Semua orang ada pengalaman. Begitu juga aku. Aku mempunyai sebuah pengalaman yang sangat menyiksakan iaitu beras (pastikan bunyi adalah bay-ras bukan beras).
Peristiwa ini berlaku sebulan yang lalu. Ketika itu semua manusia sedang berehat di rumah bersama orang-orang tercinta. Ketika itu juga aku telah melalui pengalaman yang menyiksakan ini.
Sedang aku nyenyak di siang hari. Tiba-tiba seperti ada orang menumbuk perutku. Aku lantas bangun. Tercari-cari siapa melakukan pukulan curi terhadapku. Hampa. Tiada siapa yang ku lihat. Aku menepuk dahi, "ah, terlalu banyak menonton cerita ongbak." Baru aku sedari bahawa perutku sakit sendiri.
Perutku masih lagi senak. lalu kubaluti tubuhku dengan tuala. Sungguh seksi. Aku mencari rumah kecil untuk berubat. Aku dengar rumah kecil pandai mengubat orang.
Masuk sahaja rumah kecil aku terus mencangkung. Seperti diarah sesuatu. Tanpa arahan aku memulas kepala paip. Sambil mengharapkan tidak kedengaran bunyi celup-celup di dalam mangkuk rumah kecil.
Sesi mengubat telah bermula. Aku tekan. Tekan. Tekan. Tetapi tidak berjaya. Lalu aku silangkan jari jari kelinking. Menarik satu sama lain. Tarik. Tarik. Dan tarik. Tetap tidak berjaya. Sungguh siksa. Aku cuba menolak dinding konkrit sepenuh tenaga. Tolak, tolak, tolak.
Pelbagai usaha telah dilakukan. Sudah hampir sejam aku begelut dengan keperitan. Akhirnya. BOOM! BOOM! Plup! Plup!
Berjaya.
Perutku sudah pulih. Rumah kecil berjaya mengubatku. Benarlah kata orang, 'kecil-kecil cili padi, makin kecil makin berapi'. Samalah seperti kehebatan rumah kecil. Aku pulang ke rumah besar dengan perasaan gembira.
Inilah pengalaman paling menyiksakan dalam hidup aku. Walaupun beras menyiksakan tetapi aku pulang dengan perasaan gembira. Aku pasti tidak akan melupakan pengalaman ini. Aku berharap dapat pergi ke rumah kecil lagi.
9 sokongan:
hahahahahaha
bay-ras aku igt kn ape.. berak rupe nye
memang contoh betol la karangan ni :)
kalau 100 aku bagi 120 la. mantap. isi cukup, fakta tepat..
abelong. ada lagi tambahan. berak keras okay.
freaky. ha tau. dapat A tak agak2?
OL. time kasih cikgu. nak mintak mrsm lepas ni.
gile best! idea tuh adeh..urgh! haha
kau memang suka bab2 camni. haha
mrsm ? jadi cikgu?
kalau bleh nak jadi budak skolah. boleh?
hahahhaha cam siot je citer benci betol ah ahhahaha :D
http://gothicalevolution.blogspot.com
Post a Comment