Friday, January 11, 2013

Syair Ziarah rumah ke rumah


Assalamulaikum..

Baru-baru ini aku terjumpa satu syair. Ini copy paste dari salah seorang blogger.
Sangat menarik. Mari kita berkongsi..:)

Pintu diketuk disusuli dengan salam,
yang di dalam tadi riuh tiba-tiba suram,
Allah tarbiah kami untuk sangka baik sesama Islam,
mungkin mereka tak dengar dari dalam,
maklumlah hari sudah nak malam.

Dahulu nabi menyeru seisi alam,
seru mereka kepada Islam,
tapi Abu Jahal dan Abu Lahab pura-pura tak paham,
kononnya pertahankan adab resam,
walhal Al-Quran turun dengan maksud mendalam,
mengalahkan segala syair pendeta seluruh alam.



Bukan niat kami untuk mengajar,
niat cuma untuk belajar-belajar,
belajar cakap benda yang benar,
nak kata hidup ini cuma sebentar,
kelak kita bertemu yang Maha Besar,
marilah kita beriman sebentar,
bercakap-cakap tentang kubur,sirat dan masyar,
mudah-mudahan iman yakin bertambah lebar.

Pintu diketuk sebanyak 3 kali,
sambil itu salam diberi,
keluar pula seorang lelaki,
rupanya rumah tuan haji,
dengan wajah berseri-seri,
manis senyuman tidak terperi,
lega segala hati kami,
dipelawa masuk tetapi tak cukup time diberi,
cukuplah kami sekadar di sini,
menghidupkan amalan sunnah nabi.







Tapi sayang ada yang tak faham-faham lagi,
bukan takat dicaci bahkan dimaki,
tak tahu mana dia kesalahan kami,
rupanya inilah dia kerja nabi,
iman ditarbiah cara begini,
sabar diuji berkali-kali.

Azan dilaungkan 5 kali sehari,
syaitan mendengar terus bersembunyi,
dalam jamban memang pilihan sensasi,
dakwah kepada solat pun syaitan lari,
dakwah kepada Iman lagilah syaitan benci,
yang pelik Mat Rempit pun lari,
baru nampk jamaah berjalan kaki,
belum sempat salam diberi,
habis sume mencicit lari,
meluncur laju macam Velentino Rossi.









Benci benarkah mahu dengar tentang Allah?
benci sangatkah mahu dengar kebesaran Allah?
malukah diri kita mahu dengar kehebatan Allah?
siapakah yang beri kita rezeki tiap-tiap hari bukankah Allah?
siapakah yang perlihara kita sejak dalam rahim bukankah Allah?
siapakah yang mencipta kita bukankah Allah?
susah sangatkah mulut mahu cakap yang beri kita makan itu Allah?

Hari ini kita mesti faham kerja dakwah kerja kita,
bukan takat kerja ustaz,alim dan ulama,
tak kira kita petani, peladang, kerani, doctor, mahupun raja,
kerja dakwah kerja fulltime kita,
kerja dunia hanyalah kerja partime sahaja,
ingatlah teman Ingatlah taulan,
dunia ini tempat sementara,
dalam kita bersenda,
dalam kita bersukaria,
kerja nabi mesti jalan juga,
tak kira sesibuk mana,
tak kira kita di mana,
kitalah pewaris tugas anbia bersama.






Hari ini,
nama jemaah sudah diberi,
bukan Maulana Ilyas yang kasi,
penduduk Malaysia gelarkan tabligh,
dan bila jamaah melangkah kaki,
kanak-kanak kata lari,
tabligh datang kome sembunyi,
di Malaysia mungkin janggal lagi,
di zaman nabi ziarah dibuat tiap-tiap hari,
bukan takat di Aidilfitri.

Ayuh bangkit semua pemuda,
termasuklah yang tua bangka,
tak kira kita siapa,
terpaksa atau suka rela,
tidak kira dimaki dan dicerca,
tidak kira kita mulia mahupun hina,
ayuh hidupkan Dakwah bawaan Baginda,
ini syair perkongsian bersama,
kalau nak copypaste aku pun rela,
ingatlah kejayaan kita dalam agama,
blog ini hiburan semata-mata,
dakwah hanyasanya cara baginda s.a.w yang paling Allah terima....

InsyaAllah...

credit to : Azhar jaafar

Wassalam..wbt..

Tuesday, January 8, 2013

Kenapa tabligh sesat?

Assalamualaikum wbt..

Hari ini aku ingin menceritakan sedikit pengalaman aku semasa berada di jalan Allah SWT. Apa yang aku buat semasa di jalan Allah? Dan apa yang aku dapat semasa keluar?

Semasa aku keluar aku akan bersama jemaah. Orang panggil jemaah tabligh. Sebenarnya jemaah tabligh ini hanya panggilan manusia. Usaha dakwah yang sebenarnya tidak ada nama. Usaha ini adalah umum dan tanggungjawab bagi setiap manusia. Bukan kumpulan atau pertubuhan atau persatuan, dan sebagainya. Tetapi tanggungjawab semua umat nabi SAW yang ada kalimah lailaha illallah.

Sebelum tu aku ingin bertanya, pernah kah kamu mendengar orang mengatakan tabligh sesat? Pasti pernah bukan. Aku tidak tahu, apa yang sesat dalam tabligh ini. Jika orang itu benar-benar memahami apa tujuan keluar bertabligh pasti mereka tidak akan berkata sebegitu.

Aku ni nak kata orang yang lama dalam usaha ini tidak lah juga. Aku juga baru-baru hendak belajar dalam usaha ini. Namun aku yakin usaha ini adalah usaha yang benar. Inilah usaha yang dapat membawa manusia supaya dekat dengan Allah. Mengajak manusia untuk sukakan Allah. Satu-satunya usaha yang tidak ada kepentingan dunia kecuali akhirat semata-mata. Usaha untuk mencari redha Allah.

Aku pernah mengikut keluar di jalan Allah selama 1hari, 3hari, dan 40hari. Boleh dikatakan perkara yang aku belajar hampir sama setiap hari.

Sebelum keluar di jalan Allah, aku akan menyiapkan beberapa kelengkapan seperti alas tidur, pakaian, alatan mandi, dan wang. Kemudian berkumpul di satu tempat untuk bayan hidayat. Bayan hidayat ini merupakan taklimat awal sebelum keluar di jalan Allah. Seseorang yang telah diputuskan dalam mesyuarat akan bertanggungjawab untuk memberi sedikit penerangan tentang adab-adab semasa keluar dan perkara-perkara yang perlu ditekankan semasa keluar di jalan Allah SWT. Antaranya seperti membanyakkan dakwah, membanyakkan taklim wa taklum, membanyakkan ibadat, dan membanyakkan khidmat, dan lain-lain lagi.

Selepas itu seseorang akan berdoa supaya Allah membantu jemaah untuk belajar-belajar melakukan usaha dakwah. Selepas itu jemaah akan bertolak ke destinasi yang telah diputuskan dalam mesyuarat. Mesyuarat biasanya akan dilakukan sebelum jemaah dibentuk. Biasanya 2 atau tiga hari sebelum keluar. (bergantung) Kemudian kami semua akan ke surau atau masjid.

Disana perkara pertama yang kami lakukan ialah solat sunat tahiyatul masjid. Selepas itu semua jemaah akan duduk bermesyuarat. Perkara yang dimesyuarat ialah bagaimana untuk melakukan usaha dakwah di tempat tersebut. Siapakah orang yang perlu kita jumpa. Dan bagaimana cara perlaksanaannya, Semuanya akan dimesyuaratkan sebagaimana cara nabi SAW dan sahabat-sahabat bermesyurarat.

Masa keluar inilah aku dapat belajar-belajar untuk amalkan sunnah dapat kehidupan. Semua perkara yang kita lakukan semuanya akan dipelajari semasa keluar seperti cara makan rasulullah, cara minum rasulullah, cara tidur, cara masuk tandas, dan sebagainya. Masa keluar semua yang aku belajar aku dapat lakukan. Kerana suasana semasa keluar ialah semua orang dalam jemaah ada sifat ingin belajar, maka semua akan berusaha untuk melakukan apa yang telah dipelajari. Jadi suasana semasa keluar ingin sangat penting untuk memberi kesan kepada kita. Sebagai contoh, seorang pelajar nak dapat 5A dalam UPSR kena pergi sekolah hari-hari, belajar dalam suasana kelas. Begitu juga, untuk belajar ilmu agama, kena ada suasana agama. Masa keluar inilah ada suasana agama. Kalau hari ini belajar cara makan rasulullah ialah dengan cara menunggu makanan, secara berjemaah, menggunakan tangan kanan, dan dimulakan dengan bismillah. Maka selepas belajar, terus dapat amalkan seperti yang telah dipelajari. Lain jika kita belajar, di sekolah atau di internet, atau sebagainya. Bila belajar belum tentu dapat mempraktikkannya.

Banyak sunnah-sunnah yang dapat aku belajar semasa keluar. Dan sunnah yang paling besar ialah dakwah. Setelah beberapa kali aku keluar di jalan Allah barulah aku faham bahawa sebenarnya sangat penting untuk kita semua melakukan usaha dakwah. Dakwah ini merupakan tanggungjawab bagi umat ini. Kerana nabi telah tiada, tetapi kerja kenabian masih ada. Dan umat ini telah diberikan tugas kenabian ini. Kalaulah hari ini ada orang buat maksiat dalam masjid sekalipun, nabi tidak akan dihantar lagi. Jadi siapa yang akan menghalang? Kitalah yang bertanggungjawab. Umat nabi SAW yang ada kalimah, semua ada tangunggjawab dakwah. Sebab itu di akhirat nanti umat ini akan dimuliakan. Kita akan dimuliakan bila kita buat dakwah. Tetapi hendak buat dakwah mestilah ada cara yang betul. Iaitu cara yang telah ditunjukkan oleh nabi dan sahabat. Lelaki ada cara dakwah. Perempuan ada cara dakwah dia. Kanak-kanak ada cara dakwah dia. Semuanya telah diceritakan pada zaman sahabat dahulu.

Semasa keluar aku sentiasa akan berada di dalam masjid. Maka segala amal ibadat akan bertambah. Yang sudah pasti aku dapat bersolat lima waktu di masjid, di awal waktu, dan berjemaah. Inilah cara nabi SAW. Nabi SAW tidak pernah solat lima waktu di rumah. Di rumah hanya solat-solat sunat. Masa keluar ini macam satu latihan pada aku. Dan alhamdulillah kesan daripada aku keluar, apabila aku berada di rumah atau di kolej, aku dapat menjaga lima waktu solat, aku dapat bersolat sebagaimana cara nabi SAW.

Disamping itu semasa keluar ini ditekankan supaya ada sifat untuk belajar ilmu. Tidak cukup hanya dengan keluar di jalan Allah. Semasa pulang ke kampung halaman, perlu berjumpa dengan alim ulama untuk mempelajari ilmu fikah, yakni ilmu tentang cara solat, cara puasa, cara mengaji, dan sebagainya. Semasa keluar juga aku dapat belajar memperbaiki akhlak. Ahli-ahili jemaah sentiasa nasihat-nasihati dalam hal-hal kebaikan. Mereka selalu berpesan supaya kita mesti sentiasa ikhlas melakukan sesuatu perkara hanya kerana Allah SWT.

Inilah antara pengalaman yang dapat aku gambarkan disini. Jadi kamu rasa adakah perkara ini sesat? Sebenarnya kita tidak akan faham selagi kita sendiri tidak melakukan perkara itu. Jika aku cerita pada kamu tentang kelazatan buat epal. Cerita epal ini sedap, berkhasiat dan sebagainya, tetapi kamu tidak pernah makan pun, maka kamu tidak aku tahu epal itu sedap. Kamu perlu makan sendiri epal baru kamu tahu epal itu sedap dan berkhasiat. Begitu juga keluar di jalan Allah, jika aku beritahu seribu kepentingan pun kamu takkan faham sehinggalah kamu sendiri keluar di jalan Allah SWT. Apa yang aku dapat simpulkan ialah keluar di jalan Allah ialah untuk menjadikan seseorang itu baik. Bagi orang yang mengatakan sesat itu, semoga Allah bagi dia taufik dan hidayah untuk faham usaha ini. Usaha ini usaha nabi. Jika ada salah, mungkin salahnya datang dari jemaah itu sendiri. Bukan salah usaha ini. Jika kita salahkan usaha dakwah, cubalah kita fikirkan sebenarnya kita sedang menyalahkan usaha siapa? Wall'alm.

Aku rasa sampai sini dahulu kali ini. Semoga sedikit pengalaman aku ini dapat membuka minda kita semua untuk cuba memahami usaha ini. Inilah usaha yang telah ditinggalkan oleh nabi kita Muhammad SAW.

Kejayaan hanya dalam agama, sejauh mana taat perintah Allah SWT, ikut cara nabi SAW.

Wassalam wbt..

Thursday, January 3, 2013

Kenapa aku berubah?

Assalamualaikum..wbt..

Ramai yang tertanya-tanya sebab aku berubah. Baru-baru ini ada sorang kawan aku. Beria sangat nak tahu. Daripada seseorang yang sangat teruk menjadi sehingga seperti sekarang ini. Kalau hendak dibandingkan dulu dengan sekarang memang jauh beza. Sangat berubah. Pasti ramai yang tidak percaya jika lihat pada aku sekarang. Aku tidak tahu bagaimana hendak mula.

Dulu, aku ialah seorang yang suka berkawan tidak kira siapa. Namun aku tidak pandai mengawal diri. Aku sangat mudah terpengaruh. Bila kawan ajak pergi melepak, aku ikut. Bila kawan ajak merokok, aku ikut. Ajak bergaduh, aku ikut. Mana saja aku pergi pasti ditemani kawanku.

Boleh dikatakan macam-macam aku buat bila melepak bersama kawan. Setakat merokok tu menjadi perkara biasa, malah lebih teruk dari merokok. Macam-macam tempat aku masuk. Sehinggalah kelab malam, disko, dan lubang maksiat. Dan yang pasti kalau keluar rumah waktu malam balik pasti pagi. Menjadi perkara pelik bagi aku ketika itu jika tidak keluar rumah pada waktu malam.

Kalau perempuan tu tak payah cakap lah. Mana saja perempuan yang agak menarik pada pandangan aku, pasti akan menjadi sasaran aku. Aku pasti akan dapatkannya.

Sehinggalah sampai satu  masa terdetik dalam hati aku keinginan untuk berubah. Pada masa tu aku masuk ke salah sebuah institusi pengajian di Malaysia. Dalam hati aku, aku ingin berubah. Aku mahu jadi budak baik! Pada masa tu aku mula rapat-rapat untuk ke masjid. Sebelum ini  memang tak pernah nampak ke masjid kecuali solat jumaat. Itupun bila time iqamat baru masuk masjid. Sebelum tu lepak bersama kawan-kawan bersembang, merokok, dan sebagainya.

Ternyata bila aku ada keinginan yang baik, Allah SWT bantu aku. Aku diberi aku peluang untuk bertaubat. Kalau dulu tak pernah ke masjid. Namun bila masuk belajar, aku cuba datang untuk solat di masjid. Kadang-kadang dua waktu, kadang-kadang tiga waktu. Tapi masa tu kebanyakan masih solat di rumah. Terutama solat subuh. hehe

Satu ketika di masjid tempat aku belajar ada buat program. Waktu tu ialah selepas solat asar. Aku lihat ada seorang pelajar memegang kitab bewarna biru. Membaca hadith-hadith nabi kita. Aku pun duduk mendengar dengan khusyuk setiap patah perkataan yang dibaca oleh pelajar tadi. Hampir setengah jam juga program tu.

Rupa-rupanya banyak lagi perkara yang aku terlupa. Dan banyak lagi perkara yang aku tidak lakukan. Bila aku dengar hadith-hadith baru aku sedar betapa banyak dosa yang telah aku lakukan. Dan betapa banyak kerugian yang telah aku buat kerana tidak amalkan perintah Allah mengikut cara nabi. Sebagai contoh, solah jemaah dapat 27 pahala, solat bersendirian di rumah dapat satu pahala. Betapa ruginya kita jika solat di rumah. Dan nabi kita pun tidak pernah solat lima waktu di rumah. Semuanya di masjid walaupun ketika baginda hampir wafat. Sahabat pimpin untuk ke masjid sehingga kaki nabi terseret. Nabi nak tunjukkan betapa beratnya solat berjemaah. (untuk kaum lelaki)

Sejak pada itu, boleh dikatakan hampir setiap waktu aku ke masjid. Cuma ada satu dua waktu yang tertinggal kerana tertidur atau terlewat. Namun begitu masih juga tak dapat menyempurnakan lima waktu di masjid sebagaimana yang dilakukan oleh nabi kita.

Tiba-tiba suatu hari, datang seorang pelajar kepada aku. Rupa-rupanya dia ialah salah seorang pelajar yang membaca kitab berwarna biru. Dia ajak aku untuk pergi ke markas. Aku tak banyak bertanya, aku jenis cepat ikut kawan, jadi aku ikut sahaja. Mungkin Allah nak bagi hidayat pada aku pada masa tu.

Kami pun pergi ke markas dibawa oleh salah seorang pensyarah di tempat aku belajar. Markas aku pergi ialah di Kubang bujuk, Kuala Terengganu. Di markas aku lihat ramai orang berpakaian putih. Berjubah dan berserban. Sangat ramai. Di situ ada seorang duduk di depan sekali. Semua orang sedang khusyuk mendengar setiap kata-katanya.

Dia menerangkan tentang pentingnya usaha dakwah. Pentingnya setiap manusia menjalankan kerja dakwah. Allah SWT telah jadikan semua dalam kalangan umat ini sebagai dai'. Tidak kira lelaki, wanita dan kanak-kanak. Semuanya bertanggungjawab atas agama. Dan Allah janji syurga untuk siapa yang buat kerja dakwah dan mereka akan berada bersama nabi dan sahabat di akhirat kelak.

Sejak dari itu, aku terfikir bahawa aku sangat perlu untuk meneruskan kerja yang telah ditinggalkan nabi SAW ini. Niat baik aku dibantu oleh Allah SWT. Suatu hari kawan aku ajak untuk keluar 1 hari setengah. Belajar-belajar usaha dakwah. Aku tanpa banyak tanya, terus mengikut.

Masa keluar ada seorang ustaz bersama kami. Juga seorang ustaz yang mengajar di tempat aku belajar. Ustaz tu lah yang banyak ceritakan kepentingan-kepentingan untuk kita amalkan setiap perintah Allah SWT mengikut cara yang ditunjukkan nabi SAW. Masa aku keluar tu, sambil-sambil aku belajar aku terus dapat mempraktikkan apa yang aku belajar. Masa keluar tu memang beri banyak kesan kepada diri aku.

Sehinggalah selepasnya aku selalu ikut untuk keluar pada bulan-bulan seterusnya. Makin lama aku keluar makin banyak yang aku belajar. Aku belajar dari segi keimanan, ibadah, muamalah, muasyarah, dan akhlak. Kesan aku keluar banyak mengubah kehidupan aku. Kalau dulu tak pernah ke masjid, sekarang boleh dikatakan selalu di masjid. Waktu cuti bila di kampung, kalau dulu tak pernah ada di rumah kecuali waktu tidur, tetapi sekarang aku berada di rumah bersama mak ayah dan adik-beradik.

Aku bersyukur dengan apa yang telah diberi oleh Allah SWT. Ini semua adalah ihsan daripada Allah SWT. Mungkin berkat doa mak ayah aku membuat aku berubah. Jika tidak kerana belas kasihan daripadaNya, sekarang ini aku tidak tahu berada di mana. Di kompleks beli belah? Di disko? Di hotel?

Alhamdulillah sekarang ini pun aku menaip di masjid. Aku selesa berada di sini. Sekarang ini aku banyak memikirkan tentang nasib kita semua. Aku sangat berharap semua manusia supaya selamat di dunia dan akhirat. Semua kita selamat daripada siksanya.

Dari itu aku ingin memohon supaya kita semua dapat berfikir seketika tentang kehidupan kita nanti. Iaitu kehidupan selepas kita mati. Setiap detik dan saat yang Allah bagi sekarang ini pada kita merupakan peluang kepada kita untuk bertaubat pada Allah. Allah buka seluas-luasnya pintu taubat kepada kita. Marilah kita kembali kepadaNya. Semoga kita bahagia di sana buat selama-lamanya.

Sampai sini sahaja dahulu. Semoga apa yang aku tulis dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Sekurang-kurangnya ada terdetik dalam hati bahawa "saya mahu berubah.". "Saya mahu jadi baik."

Wassalam.. wbt..

Tuesday, January 1, 2013

Forgiveness of Allah

Assalamualaikum..

I would like to share with you some excerpts from the chapter "Seeking forgiveness" from Riyadh as Saliheen"

Allah, the Exalted, says: 

"And ask forgiveness for your sin...'' (47:19) 

"And seek the forgiveness of Allah. Certainly, Allah is Ever Oft-Forgiving, Most Merciful.'' (4:106) 

"And declare the freedom of your Rubb from imperfection beginning with His praise, and ask His forgiveness. Verily, He is the One Who accepts the repentance and Who forgives.'' (110:3) 

"For Al-Muttaqun (the pious) there are Gardens (Jannah) with their Rubb, underneath which rivers flow. Therein (is their) eternal (home) and Azwajun Mutahharatun (purified mates or wives). And Allah will be pleased with them. And Allah is All-Seer of the (His) slaves. Those who say: `Our Rubb! We have indeed believed, so forgive us our sins and save us from the punishment of the Fire. (They are) those who are patient, those who are true (in Faith, words, and deeds), and obedient with sincere devotion in worship to Allah. Those who spend (give the Zakat and alms in the way of Allah) and those who pray and beg Allah's Pardon in the last hours of the night.'' (3:15-17) 

"And whoever does evil or wrongs himself but afterwards seeks Allah's forgiveness, he will find Allah Oft-Forgiving, Most Merciful.'' (4:110) 

"And Allah would not punish them while you (Muhammad (PBUH)) are amongst them, nor will He punish them while they seek (Allah's) forgiveness.'' (8:33) 

"And those who, when they have committed Fahishah (illegal sexual intercourse) or wronged themselves with evil, remember Allah and ask forgiveness for their sins; - and none can forgive sins but Allah - and do not persist in what (wrong) they have done, while they know.'' (3:135) 


The Qur'anic Ayat on the subject are many and well-known. 

1869. Al-Agharr Al-Muzani (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "Sometimes I perceive a veil over my heart, and I supplicate Allah for forgiveness a hundred times in a day.''
[Muslim]. 

Commentary: Ghain and Ghaim are two synonyms. They signify the spreading of the clouds. It refers in this Hadith to the fact that the Prophet (PBUH) was reciting the Names of Allah and remembering Him all the time. But sometimes due to being too busy in the affairs of the public or due to human needs, there was a pause in this eternal remembrance. Although such a pause was only momentary, this momentary pause was very much disliked by him; and considering it a slackness on his part, he prayed for forgiveness from Allah. In this there is an important lesson for us. 

In spite of our many sins and negligence on our part, we do not turn to Allah and seek forgiveness; while, although our Prophet (PBUH) had all his past and future sins forgiven by Allah, he sought forgiveness very often. 

1870. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "I swear by Allah that I seek Allah's Pardon and turn to Him in repentance more than seventy times a day.''
[Al-Bukhari]. 

1871. Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "By the One in Whose Hand my soul is! If you do not commit sins, Allah would replace you with a people who would commit sins and seek forgiveness from Allah; and Allah will certainly forgive them.''
[Muslim]. 

Commentary: This Hadith does not mean that Allah likes disobedience. But by this way of description, the aim is to emphasize the importance of seeking forgiveness from Allah. We know that every man commits sins. But Allah likes those people who, after committing a sin, do not stick to it, but right away seek forgiveness for their sins from Allah. They weep and express sorrow before Allah. By seeking forgiveness, a relationship with Allah is established between man and his Creator. So seeking forgiveness is a very good act. 

1872. Ibn `Umar (May Allah be pleased with them) said: We counted Messenger's saying a hundred times during one single sitting: Rabb-ighfir li, wa tubb `alayya, innaka Antat-Tawwabur-Rahim. (My Rubb! Forgive me and pardon me. Indeed, You are the Oft-Returning with compassion and Ever Merciful.''
[Abu Dawud and At-Tirmidhi]. 

Commentary: This Hadith tells us about the etiquette of praying to Allah. We should use the Names of Allah befitting our prayers, i.e., the Names of Allah signifying those Attributes of Allah which have a special concern with the subject of our particular prayer, i.e., while seeking forgiveness, His Names concerning His Attributes of forgiveness and kindness should be used. On the other hand, while praying for worldly matters, we should mention His Qualities of charity and bestowing gifts etc. 

1873. Ibn `Abbas (May Allah be pleased with them) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "If anyone constantly seeks pardon (from Allah), Allah will appoint for him a way out of every distress and a relief from every anxiety, and will provide sustenance for him from where he expects not.''
[Abu Dawud]. 

Commentary: The chain of this narration is weak. Refer to `The Book of Weak Narrations' by Al-Albani, Vol. I, page 142, No.705. 

1874. Ibn Mas`ud (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) said, "He who says: `Astaghfir ullah-alladhi la ilaha illa Huwal-Haiyul-Qayyumu, wa atubu ilaihi (I seek the forgiveness of Allah, there is no true god except Allah, the Ever-Living, the Self-Subsisting, and I turn to Him in repentance),' his sins will be forgiven even if he should have run away from the battlefield (while he was engaged in fighting for the Cause of Allah).''
[Abu Dawud, At-Tirmidhi and Al-Hakim (on conditions of Al-Bukhari and Muslim for accepting Hadith)]. 

Commentary: When we say that this narration fulfills the conditions of Al-Bukhari and Muslim; it means that its narrators are the narrators of Al-Bukhari and Muslim. Secondly, in this selection those conditions have also been kept in view, which are the landmark of Al-Bukhari and Muslim. 

1875. Shaddad bin Aus (May Allah be pleased with him) said: The Prophet (PBUH) said, "The best supplication for seeking forgiveness (Syed-ul-Istighfar) is to say: `Allahumma Anta Rabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani wa ana `abduka, wa ana `ala `ahdika wa wa`dika mastata`tu, a`udhu bika min sharri ma sana`tu, abu'u laka bini`matika `alayya, wa abu'u bidhanbi faghfir li, fa innahu la yaghfirudh-dhunuba illa Anta. (O Allah! You are my Rubb. There is no true god except You. You have created me, and I am Your slave, and I hold to Your Covenant as far as I can. I seek refuge in You from the evil of what I have done. I acknowledge the favours that You have bestowed upon me, and I confess my sins. Pardon me, for none but You has the power to pardon).' He who supplicates in these terms during the day with firm belief in it and dies on the same day (before the evening), he will be one of the dwellers of Jannah; and if anyone supplicates in these terms during the night with firm belief in it and dies before the morning, he will be one of the dwellers of Jannah.''
[Al-Bukhari]. 

1876. Thauban (May Allah be pleased with him) reported: Whenever the Messenger of Allah (PBUH) finished his Salat (prayer), he would beg forgiveness three times [by saying, `Astaghfirullah' (3 times)] and then he would say: "Allahumma Antas-Salamu, wa minkas-Salamu, tabarakta ya Dhal-Jalali wal-Ikram. (O Allah! You are the Bestower of security and security comes from You; Blessed are You. O Possessor of glory and honour).'' Imam Al-Auza`i (one of the subnarrators) of this Hadith was asked: "How forgiveness should be sought?'' He replied: "I say: Astaghfirullah, Astaghfirullah (I seek forgiveness from Allah. I seek forgiveness from Allah).''
[Muslim]. 

Commentary: This Du`a' was a Sunnah of the Prophet (PBUH), and it is highly recommended to recite it after Salat. 

1877. `Aishah (May Allah be pleased with her) reported: Prior to his demise, the Messenger of Allah (PBUH) used to supplicate frequently: Subhan Allahi wa bihamdihi; Astaghfirullaha wa atubu ilaihi (Allah is free from imperfection, and I begin with praising Him. I beg forgiveness from Allah and I turn to Him in repentance.''
[Al-Bukhari and Muslim]. 

Commentary: In general, asking of forgiveness all the time is necessary and commendable. But during the old age and the last days of one's life it is particularly very essential. In this way, the Sunnah of the Prophet (PBUH) would also be followed. 

1878. Anas (May Allah be pleased with him) said: I heard the Messenger of Allah (PBUH) saying, "Allah, the Exalted, has said: `O son of Adam! I shall go on forgiving you so long as you pray to Me and aspire for My forgiveness whatever may be your sins. O son of Adam! I do not care even if your sins should pile up to the sky and should you beg pardon of Me, I would forgive you. O son of Adam! If you come to Me with an earthful of sins and meet Me, not associating anything with Me in worship, I will certainly grant you as much pardon as will fill the earth.'''
[At-Tirmidhi]. 

Commentary: In this narration, there is good news for the sinners who do not stick to sins but rather repent and ask forgiveness from Allah. However numerous their sins may be, Allah will forgive all their sins. But there is a condition which they should fulfill, namely that they do not persist in what wrong they have done (3:135), as with persistence and repeatedly committing the sin, the act of seeking forgiveness becomes a futile act. 


wassalaam..