Sunday, December 6, 2009

Lama-lama rileks sampai lupa hari

Hoyyeyy lepas satu paper. Suka nya suka nya. Rasa macam dah lima tahun tak makan nasi pastu dapat makan free makwe belanja.

Gila baru satu paper dah suka macam ni. Lagi tiga paper macam takde sahaja. Mana tak nya, aku ada gap 7 hari bersamaan seminggu bersamaan 168 jam bersamaan dah lah kira sendiri. Aku boleh berfoya-foya selama seminggu ni dekat metropolitan dungun ni sebab tak balik rumah. Niat di hati memang hendak study, harap-harap niat aku ni tak terganggu di tengah jalan. Tah apa aku cakap ni.

Semalam aku pergi nak bayar bil streamyx dekat dungun. Macam-macam dugaan aku kena tempuh. Aku punya kunci motor tinggal rumah member. Motor tak boleh gerak. (macam mana nak gerak takde kunci ye tak). Jadi pinjam motor kawan. Tapi paling tak tahan masa nak pergi bayar bil. Kena maki tu aku tak tahan. Aku berhenti dekat lampu isyarat. Aku pandang kiri ada 2 orang polis,

" MANA MU PUNYA SIDE MIRROR?"

"HAH?"

" MANA MU PUNYA SIDE MIRROR?"

Aiseh men aku usha-usha dekat motor rupanya takde side mirror. Aku jadi cuak.

" TAKDE LA PAKCIK, TAK PERASAN, SAYA PINJAM MOTOR KAWAN NI"

" BOOTOAH MU TAK PERASAN. KALAU KENA SAMAN MU BUKAN KAWAN MU!"

Kan kena maki. Nasib baik lampu dah hijau. Dia jalan dulu. Aku ikut belakang. Aku tengok dia masuk car wash. Nak basuh kuda putih la tu (kuda putih tu motor besar tu lah). Aku lega sebab tak kena saman. Kalau tak habis melayang free duit aku yang tak bersalah.hish.

Aku teruskan perjalanan. Sampai-sampai dekat tm point aku nak bayar bil. Tengok-tengok tm point pulak tutup.

Cis. Macam mana lah aku lupa semalam hari sabtu. Mana lah nak bukak.





Baca blog hana terus nak jeles. terus edit entri untuk contest.heuheu

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Raja Kamil seorang usahawan internet sepenuh masa mengadakan cabutan bertuah lagi.

Hadiah kali ini lebih lumayan daripada sebelum ini.

Begitu juga dengan syaratnya, paling mudah, tak sampai seminit pun masa diperlukanuntuk peluang memenangi hadiah beliau.

Jika anda hendak memenangi sebuah MP3 Player berkapasiti

2GB, baca lanjut di cabutan http://rajakamil.biz/2009/11/20/pertandingan-akhir-tahun-update

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

12 comments:

:: Cikgu Wiween :: said...

Aik??? Awat motor xdak side mirror muhamad rafiq. bahaya laa dik oi. nanti bubuh cermin meja solek skali tau. kekekekek :P

~nEeYsA~ said...

boleh lak x pasan..
ish2...
bhye2...hee~

hannamaruku said...

weh mane blh! mp3 tu aku pnye. bahah!

.rafiq. said...

cikgu wiween: baik pakai cermin kapal terbang je camtu.hehe


neeysa: tau takpe. bahaye kena saman nanti.


hanna: ade tulis name ko? takde kan. jadi aku punya lah.

suezensuzanna said...

seb baik x keen saman..hhuhuhuu....

.rafiq. said...

tu la. nasib baik dia baik.hehe

Eireen Camelia said...

siyooot! uncle polis tu mencarut yaa?? grrrr cannot cannot!

chokio_nia said...

entri 2 dlm stu ke ne??

tm point tu kat mane ye??mcm pena dgr..lol

.rafiq. said...

eireen: bleh tahan la mncarot.isk

chokio: ehhehe. tm point kat mane2 ade da. yang ni kat dungun

oranglidi said...

HAHHHA.. masuk kontes plak lu..

wa kenal bnar rajakamil tu. hehehe.

.rafiq. said...

orang lidi: hehe. nape weh? aku wat salah ke?hehe

_Yaya_ said...

Hye kawan lame..
(ade kne mengena ke ngan entry nie..haha)