Sunday, December 30, 2012

Takutilah Api Neraka ALLAH


Takutilah Api Neraka ALLAH


Allah swt telah menciptakan api neraka pada hari Ahad. Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu. Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 44: Jahannam itu tujuh pintu, tiap-tiap pintu(disediakan) untuk golongan yang tertentu daripada umat manusia. Neraka itu mempunyai tujuh tingkat iaitu:

1. Jahannam.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Hijr ayat 43:Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) seluruhnya.

2. Sa'ir.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Insyiqaq ayat 12:Dan dia akan masuk ke dalam Sa'ir (api yang menyala-nyala).

3. Saqor.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Muddath-Thir ayat 420:Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqor?

4. Jahim.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Syu`ara' ayat 91:Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang-orang yang sesat.

5. Hutomah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Humazah ayat 5:Dan tahukah engkau apakah Hutomah itu?

6. Lazo.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Ma'arif ayat 15:Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah bergejolak.

7. Hamiyah.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Qari'ah ayat 9:Maka tempat kembalinya adalah Hawiyah.Maka pada tiap-tiap tingkatan dari neraka yang tujuh itu akan diteriakkan:
Pertama:Maka celakalah pada hari itu orang-orang yang suka berbohong.(Surah Al-Tur ayat 11)
Kedua:Maka celakalah orang-orang yang sembahyang yang lalai dari sembahyangnya. (Surah Al-Ma`un ayat 4-5)
Ketiga:Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela. (Surah Al-Humazah ayat 1)
Keempat:Maka celakalah mereka, kerana apa yang dibuat oleh tangan mereka sendiri.(Surah Al-Baqarah ayat 79)
Kelima:Dan celakalah orang-orang yang musyrik, yakni orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya hari akhirat.(Surah Fussilat ayat 6-7)
Keenam:Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya untuk mengingat Allah. (SurahAl-Zumar ayat 22)
Ketujuh:Celakalah orang-orang yang tidak jujur(dalam hal sukat-timbang).(Surah Al-Mutaffifin ayat 1)
Semua penghuni neraka nanti pada hari kiamat akan mengucapkan kata-kata,iaitu:
Penghuni tingkat ke-7:Wahai Malik (penjaga neraka), biarlahTuhanmu membunuh kami sahaja. (SurahAl-Zukhruf ayat 77)
Penghuni tingkat ke-6:Mintalah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya Dia meringankan azab kami meskipun cuma sehari. (Surah Al-Mukmin ayat 49)
Penghuni tingkat ke-5:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (kedunia), kami akan mengerjakan amal soleh. (Surah Al-Sajdah ayat 12)
Penghuni tingkat ke-4:Ya Tuhan kami, beri tangguhlah untuk kami (kembalikanlah kami ke dunia)walaupun dalam waktu yang singkat,nescaya kami akan mematuhi seruanMu,dan akan mengikuti para rasul. (SurahIbrahim ayat 44)
Penghuni tingkat ke-3:Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami darinya (dan kembalikanlah kami kedunia), maka jika kami kembali (juga kepada kekafiran) sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim. (SurahAl-Mukminun ayat 107)
Penghuni tingkat ke-2:Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami sendiri. (Surah Al-Mukminun ayat 106)
Penghuni tingkat ke-1:Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, wahaiYang Maha Memberi.
Rasulullah saw pernah bertanya kepada malaikat Jibril as tentang penghuni-penghuni neraka, maka Jibril as berkata: "Neraka tingkat ketujuh adalah tempat orang-orang munafik.Tingkat keenam adalah tempat orang-orang yang derhaka dan orang yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Tingkat kelima adalah tempat orang-orang yang sombong dan zalim. Tingkat keempat adalah tempat orang-orang yang membesar diri dan kafir. Tingkat ketiga adalah tempat orang-orang Yahudi. Tingkat kedua adalah tempat orang-orang Nasrani.
"Kemudian Jibril as diam, maka bertanyalah Rasulullah saw kepadaJibril as tentang penghuni tingkat pertama. Lalu Jibril as, setelah merasa terpaksa, menjawab: "Penghuni tingkat pertama adalah tempat umatmu yang melakukan maksiat.
Setelah mendengar penjelasan Jibril as yang semacam itu, maka Rasulullah saw jatuh pengsan tidak sedarkan diri.Kemudian setelah sedar kembali, makaBaginda menangis tersedu, lalu masuk rumah dan mengunci pintunya.
Kemudian Baginda pun munajat kepadaAllah swt, maka turunlah Jibril as seraya memberi khabar gembira kepada Baginda, iaitu: Baginda akan diberi hak untuk memberi syafaat kepada umatnya, kelak pada hari Qiamat.
Wallahualam.
Brought to you by: shattirs

Kalau masih ada

Assalamualaikum wbt..

Kalau dilihat pola penulisan blog ini, makin tahun nampaknya bilangan entri semakin berkurang. Maka aku membuat anggaran pada tahun hadapan pasti akan lebih berkurang lagi.

Dahulu aku rajin menulis mengenai diriku. Yalah, nama pun blog about aku. Bila difikirkan pelbagai perkara aku ceritakan yang tidak membawa faedah kepada pembaca.

Jika kamu perasan semenjak dua menjak aku banyak mengepos entri-entri yang berunsur perkongsian rohani. Islamik sikit la. Aku berharap sedikit maklumat yang aku cari-cari dekat internet akan bawa manfaat juga kepada pembaca blog ini (kalau ada pembaca lagi la) hehe.

Selepas ini mungkin aku banyak mencari-cari maklumat berguna. Yang mengarut-ngarut tu kurang sikit lah. Harap-harap kita semua dapat manfaat dunia dan akhirat. Wall'alm.

Wassalam..wbt

Saturday, December 29, 2012

Penawar bagi hati

Assalamualaikum wbt..

Umat dahulu bersama nabi mereka ada mukjizat. Ada nabi yang boleh melentur besi, ada nabi yang mempunyai tongkat, ada nabi yang sejuk dan sejahtera di dalam api. Itu semua merupakan mukjizat nabi-nabi pada masa itu.

Mukjizat nabi kita Muhammad SAW ialah al-Al-Quran. Pada ketika zaman arab jahiliah terkenal dengan syair-syair. Orang-orang pada ketika itu berbangga-bangga dengan ciptaan syair mereka. Siapa yang hebat ialah orang yang paling pandai bersyair.

Lalu Allah SWT lantik nabi SAW sebagai rasul dan menganugerahkan al-Quran. Al-Quran mengatasi segala syair-syair yang ada pada ketika itu. Untuk membuktikan bahawa ianya adalah bukan daripada manusia sebaliknya dari Pencipta.

Marilah beramal dengan al-Quran. Mukjizat yang telah diberikan pada nabi umat ini. Banyak kelebihan yang akan kita peroleh dalam membaca dan belajar al-Quran. Kita sering tertekan apabila menghadapi sesuatu masalah. Jadi penawarnya ialah Al-Quran. Ayuh kembalilah kita kepada Al-Quran.

Wassalam..

Friday, December 28, 2012

10 sahabat yang dijanjikan syurga


  1. Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. 
    Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

  2. Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
    Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

  3. Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
    Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

  4. Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
    Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

  5. Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
    Shahid Yang Hidup

  6. Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
    Perajurit Allah Pengiring Rasulullah

  7. Abdul Rahman bin Auf r.a.
    Orang Yang Berniaga Dengan Allah

  8. Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
    Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah

  9. Saiyyidina Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
    Orang Kepercayaan Ummat Ini

  10. Saiyyidina Said bin Zaid r.a.
    Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih

Sumber Rujukan:
Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga - susunan Syed Ahmad Semait

Wednesday, December 26, 2012

Waktu-waktu mustajab untuk berdoa



1.Berdo’a sewaktu hujan turun.
“Berdo’alah pada waktu mustajab do’a iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun” (Hadis Riwayat Abu Daud).

2.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata : ‘Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk Kuberikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk Ku ampunkan?” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.Waktu di antara azan dan iqamah.
“Tidaklah ditolak do’a di antara azan dan iqamah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

4.Ketika sujud dalam solat.
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah pada waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdo’a.”
(Hadis Riwayat Muslim).

5 .Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

6.Selesai solat fardu.
“Ditanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Do’a manakah yang didengar (Allah)’ Sabda baginda, “Do’a itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

710.Sepanjang waktu berpuasa.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Tiga bentuk do’a yang dimustajabkan Allah; do’a ibu bapa terhadap anak, do’a orang yang berpuasa dan do’a orang yang bermusafir.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

8.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

9.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

10.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Pada hari Jumaat itu, ada satu waktu yang apabila seseorang hamba memohon kepada Allah sesuatu, maka akan diberikan-Nya”. (Hadis Riwayat Bukhari).

11.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.
“Tiga bentuk do’a yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu ; do’a orang yang teraniaya, do’a orang yang bermusafir dan do’a ibu bapa terhadap anaknya.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

12.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik do’a adalah pada hari ‘Arafah, dan sebaik-baik do’a yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah (maksudnya) : ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu’. (Hadis Riwayat Tirmizi)

13.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.
“Orang yang berjihad pada jalan Allah dan orang yang mengerjakan haji serta umrah merupakan tetamu Allah, Dia menyeru (memerintahkan) mereka dan mereka menjawabnya (menunaikannya) mereka berdo’a kepada Allah lalu Allah terimanya.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

14.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, “…dan adalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan ibadah yang sunat hingga Aku mencintainya, jika Aku sudah mencintainya, Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar dan penglihatannya yang dengannya dia melihat dan tangannya yang dengannya dia menyentuh dan kakinya yang dengannya dia melangkah, dan jika dia meminta akan Kuberikan dan jika dia meminta perlindungan nescaya akan Kulindungi.”

15.Waktu menerima ujian.
“Atau siapakah yang memperkenankan do’a orang yang menderita apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit antara kamu yang mengingati  nikmat Allah itu (Surah al-Naml ayat 62)

16.Ketika berperang kerana Allah.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “Dua jenis do’a yang tidak akan ditolak oleh Allah s.w.t. atau jarang-jarang sekali ditolak; do’a sewaktu azan dan ketika berlakunya peperangan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)

17.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.
Ummu Salamah r.ha. melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila engkau menziarahi orang yang sakit atau menziarahi jenazah, berkatalah hal yang baik-baik, kerana para malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

18.Selepas saat kematian seseorang.
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha. bahawa Nabi s.a.w. menziarahi jenazah Abu Salamah r.a lalu menutup matanya. Baginda bersabda maksudnya, “Sesungguhnya roh seseorang yang keluar dari jasadnya akan diekori oleh mata.” lalu baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Janganlah kalian berdo’a untuk diri kalian melainkan perkara yang baik sahaja kerana malaikat mendo’akan untuk kalian.” Baginda kemudiannya mendo’akan untuk Abu Salamah r.a”.

19. Ketika ayam berkokok.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, mohonlah anugerah-Nya, kerana ayam itu melihat malaikat.” (Hadis Riwayat Bukhari)    Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berusaha untuk berdo’a diwaktu-waktu mustajab do’a. Semoga dengan ikhtiar kita yang sedikit ini Allah perkenankan do’a-do’a kita dan meletakkan diri kita bersama barisan hamba-hamba-Nya yang di redhai di dunia dan akhirat.

(Dipetik dari buku 101 Do’a daripada Hadis-hadis Sahih oleh Ustaz Zahazan Mohamed.)

Tuesday, December 25, 2012

Tips menghilangkan kemarahan

Assalamualaikum..wbt..

Hari ini aku ingin berkongsi sedikit tips untuk menghilangkan kemarahan. Seperti yang kita semua tahu, kemarahan bukan lah satu perkara yang baik untuk kita. Ia merupakan satu sikap mazmumah yang perlu kita buang.

Kemarahan datangnya dari syaitan, jadi sebaik-baiknya kita elakkan diri kita dari bersifat marah. Antara cara-caranya ialah:

1) Mengambil wudhuk (Marah datang daripada syaitan, syaitan itu berasal dari api. Maka wudhuk dapat memadamkan api kemarahan)

2) Bertukar posisi. (Jika marah dalam keadaan berdiri, maka duduk lah. Jika marah dalam keadaan duduk maka berbaringlah)

3) Memaafkan setiap kesalahan manusia. (Apabila berlaku sedikit kemarahan, maka terus memaafkan terlebih dahulu, ia dapat mengurangkan kemarahan)

4) Bersangka baik. (Segala yang bakal berlaku kita harus bersangka baik, sesuatu yang berlaku pasti ada sesuatu sebab yang munasabah baginya.)

5) Selalu beristifar/berzikir. (Orang yang selalu berzikir sangat mudah untuk mengelakkan dirinya dari bersifat marah, zikir dapat menjaga hati seseorang)

6) Selalu berdoa (Doa kepada Allah supaya dapat mengelakkan diri kita dari menjadi seorang yang pemarah)

Baiklah, aku rasa setakat itu sahaja pada kali ini. Harap kita semua mendapat manfaat darinya.

Wassalam...

Wednesday, December 19, 2012

Memaafkan - itu yang terbaik

Assalamualaikum.. wbt

Kita selalu mengalami satu perasaan yang tidak elok. Perasaan itu adalah seperti perasaan yang amat marah dalam hati. Itu satu situasi yang cukup tidak baik untuk diri kita. Sebagai contoh, apabila seseorang kawan bercakap sesuatu yang tidak sependapat dengan kita, kita akan cepat meradang. Maka dua perkara akan berlaku, sama ada bertengkar atau perasaan marah akan tersimpan dalam hati dan akhirnya menjadi dendam. Inilah satu sikap yang tidak baik untuk kita.

Baru-baru ini aku keluar belajar dakwah di suatu masjid di gambang. Keluar di jalan Allah selama satu hari setengah. Belajar-belajar untuk membaiki iman. Dalam masa satu hari aku dapat belajar bermacam-macam perkara. Dari belajar berdakwah, membaiki iman, mengurus diri, hinggalah belajar memasak. Macam-macam perkara yang sebelum ni aku tidak ketahui aku dapat ketahui bila keluar di jalan Allah.

Satu perkara yang aku dapat belajar ialah adab-adab tidur. Belajar amal-amal yang dibuat oleh nabi SAW sebelum tidur. Salah satu amalan nabi ialah memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur.

Aku belajar untuk amalkan sunnah ini. Ianya sangat memberi kesan ke dalam hati. Pada masa itu aku dapat rasakan seperti semua beban yang berat hilang begitu sahaja. Itulah kelebihan dalam setiap amal yang dibuat oleh baginda SAW. Semoga kita dapat mengamalkannya. Maafkanlah kesalahan setiap manusia meskipun dia berbuat jahat kepada kita.

Sebenarnya banyak lagi adab dan sunnah sebelum tidur seperti membaca doa sebelum tidur, membaca tasbih fatimah (subhanaallah 33x, alhamdulillah 33x, dan allahuakbar 34x), membaca 3qul dan meniupkan keatas tapak tangan dan disapu ke seluruh anggota, mengambil wudhuk, membaca ayatul Qursi, berniat tahajud, dan lain-lain amalan. Jika nak tahu lagi, boleh lah belajar-belajar untuk keluar di jalan Allah SWT. Bermula lah dengan 3 hari.

Wassalam..wbt

Tuesday, December 18, 2012

Faedah menjaga masa

Assalamualaikum..

Hujung-hujung sem ini dirasakan terlalu lama. Mahu saja aku habiskan sem ini secepat mungkin. Dua tiga minggu lalu merupakan minggu yang sangat sibuk. Minggu ini baru lega sedikit.

Kalau difikirkan aku rasa aku banyak menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Tujuan dan maksud kita semua dihantar ke dunia ni ialah atas maksud yang besar.

Kadang-kala aku akan berada dalam suasana yang tidak sepatutnya. Waktu itu akan dirasakan seperti sekejap. Sebenarnya ia mengambil masa yang lama. Akhirnya kerja yang sepatutnya dilakukan habis begitu sahaja.

Sebab itu penting untuk kita gunakan masa dengan sebaiknya. Aku hanya mengingatkan diri sendiri.

Wassalam..