Friday, June 12, 2009

post yang terakhir

Hari ini aku betul-betul serius. Hari ini hari terakhir aku menjalani praktikal di sini. Perasaan aku bercampur sama ada suka dan duka. Betul-betul lah ini bukan cubaan. Ya aku akan meninggalkan dunia blog ini dalam masa yang agak panjang. Aku tahu tiada siapa yang akan merindui post-post aku. Tapi aku pasti dan yakin aku akan merindui untuk mengepost entri-entri baru.

Sebelum aku mengimbau kenangan lebih jauh, aku nak beritahu dengan bangganya aku adalah anak mak dan ayah. Eh maksud aku, aku adalah anak bentong dan anak pahang. Kamu masih tak faham maksud aku? Okay lah aku akan terangkan.

Mula-mula kau kena klik,

anak bentong

lepas itu,

anak pahang

Okay sekarang dah faham? Bagus lah. Akhirnya ada juga yang memahami aku. Terharu... (okay jangan perasan lebih-lebih).

Baiklah sekarang aku nak sambung cerita. Dahulu semenjak aku mengenali dunia blog ini aku tak tahu apa itu blog dan untuk apa blog ini dibuat. Sedikit sebanyak aku terbaca blog-blog kamu aku faham yang blog ini sebenarnya macam diari di alam maya. Blog ini untuk luahan apa sahaja mengenai diri sendiri atau orang lain atau benda lain atau alam lain atau apa sahaja lah. Terpulang dengan tangan si penulis (penaip) sendiri.

Pada mulanya aku hanya nak mencuba-cuba tulis blog ini dengan prinsip orang lain ada blog aku pun nak ada juga lah. Aku pun cuba dengan meletak darahmalaya.blogspot.com (okay kenapa bagi link dekat blog sendiri sekarang ni?) Okay-okay jangan marah sangat dengan gambar aku itu. Baiklah-baiklah sambung penceritaan. Aku hanya mahu mencuba-cuba dengan meletak darahmalaya sebab pada masa itu semangat kepahlawanan aku sangat tinggi. Darahmalaya juga seperti menunjukkan blog ini garang dan kacak. (oh hampir dah mula perasan lebih).




Lama kelamaan aku rasa seperti kenapa lah aku letak darahmalaya. Rasa seperti " AIH MACAM APA JE NAMA BLOG NI SKEMA BETOL ". Aku ada juga niat nak tukar link tapi aku rasa tak syok. Biar je dengan skemaan ini. Baru lah ada keunikan bukan? (Kalau tak unit pun kenapa ada masalah?) Okay-okay jangan garang sangat. Aku dah macam askar nak pencen pulak tak boleh garang-garang. Kau tahu lah askar kalau nak pencen kena biasakan diri dengan orang awam sebab kehidupan sebagai askar dan orang awam adalah agak berbeza.

Okay lah dah jauh menyimpang. Sambung lagi. Semakin hari aku menulis aku dapat rasa bahawa menulis ini dah jadi seronok bagi aku. Kalau tak menulis aku dah rasa lain. Menulis ini dah sejiwa dengan aku. Maksud aku menaip lah menulis tu kenapa buat-buat tak faham lagi ni?. Kamu dah faham sekarang maksud aku menulis ialah menaip jadi aku akan gunakan menulis sahaja. Okay bila aku tak menulis aku dah rasa lain macam seperti ada sesuatu tak cukup aje. Mungkin inilah dikatakan panahan cinta. (Ah kau jangan mengarut ini bukan panahan cinta la aney!)

Aku tahu ini lah dikatakan sejiwa seperti tajuk lagu spring . Itu bukan singkatan bagi super ring okay tapi ia kumpulan penyanyi lagu batu perlahan (slow rock). Okay menulis blog ini dah sejiwa dengan aku. Jadi aku dah mula berkeinginan untuk mengepost blog bila ada sesuatu yang aku nak kongsikan. Maksudnya aku akan merindui untuk menulis blog.

Tapi semua ini mungkin tinggal kenangan sahaja kerana selepas ini aku dah jarang menulis blog atau aku mungkin takkan menulis blog lagi. Banyak urusan yang aku perlu selesaikan beberapa ketika ini. Aku harap semuanya akan berjalan baik di sini semasa ketiadaan aku.

Okay sudahlah mengarut lebih-lebih. Tun Mahathir yang sibuk tu pun boleh tulis blog lagi. Kau baru habis praktikal dah lagak lebih pula. Okay sampai sini sahaja dahulu. Sehingga kita berjumpa lagi ya rakan-rakan blogger semua. Kalau jumpa aku dekat mana-mana jangan segan-segan tegur aku lepas tu ajak aku pergi makan mcd dan tengok wayang. Aku mesti setuju.

Baiklah selamat tingggaaal. Bubbbyeee.

p/s buat jejaka: jangan nakal-nakal nak mengorat anak dara orang.
p/s buat anak dara: jangan malu-malu nak tambah nasi ya.
p/s buat pasangan: nanti dapat anak comel comel okay.

19 comments:

suezensuzanna said...

aiyak.....tul gak tuh...dr Mahathir yang bz tuh pun ader mase wat blog..apatah lagi kiter yang x seberape ini

Liquid said...

ehe sokong same cik zue diatas. hang buat ape ea smpi x sempat tu..?? aaaaa....

I n n z said...

waaaa...
mahu ke mane kamu ?
ngee ~
;p

.kakijalan. said...

suesuzensuzanna: aku nak pergi jauh. mungkin mahathir pun tak pernah pergi sejauh aku.hhehe

liquid: ada laaa..hahaha

innz: pergi mencari ilmu penuhkan di dada.hehehe. rajin2 la buat cupcakes ya.

~nEeYsA~ said...

laaa...
cdey nyer bce post ko ni..
huhuh..
smbil mnangis teresak2..
haha..
pas ni dh kurg la org yg megomel d blog aku yer..
ape2 pun,ol da bez yup!

MuhD NoR AzyM said...

Huhu. Pg mana la plak ko ni..

ファラ 'aqila said...

sedihnye...jgnla xtulis langsung..tulis sikit pun jadi..

nurain said...

jangan risau. aku akan rindu kau walau kita kenal kat dunia blog ni x lame!

sila kembali menulis bila dah rindu okeh~

dLa said...

saye akan merindui mu.
ehhh.
merindui entry baru mu.
hehe

.kakijalan. said...

neeysa: haha jangan la sedih2 okeh. nanti aku dah balik dari pergi jauh aku mengarut dekat blog kamu lagi k.

muhd nur azim: Aku nak pergi jauh penuhkan ilmu di dada. esok aku pergi.huhuk

fara aqila: hehe nanti aku tulis lagi. jangan risau lah.

nurain: wah ada juga yang mahu rindu aku.haha. aku juga pasti merindui kamu.hehehe

dla: haha rindu pun apa salahnya.haha. entri baru akan menjelang bila aku dah pulang okay.

MentaRi MaLaM said...

salam..

huhuhu sdey2.. takde lg la org rajin mengomen blogku...

kakijalan.. da penat jalan2.. balik la ye.. hehehhe

all the best

Iqakiko said...

sedeyh siott!!:(

Radiusi Maya Algebra said...

thnx 4 da link;D
jgn tggl blog lme sgt,
nti b'hbuk:p

Nuts said...

ah soodah lah kau...

aku ttp akan carik kau. berhati2lah!

misz LiL's said...

ahahaa..
walo pon ayat nye skema2 tapi still klaka.. jdi jgn tulis org xkan tggu entri baru kamu.. pasti ade yg menunggu nya.. =>

-mizz lilz [^_^]

SwEeTFoResT said...

lorh nak benti wat pe..ish2..

vidadarisakura said...

napa?
ko maw betapa meh?
hee

adjLA said...

pe mnde yg ko mngomel pjg lebar ni?
mmg luahan prasaan btol la..emo.
pnt aku nk bace..adoi.

@syikin said...

haha...taik gajah sebesag batu bata...huhuhu...lawak2....tah2 taik org yang tulis tu lagi besag...hehe...main2jer....