Friday, September 4, 2009

boleh tak aku nak panggil kamu cantik dan kacak?

Akhirnya dapat juga aku bersahur dengan maggi goreng sedap pagi tadi. Punya lah nak makan maggi sebab daripada sebelum puasa lagi beli tapi tak makan-makan lagi. Aku bangun awal sikit hari ini lepastu terus tekan butang panaskan air sebab ingat nak cepat masak maggi.

Tapi bila nak letak air panas dalam mangkuk maggi air dah jadi air sejuk. Aku tak tahu kawan aku yang sangat baik mana dah ambil air yang aku panaskan lepastu pergi campur dengan ais. Air panas dah jadi suam-suam kuku. Nasib baik dia panaskan air lain. Jadi kena tunggu juga lagi nak buat maggi.

Sekarang aku sudah mula nak berterus terang.

Kawan aku selalu panggil aku dengan nama penuh. Macam tengah ber sms dengan kawan yang lain dia akan panggil aku dengan nama Muhammad Rafiq. Aku tak kisah pun dengan sebarang panggilan terutama kalau ada kaitan dengan aku. Kalau macam ada selitkan kata-kata kesat aku rasa macam takde kaitan dengan aku. Contohnya macam ni,

"WEH SI BEDEBAH TU KAN SUKA TIDUR DEKAT TEPI TANDAS KAU TAHU"

Kalau cakap macam ini dengan aku mesti aku tak terasa walaupun aku tidur dengan sebelah mangkuk tandas aje pun. Sebab perkataan bedebah itu adalah kata-kata kesat dan aku rasa takde kaitan dengan aku. (ini adalah contoh saja okay jangan ingat aku betul-betul pernah tidur dekat situ). Kalau contoh lain seperti ini,

"WEH KAU TAHU MUHAMMAD RAFIQ TERTIDUR ATAS MANGKUK TANDAS MALAM TADI"

Okay kalau cakap nama penuh macam ini aku rasa macam nak mengaku aku pernah tidur atas mangkuk tandas walaupun aku tidur dalam bilik atas tilam yang sebatu jauh dari tandas. (ini adalah contoh saja okay jangan ingat aku betul-betul pernah tidur dekat situ. kenapa macam dah cakap sebelum ini. ok abaikan)

Jadi aku lebih suka kalau kawan-kawan panggil aku dengan nama aku sendiri seperti rafiq, apik, kojeck dan bukan dengan ganti nama diri yang jauh kaitan dengan aku. Tapi kalau panggil cutey aku kena fikir dua tiga kali baru mengaku sebab aku juga tak suka orang paksa aku menjadi cute. okay-okay aku tak kisah sebenarnya.hahaha.


MUHAMMAD RAFIQ BIN HASRUDIN
kecil molek bergaya. okay tipu sangat.

16 comments:

dianna said...

haha this is funny. aah betul jugak kan. kenapa nak bother sgt kalau org ckp pasal kite but gune kate ganti nama lain. nampak sgt tuh bukan kite kan?kan?

cik yaya said...

HAHAHAHHAHAHAHA
oke fine.muhammad rafiq awk kenapa tido kt tandas kakak cantik suruh cuci tandas je kot.
pegi tido kat situ kenapa?

FizA aLwi said...

ok, kecil molek bergaya. mood perasan dsituuuuuuu...

~nEeYsA~ said...

haha..
ade ke yg pnggil cutey?
wahh..comel sgt nme tu..hikhik

nurain said...

orang selalu panggil aku ain mazlan.

dari sekolah tu la name yang boleh mebezakan aku dari ain-ain yang lain

huh..tapi contoh kau lawak.

misz benida said...

kecik itu commel kan..
nmpak sntiasa muda...
ahahaha

Bicarafiq™ said...

gigih ye makan maggi hihi pepon kita berdua nama samalah~tetibe hehe pepon selamat berpuasa.

megiassamlaksa. said...

cutey? hahahahahaha.

.rafiq. said...

dianna: ok akhirnya ada yang memahami.hahaha

cik yaya: kakak cantik suruh cuci tandas tapi kakak cantik kunci dari luar dah terpaksa tidur kat dalam.hahahhaha

fiza alwi: haha ok sepatutnya besar manis dan berseri.hahaha

neeysa: bukan ade tapi terpaksa ade.haha

nurain: ok baiklah ain mazlan. aku kan panggil kau ain mazlan mulai sekrang okay.hehe

misz benida: wah wah betul ke betul ke. malu i.hahaha

bicarafiq: eh same la same la. mari kita buat pertubuhan nama-nama bersatu.haha

megiassamlaksa: haha jeles jeles.

Boo™ said...

hai muhammad rafiq.
keh3~

psni tdk ade kojeck suda,rafiq coming!!
:D

i'm bello said...

haha. memang ko comel dowh!

AdjLa said...

blub blub.
tumpang jalan sini..

:: Cikgu Wiween :: said...

muhammad rafiq sungguh seronok bersahur maggie. sy da cuba aritu tapi perut menjadik amat pedih. uhuhu

selamat berpuasa utk esok cutey :p :p

imHepPie said...

iskk..oke kamoo boley panggil aku chantek..siyes aku x kesah...


lalala~~~

oranglidi said...

fuh la maa..

semat abis lu.. (ape cewek blakang tu buat?)

.rafiq. said...

boo: hai miss boo. isk ni rase macam nak belanje kau melancong kat paris ni.haha

im bello: eh ye ke. betul ke. malu i.haha

adjla: eh mane boleh tumpang2. bayar tol cepat!

cikgu wiween: wahaha cikgu yang memahami. cikgu makan magi asam laksa kot jadi skit perut.hehe

imHeppie: ok si cantek. kau jangan perasan lebih2 tau.haha

oranglidi: haha macam ni pun semat. cewek tu tengah kena marah dengan lecturer.haha.