Friday, June 12, 2009

post yang terakhir

Hari ini aku betul-betul serius. Hari ini hari terakhir aku menjalani praktikal di sini. Perasaan aku bercampur sama ada suka dan duka. Betul-betul lah ini bukan cubaan. Ya aku akan meninggalkan dunia blog ini dalam masa yang agak panjang. Aku tahu tiada siapa yang akan merindui post-post aku. Tapi aku pasti dan yakin aku akan merindui untuk mengepost entri-entri baru.

Sebelum aku mengimbau kenangan lebih jauh, aku nak beritahu dengan bangganya aku adalah anak mak dan ayah. Eh maksud aku, aku adalah anak bentong dan anak pahang. Kamu masih tak faham maksud aku? Okay lah aku akan terangkan.

Mula-mula kau kena klik,

anak bentong

lepas itu,

anak pahang

Okay sekarang dah faham? Bagus lah. Akhirnya ada juga yang memahami aku. Terharu... (okay jangan perasan lebih-lebih).

Baiklah sekarang aku nak sambung cerita. Dahulu semenjak aku mengenali dunia blog ini aku tak tahu apa itu blog dan untuk apa blog ini dibuat. Sedikit sebanyak aku terbaca blog-blog kamu aku faham yang blog ini sebenarnya macam diari di alam maya. Blog ini untuk luahan apa sahaja mengenai diri sendiri atau orang lain atau benda lain atau alam lain atau apa sahaja lah. Terpulang dengan tangan si penulis (penaip) sendiri.

Pada mulanya aku hanya nak mencuba-cuba tulis blog ini dengan prinsip orang lain ada blog aku pun nak ada juga lah. Aku pun cuba dengan meletak darahmalaya.blogspot.com (okay kenapa bagi link dekat blog sendiri sekarang ni?) Okay-okay jangan marah sangat dengan gambar aku itu. Baiklah-baiklah sambung penceritaan. Aku hanya mahu mencuba-cuba dengan meletak darahmalaya sebab pada masa itu semangat kepahlawanan aku sangat tinggi. Darahmalaya juga seperti menunjukkan blog ini garang dan kacak. (oh hampir dah mula perasan lebih).




Lama kelamaan aku rasa seperti kenapa lah aku letak darahmalaya. Rasa seperti " AIH MACAM APA JE NAMA BLOG NI SKEMA BETOL ". Aku ada juga niat nak tukar link tapi aku rasa tak syok. Biar je dengan skemaan ini. Baru lah ada keunikan bukan? (Kalau tak unit pun kenapa ada masalah?) Okay-okay jangan garang sangat. Aku dah macam askar nak pencen pulak tak boleh garang-garang. Kau tahu lah askar kalau nak pencen kena biasakan diri dengan orang awam sebab kehidupan sebagai askar dan orang awam adalah agak berbeza.

Okay lah dah jauh menyimpang. Sambung lagi. Semakin hari aku menulis aku dapat rasa bahawa menulis ini dah jadi seronok bagi aku. Kalau tak menulis aku dah rasa lain. Menulis ini dah sejiwa dengan aku. Maksud aku menaip lah menulis tu kenapa buat-buat tak faham lagi ni?. Kamu dah faham sekarang maksud aku menulis ialah menaip jadi aku akan gunakan menulis sahaja. Okay bila aku tak menulis aku dah rasa lain macam seperti ada sesuatu tak cukup aje. Mungkin inilah dikatakan panahan cinta. (Ah kau jangan mengarut ini bukan panahan cinta la aney!)

Aku tahu ini lah dikatakan sejiwa seperti tajuk lagu spring . Itu bukan singkatan bagi super ring okay tapi ia kumpulan penyanyi lagu batu perlahan (slow rock). Okay menulis blog ini dah sejiwa dengan aku. Jadi aku dah mula berkeinginan untuk mengepost blog bila ada sesuatu yang aku nak kongsikan. Maksudnya aku akan merindui untuk menulis blog.

Tapi semua ini mungkin tinggal kenangan sahaja kerana selepas ini aku dah jarang menulis blog atau aku mungkin takkan menulis blog lagi. Banyak urusan yang aku perlu selesaikan beberapa ketika ini. Aku harap semuanya akan berjalan baik di sini semasa ketiadaan aku.

Okay sudahlah mengarut lebih-lebih. Tun Mahathir yang sibuk tu pun boleh tulis blog lagi. Kau baru habis praktikal dah lagak lebih pula. Okay sampai sini sahaja dahulu. Sehingga kita berjumpa lagi ya rakan-rakan blogger semua. Kalau jumpa aku dekat mana-mana jangan segan-segan tegur aku lepas tu ajak aku pergi makan mcd dan tengok wayang. Aku mesti setuju.

Baiklah selamat tingggaaal. Bubbbyeee.

p/s buat jejaka: jangan nakal-nakal nak mengorat anak dara orang.
p/s buat anak dara: jangan malu-malu nak tambah nasi ya.
p/s buat pasangan: nanti dapat anak comel comel okay.

Tuesday, June 9, 2009

Hari ahad selalu kenduri

Nampaknya lagi seminggu aku akan menjalani praktikal di Telekom Malaysia Bentong ni. (apahal tulis nama penuh mentang-mentang dah nak habis praktikal baru nak bangga). Mungkin selepas ini aku jarang akan berbloggie sebab aku akan bercuti-secutinya. Aku tidak lagi boleh berfoya-foya di blog kamu sekerap dahulu. Sebelum ni pun aku hanya berblog pada waktu kerja semasa di pejabat sahaja. Jadi nak ke cc memang jarang sekali. (eh macam lah kau pernah berblog dekat cc kedekut punya budak).

Hari ahad lepas memang penuh aktiviti dan perut aku. Aku dan keluarga belah sana belah sini telah pergi ke kenduri dekat Temerloh. Lokasi Taman Jaya. Ada sesiapa tak yang pergi hari tu? Okay sebenarnya aku adalah rombongan pengantin lelaki. Kira 4biji kereta juga la kami bergerak. Sampai je kat rumah pengantin perempuan terus nikah. Eh tak sabar betul. Sekejap je dah selesai sebab tok kadi ada 4 lagi pasangan perlu dikahwinkan. Kesian tok kadi.

Masa tu baru pukul 11. Kami sempat bersarapan lagi dekat rumah pengantin perempuan. Ya bersarapan lagi bermaksud adalah sarapan kali kedua. Lepas siap makan kami serombongan pergi rehat dekat Hotel Jelai dulu sebab nak bersanding pukul 12 setengah dan pengantin pun nak tukar pakaian.


golongan belia yang turut menyertai rombongan kahwin. (sebelah kiri paling muda okay!)



adik saudara yang agak malu-malu. saya ulang adik saudara bukan anak saudara ya. saya masih muda.



adik saudara yang tak malu dah selepas diracun oleh abang saudara supaya bergambar comel comel.



sempat lagi menjadi duta Hotel Jelai sebelum keluar. Marilah datang ke Hotel Jelai kami menawarkan harga yang sangat murah dengan keadaan bilik yang sungguh selesa sesuai untuk setiap okay okay cukup cukup.


sangat teruja dengan perkhidmatan komputer percuma yang disediakan pihak hotel di lobi sehingga mahu menjadi model komputer dan menyuruh adik saudara mengambil gambar tetapi gambar ini yang terhasil. cis.



baiklah ini gambar sebenar tetapi model telah ditukar kepada adik sendiri. pun bolehhh (trademark bagi adik sendiri itu).




Selepas sesi bergambar kami meneruskan perjalanan untuk kenduri kahwin pula. (sebenarnya bukan meneruskan perjalanan tetapi pergi ke rumah pengantin perempuan semula). Kira bersanding pula. Ada kompang-kompang dan silat-silat mengiringi pengantin. Lepas tu terus bersanding dan makan-makan. Selepas habis makan sahaja saudara sebelah perempuan dan lelaki pergi menepung tawar (betul ke ni?) Lepas itu baru lah boleh balik. Pengantin lelaki ditinggalkan dekat rumah pengantin perempuan.

Masa balik sempat singgah dekat Kuala Gandah, Lanchang. Siapa tak pernah pergi memang rugi lah sebab masuk free lepas tu boleh tengok gajah berak dan kencing depan mata. Siap boleh pegang-pegang lagi dengan gajah.



tengok selamba je pegang gajah walaupun dalam hati takut gajah hempap dengan tiba-tiba baring atas aku mati aku. aku dah cakap taik besar batu bata!



Para peserta lain yang turut mahu merasa debaran berada disebelah gajah. Sebelah kanan ialah penjaga gajah yang tak takut langsung walaupun berada di bawah gajah sekalipun.





Taman gajah ni ditutup pukul 5. Masa itu pula hampir pukul 5. Lepas tu kami pun pulang dengan penat sedikit. Okay memang sebiji macam karangan darjah enam. Ah lantak la. Eh aku hampir terlupa. Baiklah aku letakkan lah jugak gambar pengantin. Dari tadi cerita tapi pengantin tak nampak pun rombongan yang lebih-lebih.



Okay ini dia. Gambar ini selepas akad nikah. Aik! Dah bersanding?



Okay ni baru betul-betul bersanding. Kamu jangan cakap baju pengapit sama dengan pengantin masa bernikah! Aku sunat kau karang!



Kepada abang mok dan kakak mok. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat okay dan dapat anak comel comel. Okaylah sampai sini sahaja. Sesiapa yang nak kahwin cepat-cepat lah masuk meminang. Jangan lah berdating sahaja nanti terbuat maksiat pula dah berdosa. Kalau dating ada orang ketiga iaitu syaitan. Kalau dah kahwin syaitan tak boleh buat apa dah okay.


p/s: kepada cik beruang merah jambu kalau nak kahwin jangan lupa jemput tau.hehehe

Friday, June 5, 2009

Aku sayang duit macam sayang kerajaan

Okay ini bukan entri politik. Kamu boleh baca sambil makan kuaci pun tak kisah. Kalau nak sedap lagi belilah kuaci manis yang bungkus berwarna merah tu. Rasanya sedap dan bibir tak pedih sangat. Kalau beli yang 50sen rasa macam haram lepas tu bibir lama-lama rasa pedih. Cis tak syurga (heaven) langsung. Baiklah mari kita mulakan.

Walaupun aku masih lagi terasa nikmatnya menghisap rokok jenama dunhill, marlboro, dan winston (ceh nak cakap rokok mahal je nusantara, surya, half time taknak cakap pulak), tapi aku boleh lagi menahan dari menghisapnya. Setakat bau tu aku boleh tenang lagi. Sekarang aku rasa dah lain sebab aku benci bau asap rokok. Kalau ada orang hisap rokok aku macam nak tutup hidung. Padahal masa aku hisap dulu pastu ada orang tutup hidung aku rasa nak maki sambil cakap,

"AH KAU NAK TUTUP-TUTUP HIDUNG PULAK! AKU SEMBUR DEPAN MUKA KAU BARU KAU TAHU!"

Sedar tak sedar dah dekat 4 bulan aku berhenti merokok. Tak percaya kau tengok ni. Masa tu pun aku rasa dah berhenti baru aku post pasal aku dah berhenti. Kira 4 bulan juga la aku dah berhenti. Tapi aku taknak berpuas hati sangat sedangkan si jebon yang dah setahun berhenti merokok tapi boleh hisap balik. Bahaya oh.

Aku bangga dengan kerajaan sebab lepas je aku berhenti makin banyak pulak usaha kerajaan nak suruh orang berhenti. Sebagai contoh diorang letak gambar-gambar bogel dekat kotak rokok. Betul aku tak tipu. Aku pernah ternampak ada bayi bogel dekat kotak rokok. Lepas itu dia ada tulis 'kelahiran bayi pra-matang'. Cis. Nasib baik aku tak layan gambar bayi tu.

Dekat iklan tv tu pun ada juga. Tengah syok-syok pakwe dia bercerita pasal bola, awek dia yang pandang pakwe dia macam orang lain tu mula perasan kepala pakwe dia dah hilang sikit demi sikit. Haha kelakar gila bila sampai kepala pakwe dia betul-betul dah hilang. Baru awek dia nak terkejut. Lambat betul la awek tu.

Aku harap lepas ni banyak lagi usaha kerajaan nak berhentikan kegiatan rokok. Aku ada terdengar hari tu kempen letak gambar bogel dan lain-lain penyakit kanser ini disasarkan untuk orang yang hendak berhenti merokok. Jadi orang yang takde niat nak berhenti merokok mungkin tak berapa berhasil dan tak terkesan dengan gambar-gambar tersebut. Bak kata perokok tegar lelaki,

"GUA TAK BELI KANSER MULUT, KANSER PARU BAGAI-BAGAI, GUA BELI BAYI PRA-MATANG SEBAB GUA TAHU GUA TAK MENGANDUNG OKAY!"

Eh,

Betul juga tu.



Thursday, June 4, 2009

Inspirasi kan dirimu

Pernah tak kamu rasa bagaimana memakai selipar jepun dan juga merasa ditampar jepun? Pasti kamu tahu perbezaan dua perkara itu bukan.

Lepas aku balik kerja aku terus campak beg laptop aku dan tukar seluar dan pakai kasut. Dengan muka semangat tetapi tidak berinspirasi, aku lepak dekat court badminton. Budak-budak dah mula main takraw. Aku pun join.

Baru nak mula main pihak lawan dah bagi servis kuda. Aku bukan lah pandai sangat main takraw ni. Setakat caru-caru takde hal lah. Kalau nak timbang pastu lipat memang tak lepas lah jawabnya. Aku ni bukan kuda jantan. Kalau aku kuda memang senang-senang aje aku bagi lipat tajam dekat diorang. Baru diorang menangis balik rumah sebab tak dapat sambut bola aku. Okay-okay sambung. Dia bagi aje servis kuda tu terus aku je aku tanduk.

" PANG! "

Bola dapat balik dekat pihak lawan. Lepas tu berulang kali tanduk-menanduk.

" PANG! PANG! PANG! "

Akhirnya pasukan aku menang walaupun menanduk adalah senjata kami. Hasil daripada sesi tanduk menanduk ini aku telah dapat menghasilkan banyak wajah inspirasi. Kau tahu apa itu inspirasi? Ala. (nada kerek) Ia seperti wajah di kala mendapat ilham. (erk betul ke?)

Wajah inspirasi 1



Wajah inspirasi 2



Wajah inspirasi sebenar.hahahahaha (okay-okay agak over act disitu)



Cis kenapa wajah sakit tanduk pun ada juga ni?






ambil yang jernih

Pagi tadi tengah aku lepak-lepak dengar radio. Tiba-tiba telinga aku tertumpu dekat satu macam pendapat yang diberi oleh encik deejay (bukan deejay dave okay tapi deejay radio).

Mula-mula kalau kita cakap,

" CITA-CITA AKU NAK JADI JUTAWAN "

Selepas itu rakan kamu jawab,

" MUKA MACAM KAU NAK JADI JUTAWAN? JANGAN HARAPLAH! JUTAWAN SELALUNYA HIDUNG MANCUNG, PIPI LEBAR-LEBAR SIKIT. KAU MEMANG TAK LAYAK OKAY."

Jadi apa yang akan kamu jawab?

Mengikut kajian yang dibuat, bagi sesetengah orang dewasa akan menerima bulat-bulat apa yang orang seperti rakan kamu tadi cakap. Dia hanya mengikut apa yang orang kata terhadap diri mereka. Ini menyebabkan cita-cita menjadi terbantut kerana telah dipotong dengan begitu mudah.

Sebenarnya setiap orang ada kelebihan tersendiri. Sebagai contoh, dalam keluarga kamu, kamu ialah orang yang paling berjaya sebab pernah belajar di luar negara atau universiti-universiti tempatan. Kelebihan-kelebihan lain juga boleh membantu kamu untuk kamu membuat sesuatu. Jadi tidak mustahil untuk kamu menjadi seorang jutawan atau apa pun.

Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah memperkecilkan kebolehan ini jika berlaku kepada diri kamu:

1. Jangan mengambil pendapat orang lain mengenai kebolehan kamu dengan sepenuhnya.

2. Cuba mencari kelebihan diri sendiri supaya kamu mempunyai keyakinan terhadap impian kamu.

Ingat! Bukan rakan kamu yang menentukan nasib kamu. Mereka hanya boleh bagi pendapat mengikut mulut asam mereka sahaja. Mereka tidak boleh menentukan kamu berjaya atau tidak dengan melihat kamu pada masa sekarang.

Baiklah itu sahaja untuk santapan hari ini. Semoga kamu kenyang dengan santapan ini bagi yang tidak lagi bersarapan. Yang sudah sarapan boleh jadikan makan tengahari. Okay dah dah mengarut. Semoga kamu semua mencapai impian kamu semua okay!


p/s: aku tak gemok tapi nak jadi macam malik noor boleh?

Tuesday, June 2, 2009

Kertas kajang masih mahal lagi

Hai blogger yang cun dan kacak-kacak sahaja. Hari ini aku sangat berbesar hati kerana mahu kamu membantu saya. Dah dah.

Aku sebenarnya dah lama nak tukar template ini.
mungkin cuma tiada kesempatan atau tiada orang mahu mengambil kesempatan terhadap aku, jadi blog ini masih lagi terbiar dengan warna coklat sedap-sedap.

Dari dulu lagi aku berminat nak tulis karangan dekat kertas kajang sebab aku pernah jadi pemidato. Peh pemidato tu jangan main gila. ( ceh padahal bertanding syarahan dalam kelas aje). Aku ingat Cikgu Zihan pernah suruh aku bersyarah untuk kumpulan aku tapi sebelum tu kena buat karangan sendiri.

Aku tak banyak idea nak hentam masa darjah enam. Dah bertanding dapat markah sedikit sangat. Cikgu Zihan sempat jadi pengkritik,

" CARA AWAK BERSYARAH DAH BAGUS SEBAB PANDANG PENONTON TAPI ISI KURANG MANTAP YE"

" ERR ERR"

Aku agak berasa terharu dan tersedih kerana tidak membuat persiapan awal menyiapkan karangan. Rakan-rakan lain aku rasa dah dibantu oleh ibubapa atau rakan lain dengan karangan yang mantap-mantap kerana membuat persediaan awal. Cuma aku.

Aku dah berhasrat hendak membuat karangan lagi. Dengan karangan di dalam dunia maya ini aku sangat berasa cukup masa untuk membuat persediaan. Eh macam lah ada pertandingan yang perlu disertai. Cis.

Dah-dah jauh sangat melencong ni. Okay nak tanya kamu semua. Okay kah gunakan template ini?

Okay?

Baiklah. Aku akan gunakan template ini. Terima kasih blogger kerana membantu saya.

Monday, June 1, 2009

Sifat keabangan perlu ada


Hari sabtu lepas aku pergi tengok adik aku yang tingkatan 1 main badminton. Aku panggil dia 'k'. Boleh tahan jugak dia main. Sampai pusingan ketiga baru kalah. Kira okay la kan sebab yang main umur ada yang 14 dan 15. Adik aku baru 13 tahun. Adik aku ni pulak dah sampai pusingan ketiga. Bukan senang kau tahu tak. EH KALAU KAU TERROR SANGAT KAU PERGI LA LAWAN SENDIRI! (ok ok ter emo disitu ye sebab kekalahan adik)

Aku tengok setiap perlawanan adik aku sorang ni. Aku pergi dengan adik aku lagi sorang. Nama dia paan. Paan ni adik bongsu aku. Umur dia baru 7tahun. Kau kira sendiri lah kan beza umur aku yang hampir mencecah 20-an ni. Kira macam bapak orang dah aku sebab bawak budak kecik pergi tengok perlawanan badminton sambil buat muka bersemangat demi anak-anak. (okay kenapa nak tunjuk kebapaan sangat)

Aku memang suka main dengan budak-budak. (ceh tak habis lagi nak tunjuk kebapaan). Kadang-kadang paan yang datang dekat aku bercerita. Budak kecik ni ada macam-macam idea yang menarik dan pelik. Pernah sekali dia datang dekat aku pastu cubit tangan aku. Die tanya,

" SAKIT TAK KENA CUBIT? "

" SAKIT "

" TU MAKNANYA AWAK TAK MIMPI "

" CEHH"

Haha. Bijak gila mereka kan. Aku pun tak terfikir nak buat macam tu kalau aku dapat markah ujian yang sangat teruk. Aku akan cubit tangan berkali-kali sambil cakap tak sakit sebab aku nak jadikan ia nya satu mimpi.

" TAK SAKIT TAK SAKIT! "

" TAK SAKIT TAK SAKIT! "