Monday, December 16, 2013

Latihan industri

Salam.

Tak lama lagi aku akan menjalani latihan industri. Minggu ni kira last lah aku belajar kat UMP ni. Minggu depan dah start study week. Lepas study week bermulalah tak tidur malam beberapa hari. Dan pertengahan bulan 1 nanti tamatlah semuanya.

Apa yang merunsingkan aku sekarang ini ialah untuk tempat praktikal. Tak tahu aku mahu ke mana. Aku dah dapat 3 tempat. 1 di cyberjaya, 1 di Bentong, 1 di UMP juga. Semuanya ada allowance. Tapi kalau nak tengok yang paling banyak ialah di UMP.

Aku sekarang perlu buat pilihan. Rasa-rasa mana patut aku pergi. Aku tak nampak jalan lagi ni.

Moga Allah bantu dalam setiap urusan kita semua.

Wassalam.

Saturday, December 14, 2013

Dah dekat sangat dah

Salam.

Pagi tadi , sedang aku scroll facebook ternampak satu petikan mengenai kiamat. Aku baca dan lihat apa yang terkandung dalam artikel tersebut.

Boleh dikatakan setiap tanda-tanda kecil telah keluar. Seperti mana yang telah diberitahu oleh Nabi SAW, semuanya telah berlaku.

Salah satu yang aku ingat ialah mengenai manusia telah meninggalkan makruf dan sentiasa melakukan kemungkaran.

Tanda ini betul-betul buat diri aku terasa. Terlalu banyak kemungkaran yang aku lakukan. Makruf pula aku tidak laksanakan.

Dalam petikan itu diberitahu akan datang satu asap yang akan mematikan semua orang kafir. Aku takut aku termasuk dalam golongan tersebut.

Kiamat sudah sangat hampir.

Aku harap kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Thursday, December 12, 2013

Kita Pelupa

Salam

Kita ini manusia. Manusia sifatnya pelupa.

Allah dah bagi banyak nikmat pada kita. Setiap hembusan nafas kita, setiap makanan yang masuk ke dalam mulut kita, setiap darah yang mengalir dalam tubuh kita, setiap kerlipan mata kita, setiap langkahan kaki kita, setiap pandangan mata kita. Semuanya nikmat dari Allah.

Nikmat yang paling besar Allah bagi seorang manusia ialah nikmat iman dan islam. Tak semua orang dapat nikmat yang terbesar ini.

Jadi kita kena syukur banyak-banyak kepada Allah kerana telah bagi kita nikmat iman dan islam.. Allah telah pilih kita jadi orang islam dan orang beriman. Allah bagi kita taufik untuk jalankan perintahNya. Jadi macam mana untuk syukur nikmat Allah ini ialah dengan menjalankan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur. Siapa yang tak bersyukur Allah akan tarik balik nikmat yang Allah beri pada dia. Kalau hari ini dia taat perintah Allah, esok dia tidak dapat taat asbab dia tidak bersyukur pada Allah. Dan jadi sebab dia akan binasa di akhirat. Nauzubillah.

Mari banyakkan bersyukur, ingatlah dunia ini sementara. Suatu hari kita (saya) akan tinggalkan dunia ini, Tinggalkan keluarga, tinggalkan harta, tinggalkan pangkat dan kedudukan, tinggalkan pelajaran dan kelulusan. Yang saya bawa hanya amalan. Hanya iman dan amal.

HARI ITU PASTI AKAN TIBA.

wassalam.

p/s: pesanan untuk diri sendiri yang terlalu lalai

Tuesday, December 10, 2013

Tolong bantu sedikit

Salam.

Hari ini budak-budak UMP semua cuti.

Baik hati betul UMP sekarang. Sejak dapat berita pelajar-pelajar UMP banyak bagi bantuan untuk mangsa banjir, siap masuk berita lagi. Terus pihak UMP bersemangat bagi lagi cuti dan kerahkan semua pelajar untuk turun bantu bersihkan rumah dan kawasan-kawasan banjir.

Hari ini aku juga tidak ketinggalan. Pagi-pagi sudah bersiap untuk turun padang. Lepas siap-siap sarapan pagi terus berkumpul. Sebelum bertolak mesti ada cakap-cakap dulu, gambar-gambar dulu, kemudian baru bertolak ke destinasi.

Aku bersama geng-geng sampai je di destinasi terus cari tempat nak bersihkan kawasan. Amboi bukan main teruk lagi tempat yang kami pergi. Kesian pun ada. Habis semua barang-barang musnah. Bau dia tak payah cakap lah, memang tak boleh tahan.

Lebih kurang 4 jam kami di sana. Bersih-bersih apa yang patut. Buang-buang barang yang tak perlu. Cukup masa kami pun pulang.

Walaupun sekejap kami membantu. Harap-harap ada manfaat jugalah kedatangan kami. Kita doakan lah mangsa-mangsa banjir ni supaya Allah permudahkan urusan mereka.

Wassalam..

Monday, December 9, 2013

Hari yang mendebarkan

salam..

Semalam hari yang cukup mendebarkan. Pertama kali dalam sejarah hidupku berjumpa dengan bakal mertua. Seram sejuk kau.

Ye lah mana tak nya, ni lah pertama kali aku berjumpa dengan mak ayah si dia. Si dia pun tak pernah berjumpa lagi. Jumpa terus mak ayah, baru gentle kan.hehe

Sebenarnya aku memang mahukan serius dalam hubungan ini. Niatku memang tidak mahu bercintan cintun sebelum kahwin. Sebab itulah si dia pun aku tak pernah buat temujanji. Biarlah terus sahaja kepada merisik, bertunang, dan berkahwin. Jika dia dah ditakdirkan untukku, maka aku bersyukur. Jika tidak, maka aku redha.

Segala yang berlaku adalah dalam ketentuanNya. Kita hanya merancang, Allah lah yang menentukan. Oleh itu aku hanya buat apa yang perlu sahaja. yang lainnya semuanya aku serahkan kepada yang Maha Esa.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aminn..

Wslmm...

p/s: ada juga orang yg melawat lagi blog ini . tsk tsk

Sunday, December 1, 2013

Berblogging semula

Salam.

Selesai mengkhatamkan blog about aku. Aku baru sahaja habiskan baca dari mula berblog sampailah sekarang. Takde kerja betul kan baca blog sendiri.

Tapi kadang-kadang aku ni lawak juga rupanya. Bila aku baca balik entri yang lepas-lepas, ada yang buat aku tergelak. Boleh tahan jugak budak ni buat lawak.

Sekarang ini mungkin tidak lagi. Aku lebih banyak serius. kot. Buat lawak pun tak dah. Kalau orang buat tu, aku pun setakat senyum-senyum je.

Kenapa aku tiba-tiba nak blogging balik eh?

Entahlah, tiba-tiba datang perasaan rindu pada blog. Yelah dulu hampir 3 tahun aku sibuk dengan berblogging. Pastu masuk tahun ke 4 dah malas-malas sikit.

Oh ya, rupanya masuk tahun ke 5 dah blog ini.

Tuanya...