahu ingat dia. Satu hari gua tengok berita dekat tv3, gua dengar-dengar dia dah jadi datuk. Tapi gua rilek. Gua cakap, "alahai lee tu poyo je lebih, main dengan aku kalah jugak". Gua memang biasa panggil dia dengan nama lee saja. Nama penuh dia seingat gua Lee Chong Wei.



Lu tengok la, melompat pun sudah macam mentadak mentadu. Gua segan la dengan lu lee. Sekarang gua tak mahu lagi ingat dia. Yang penting sekarang ni adalah perlawanan petang ni.

Petang ni gua ada lawan dekat poli. Gua wakil jabatan gua lawan jabatan lain. Gua mintak lu doa-doakan gua. Hari ni baru mula lawan. Kalau gua menang gua nak belanja lu semua minum susu. Tapi lu mesti doakan gua okay.

Saturday, March 20, 2010

Contest dari new zealand


Aku suka nak beritahu bahawa aku suka menyertai contest. Dalam hati mesti teringin nak sertai. Aku teringat kisah dua orang adik dan abang yang suka contest ini.

adik: abang2, jom kita pergi lepak LCCT nak. Adik boring la duduk rumah. Mana tahu ada contest mewarna dekat sana.

abang: okay jugak tu. abang pun pening kepala duduk rumah ni asyik mengadap muka engkau dik.



adik: abang, stylo tak adik duduk atas troli ni?

abang: stylo ekau kato. abang lagi stylo daripado ekau.

adik: jom kita ambik gamba dulu bang.

abang: jom2. 1.. 2..

adik: eh nanti2. ada makcik tua datang. sibuk la makcik ni.

abang: hehehe. apo la ekau ni dik, tu kan akak kita. muka dia memang macam makcik tuo sikit tapi mudo laie sebona eh.





PEREMPUAN itu tak patut berada ditengah-tengah adik dan abang kerana dia sepatutnya berada di dalam troli tempat adik yang stylo itu duduk.




Keh3. Sebenarnya ini adalah untuk contestinibest. Dah seratus tahun aku tak telefon makwe aku. Dapat topup ni mesti boleh telefon jiran-jiran makwe aku sekali.kih3

Friday, March 19, 2010

Softbol psmza


Hari tu wa pergi Melaka bhai. Wa pergi dengan sek awok-awok kite untuk bermain softbol. Hey lu ingat wa tak boleh pukul ke bhai. Bagi wa kayu softbol tengok wa boleh pukul tak. Kalau tak pukul angin, wa pukul udara. Itu saja kemungkinan wa boleh cakap dekat lu.

Entri kali ini mungkin wa tak banyak cakap. Bak kata kawan wa, " gambar boleh menceritakan segala-galanya. " So wa rasa lebih baik wa tunjuk gambar-gambar wa masa di Melaka dekat lu. Pandai-pandai la lu letak caption sendiri.


Wah lu ingat senang-senang nak letak caption sendiri? Minta maaf la bhai. Wa saja pancing lu. Jangan harap wa nak bagi lu letak caption sesuka hati lu. Gambar atas ni waktu wa ngan geng wa tengah mengorat awek yang lalu lalang. Belum lawan lagi ni. Baru bersedia untuk upacara perasmian.




Ini pula masa wa mahu test badan wa perkasa tidak. Wa hentak kayu tu dekat badan wa sampai senak. Itu yang pejam mata wa tu.




Okay ni team softbol psmza (lelaki). Lu tak tau psmza? Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Nak senang ingat lu cakap je poli agong.




Ada gaya macam kaki pukul tak? Wa tak pukul perempuan, wa pukul hati perempuan. Haha. hak tui.




Tengok sempat lagi pergi bandar Melaka sebab lepas separuh akhir. Sampai jugak wa dekat menara taming sari. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah bhai.




Ni la pensyarah yang banyak tolong wa. Dia jugak la pengiring team softbol poli wa. We lap u la cik fit. keh3




Sebelah wa tu adalah salah sorang peminat wa. Wa buat muka sambil cakap, 'no komen' saja.




Masa ni wa dah habis main. Tengok final match poli port dickson lawan poli shah alam sambil bergambar ala-ala la tok kena ketok.




Ini juga peminat wa. Tapi dia lebih meminati wa dari meminati rosham nor. Jadi wa buat kesimpulan wa lebih femes dari rosham nor.




Yang ni wa pelik. Macamana gambar wa boleh masuk dalam ni. Wa macam kena rasuk sekejap.




Ni playboy-playboy softbol poli wa yang lelaki. Lu kalau berkenan cakap dengan wa. Nanti wa rekemen.




Ni pun sama. Lu tengok masing-masing muka nak cover single. Padahal playboy. Haha padan muka korang.




Ha yang ni baru single. Masa ini kitorang baru dapat medal. Dapat tempat ke-4 dari 20 poli yang main. Kembang buntut, hidung, telinga pun semua kembang.




Gambar ni wa tak puas hati. Siapalah tukang ambil gambar ni. Badan wa nampak separuh saja. Mesti tukang ambil gambar jeles dengan wa sebab wa comel daripada dia.




Team softbol perempuan. Tengok lah muka masing-masing soft aja macam soflan dari jauh. Padahal dari dekat penuh jururawat. kah3




Wa sayang medal wa. Lu tak puas hati? Meh sini wa flying kick.




Okay sampai sini dulu wa tunjuk gambar-gambar. Wa pun dah penat nak fikir caption apa nak letak dekat gambar last ni. Wa nak letak wa paling comel takut cik fit terasa, so wa letak la wa paling comel antara jejaka dalam ni. keh3


Okay la bro-bro dan sis-sis semua. Wa reverse diri dulu. Kalau lu rasa rumah lu banyak nyamuk lu bagitau wa. Biar wa pukul dengan kayu softbol.

Chow!

Friday, March 12, 2010

Boring itu bukan selamanya


Boring.

Bila boring entri pun panjang.

Aku tengah boring sebenarnya ni. Sebab itu lah aku mahu tulis blog sekarang. Tapi bila selalu tulis blog pun boring juga. Ini lah manusia buat apa pun banyak kali mesti ada boring.

Aku mahu ambil satu perkara yang TAK boring la. Kenapa? Sengaja sahaja. Aku tahu apa yang memang takkan boring. Satu contonhnya ialah ibu yang tidak pernah boring menjaga anaknya. Ibu sememangnya tidak pernah boring walaupun penat lelah. Betul tidak? Begitu juga bapa memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Bapa juga tidak pernah boring berbuat demikian.

Sebenarnya perkataan boring ini adalah berasal dari negeri orang putih. Tetapi aku sudah merasakan ia seperti perkataan bahasa melayu. Kerana apa ialah kebanyakan orang melayu menggunakan perkataan ini sehingga ditanya kepada kanak-kanak,

" ADIK, AKAK BOSAN LAH HARI NI! "

" HAH BOSAN? APA TU KAK? "

" BOSAN PUN KAU TAK TAHU. BOSAN TU BORING LAH!"

" OH YEKE, SAYA PUN BORING NI KAK "

Lebih kurang macam itu lah contohnya. Jadi tidak kisahlah jika aku menggunakan perkataan boring ini untuk menulis ya?

Rumah aku sekarang tinggal tiga penghuni sahaja. Bak kata kawan aku yang paling gila, " RUMAH NI DAH MACAM GUA ". Okay takde lah gila mana kawan aku. Waras sahaja seperti manusia biasa.

Seingat aku, penghuni asal rumah sewa aku ialah sepuluh orang semuanya. Tetapi semuanya sudah pulang ke kampung halaman desa tercinta kecuali Omar, Naqib, dan aku. Omar dengarnya balik pada hari ahad. Naqib pula tidak balik sebaliknya ke Melaka untuk bermain softbol. Aku pula tidak balik sebaliknya ke Melaka untuk bermain softbol. Okay kenapa macam sama sahaja seperti Naqib? Biarlah rahsia.

Harap-harap pergi Melaka nanti boleh lah aku bermain dengan bersungguh-sungguh. Tak sangka pula dapat mewakili poli bermain softbol. Aku baru berjinak-jinak dengan sukan ini pada semester ini. Tetapi sayang seribu kali sayang ini adalah semester akhir aku. Semester akhir baru nak rajin bersukan tiada kesempatan untuk semester depan lagi ya tak?



Esok dan seterusnya mungkin aku akan mengalami kesibukan pada tahap maksima. Esok sudah mula berlatih bagi sesiapa yang terpilih sahaja. Jadi aku rasa baik aku bercerita mengenai pengalaman aku mula-mula mengenali softbol. Cerita ini mungkin membuatkan kamu tertanya-tanya.

Masa itu hari pertama aku bermain softbol. Aku ingat lagi hendak tangkap bola softbol tetapi tertangkap burung helang. Aku terus memulas kepala helang tersebut. Burung helang itu terus meronta-ronta kesakitan. Aku tidak mempedulikannya tapi terus memulas dengan lebih kuat lagi. Tiba-tiba air mata burung itu mengalir. Dia merayu kepada aku jangan lah bertindak kejam terhadapnya. Aku terus bersedih dengan rayuan itu. Lalu aku menyedekahkan burung itu 2posen lalu melepaskan burung itu pergi.

Sejak dari itu aku tidak menangkap burung helang lagi tetapi hanya menangkap anak burung helang. Eh tidak lah. Hanya menangkap bola softbol sahaja. Aku juga semakin rajin berlatih sejak peristiwa itu.




Aku akan ke Melaka hari ahad ini. Jadi kepada awek-awek melaka. Sila lah bagi nombor telefon kepada aku. Hanya awek Melaka sahaja okay?








p/s: puisi sebelum sebenarnya bukan ciptaan aku. Kih3. Siapa terpedaya aku mengucapkan padan muka.

Wednesday, March 10, 2010

Tentang hati


Aku mahu tujukan puisi ini untuk dia. Apa yang terlintas dalam fikiran aku sekarang ialah, kau bacalah puisi ini seperti ketika kau menulis. keh3. Tak faham? Lu fikir lah sendiri.

Hati..
Hati ini sudah suka pada hati itu,
Walau jasadnya masih belum kutemu,
Walau terpisah beribu batu,

Hati ini sudah suka pada hati itu
Walau hanya singkat perkenalan
Walau belum terjadi sebarang pertemuan

Namun aku pasti
Hati ini sudah jatuh cinta pada hati itu
Walau esok tiupan angin bertukar arah
Satu yang pasti masih teguh
Satu yang pasti tetap utuh
Hati ini sudah sayang
Dan rasa cinta yang seteguh karang.





Amacam puisi ni? Bagi komen sikit.


p/s: Jangan marah kalau ada pihak yang terasa sebab aku sesedap rasa:p

Sunday, March 7, 2010

Rajalawak ke macam tu?



Huh nasib baik tak pergi shah alam. Jika tak sia-sia aku ponteng kelas dan bawa awek kalau ada semata-mata nak pergi sana. Aku harapkan abang kasim. Rupanya abang kecik. Nak kata lawak takdelah lawak sangat kan kan.

Siapa baru tengok rajalawak akhir dia tahu lah apa yang aku cakap. Aku tidak boleh menerima kenyataan kecik menang. Rasa mahu pergi disko saja sekarang. Ececeh tiadalah takkan disko pulak. Kugiran boleh lah juga.

Buah cempedak diluar kota. Mari kita bertukar cerita.

Oh aku baru sahaja menjalankan kegiatan gimnasium sekarang. Berat badan sudah bertambah. Badan sudah naik. Perut sudah ketul-ketul. Kaki sudah bunting. Ceh takdelah. Baru sekali saja pergi tadi. Itupun kali pertama semenjak 2tahun yang lalu. Besok mahu pergi lagi. Tambah tenaga batin. Eh tenaga zahir.

abang google bagi gambar hot.

Saturday, March 6, 2010

Tiket final rajalawak 4



Semalam aku keluar untuk mengusya tempat di Dungun. Entah kenapa seluruh kawasan Dungun dipenuhi asap. Aku bertanya kawan aku kalau-kalau dia perasan kenapa,

" MAN, KAU PERASAN TAK ADA ASAP DEKAT BANDAR? KENAPA EK? "

" HAAH LA. AKU PERASAN TADI MASA KELUAR PERGI BANDAR TADI "

" OOO. KAU TAU TAK SEBAB APA? "

" TADI MASA BALIK DARI BANDAR AKU INGAT ORANG BAKAR SAMPAH, AKU RONDA-RONDA TAKDE PULAK NAMPAK ORANG MEMBAKAR"

" PASTU KENAPA EK? "

" ENTAHLAH, AKU PUN TAK TAHU"

Akhirnya aku kecewa mahu bertanya lagi. Rupanya kawan aku juga tidak tahu apa punca asap yang berkepul-kepul tu. Boleh naik sesak nafas juga kalau lama-lama tahu.

Sebenarnya semalam aku keluar mahu mencari tempat untuk bergelak malam ahad ini. Siapa tahu hari ahad ada apa? Usah berteka-teki lagi. Ini dia,



Semangat betul aku hendak tengok cerita ini. Walaupun dah banyak tertinggal episod sebab ye lah rumah aku tiada astro, hanya pakai satelite sahaja. Jadi tidak berpeluang hendak tengok secara live di rumah. Kedai mamak pun boleh kan?

Sesiapa yang berhajat nak tiket tu cuba pergi siniadajualtiket kalau-kalau ada lagi. Aku tak payah nak harap lah. Hari ahad dah mula kelas. Bukan dekat Shah Alam dengan Dungun ya tidak.

Thursday, March 4, 2010

About my family



Hello everybody. How are u? Today i would like to talk about my family. Do you feel something wrong when i speak in white people language? Actually i think i cant speak english because of my bad english language. That is what im thinking. If i dont think, i cannot think anymore.kah3. So mari kita berbahasa.

Hari ini saya ingin sangat termahu menceritakan tentang keluarga saya. Mengapa keluarga saya pula? Jawapannya mudah, ini adalah blog saya. Saya rasa unik juga apabila membahasakan diri saya sebagai 'saya'. Biasanya saya menggunakan 'aku' untuk berbahasa. Tidak mengapalah, dua perkara itu sama sahaja sebenarnya.

Setahu saya, saya mempunyai sepasang ibubapa dan sepuluh orang adik beradik. Saya sangat menyayangi mereka semua lebih dari menyayangi diri saya sendiri. Jika boleh saya ingin menceritakan tentang mereka semua. Tetapi masa mencemburui saya. Tidak akan pula mahu menceritakan dua belas orang semuanya? Pasti saya penat menulis dan kamu pula penat membaca. Jadi saya ingin menceritakan tentang salah seorang sahaja.

Saya ada seorang abang. Dia sangat garang dan berjiwa rock lebih daripada saya. Mestilah kata abang mesti lebih sedikit. Adik-adik saya sangat takut kepada abang saya itu. Pernah suatu ketika saya bersama emak dan akak sedang berbincang mengenai hadiah hari jadi ayah. Saya menyuruh adik saya bertanya abang saya adakah abang mahu berkongsi duit untuk membeli hadiah. Adik saya menjadi takut,

" APIK, NAK CAKAP APE NI?" (adik menanya saya)

" TANYE LA AWAK SAYANG SAYE TAK." (saya memberi idea)

" LAAAA " (adik mengeluh sambil membuat muka comel)

" TANYE LA AWAK NAK KONGSI DUIT KE TAK. TU PUN SUSAH KE? (saya memberi pendapat)

Masa inilah saya merasakan adik saya comel. Walaupun saya tahu dia tidak comel. Masa ini juga kita boleh lihat bahawa adik saya sangat menakuti kepada abang saya. Macam tidak sesuai pula menggunakan perkataan menakuti. Mungkin lebih sesuai menggunakan takut. Jadi adik saya sangat takut kepada abang saya.

Walaupun begitu, segarang-garang abang saya, kami tidak pernah bergaduh. Kalau ada pun setakat mengambil pisau di dapur dan menikam perut sahaja. Oh tidak lah. Saya hanya bergurau. Kami tidak lah sekejam budakkejamini. Dahulu-dahulu masa kecil selalu lah bergaduh. Sekarang sudah besar tiada lagi gaduh-gaduh ini.

Sesiapa yang ingin mengenali abang saya. Inilah rupanya,



Alamat tersilap pula. Yang sebenarnya ini ialah abang saya,



Muhammad Naim bin Hasrudin.
No telefon: 019-017016014

Dia sangat kacak okay. Saya rindu keluarga saya.

Tuesday, March 2, 2010

Hantaran coklat sedap


Hari ini aku sangat berbesar hati kerana bangun tidur pukul 10 pagi. Bak kata orang tua-tua "apalah hendak jadi dengan engkau ni. matahari sudah terpacak di kepala baru hendak bangun".

Tapi aku sebenarnya bangun juga tadi untuk subuh. Bukan tidak bangun. Janganlah kamu berfikiran bukan-bukan terhadapku. ececeh.(ayat gedik)

Aku hendak beritahu kamu bahawa semalam aku telah mendapat satu bungkusan coklat. Sungguh gembira rasanya di dalam hati seperti puteri kayangan meminang diri. Aku sungguh bertuah sekali pada hari semalam.

Setelah aku makan coklat itu. Aku merasa sangat sedap. Sangat terasa coklatnya. Jika dimakan pasti mahu dimakan lagi. Banyak bentuk coklat yang ada untuk aku merasakan satu persatu.

Beginilah rupa coklat itu,



Betul itu adalah emel pemilik itu. Okay lah mari ceritakan hal sebenar. Sebenarnya aku telah beli coklat itu. keh3. Sangat sedap okay. Aku beli di sinijualcoklat. Sesiapa yang berminat atau peminat coklat atau teringin mahu makan coklat boleh tengok kat page dia. Nak buat hantaran tunang pun boleh.;)

Okay lah mahu pegi makan coklat. bubye:p

Monday, March 1, 2010

Hijau dengan biru tak sama

Mungkin kamu hairan terhadap perubahan template ini. Semalam tengah bosan tahap cipan aku sengaja menukar template berwarna hijau katak pisang.

Warna hijau dikatakan boleh mencuci mata. Boleh menyebabkan mata menjadi segar. Tetapi tidak bagi sesetengah pihak yang menganggap melihat gambar-gambar seksi juga adalah mencuci mata.

Aku teringat suatu kisah masa tingkatan empat-ke-lima aku tak ingat. Kawan aku seorang ini mengusya awek di perhentian bas.

" WEH, TENGOK AWEK BAJU BIRU TU! CUN SIOT! "

" MANA-MANA?? "

" TU BAJU BIRU TU LA, ADA SORANG JE KAT SITU!"

" RABUN BETUL KAU NI, TU BAJU HIJAU LAH!"

Cis. Baru aku tahu rupanya kawan aku rabun warna. Patutlah asyik tersalah tengok cerita. Nak tengok cerita hijau tertengok cerita biru.