Wednesday, January 8, 2014

Hebat Allah!

Salam.

Dekatnya rasa kiamat.

Macam-macam dah berlaku dalam dunia ini. Semua manusia dalam kelalaian termasuklah diriku ini.
Allah SWT telah tunjukkan banyak kehebatan Dia untuk mengingatkan kita. Tetapi kita masih tidak berubah.

Baru-baru kita telah digemparkan dengan banjir besar yang berlaku di Kuantan. Itu merupakan peringatan buat penduduk Kuantan khususnya dan seluruh Malaysia am nya. Supaya manusia kembali kepada jalan sebenar. Tidak pernah sebelum ini Kuantan banjir seteruk itu, tetapi kali ini begitu hebat sekali keadaan banjir tersebut.

Tetapi malangnya ramai lagi masih tidak menginsafi atas kejadian ini. Yang tidak solat tetap tidak solat. Yang lewat solat tetap lewat solat. Hal ini jelas kelihatan. Tengah sibuk mengemas selepas banjir, bila azan berkumandang, masih lagi tidak mempedulikan waktu. Terus melakukan kerja masing-masing. Macam tak tahu mana lebih penting.

--------------------------------------------------

Allah itu Maha hebat.

Baru-baru ini aku ada buat sedikit kerja mengambil pokok cattail. Pokok ini merupakan satu tumbuhan yang akan menyerap bahan-bahan kimia di dalam tanah.

Nak beritahu di sini hebatnya Allah SWT, ada setengah kawasan pokok ini sangat lembut. Mudah dicabut. Tetapi setengah kawasan pula sangat susah untuk dicabut. Pokok juga sangat keras seperti besi. Tanah juga di kawasan itu menjadi sangat keras seperti batu konkrit. Hebat Allah.

Allah SWT cuma ubahkan sedikit tempat tumbuhan itu hidup dah menunjukkan betapa hebatnya Allah SWT boleh menukar apa sahaja keadaan mengikut kehendaknya.