Thursday, November 29, 2012

Rapid Kuantan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari semalam telah dilancarkan rapid Kuantan. Saya lihat begitu ramai yang menunggu perkhidmatan ini.

Perkhidmatan ini sangat memudahkan penduduk Kuantan kerana sebelum ini memang sukar untuk mendapatkan bas di kawasan sekitar.

Antara laluan rapid Kuantan ialah:

Dari gambang ke Terminal Makmur
Dari Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Dari Kompleks Mahkamah ke POLISAS

rapid kuantan

Laluan 1: Gambang (Kolej Komuniti) ke Terminal Makmur
Kekerapan: Minima15 minit
Jumlah bas: 14
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 95 minit
Jarak: 49.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : University Malaysia Pahang (UMP), Airport Kuantan, Taman Tas,
Sg Isap, HTTA & Masjid Negeri

Laluan 2: Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 7
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 46 minit
Jarak: 18.4 km
Meliputi lokasi-lokasi utama : Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Indera Mahkota 2,
Terminal Makmur, Kolej IKIP/MRSM & Teluk Cempedak

Laluan 3: Kompleks Mahkamah to POLISAS Semambu
Kekerapan: Minima 15 minit
Jumlah bas: 8
Jangkaan Tempoh Perjalanan: 52 minit
Jarak: 21 km

Diharap perkhidmatan ini terus maju demi kebaikan kita bersama.

Wassalam..

Saturday, November 24, 2012

Dia seorang budak yang baik

Assalamualaikum...wbt..

Aku selalu berharap pada tuhan agar kita semuanya selamat.

Terkadang aku termenung, di hadapan ku manusia sedang bercakap denganku, namun fikiranku melayang jauh kehadapan.

Aku mempunyai seorang adik.

Dia seorang budak yang baik. Sangat baik.

Apabila ada suatu hajat yang dia mahu. Dia akan beritahu emak. Atau abangnya. Ayahnya tak bagitahu. Ayahnya garang. Dia takut sikit nak meminta-minta.

Kadang-kadang dia mahu beli sesuatu, seorang abang akan menegur dia,

" EH KENAPA BELI BANYAK SANGAT NI? TAK HABIS NANTI."

" ADIK BELI UNTUK KAKAK JUGAK, KAKAK SUKA YANG NI!"

Dia seorang budak yang baik.

Walaupun suka meminta, namun dia juga ingat orang lain.

Ada suatu hari dia cakap,

" ADIK NANTI HARIJADI NAK BASIKAL FIXI, ADIK NAK PECAHKAN TABUNG."

" BERAPA ADIK SIMPAN DALAM TABUNG SEHARI?" tanya aku.

" SEHARI SINGGIT!"

Dia baik. Dia kalau nak, dia minta. Dia tak mencuri. Itu satu sikap yang sangat baik.

Masanya telah tiba.  Beberapa hari lepas harijadinya. Namun basikalnya tak dapat. Berapa ringgit aja dalam tabung.

Ayah kata, " BASIKAL TU MAHAL 500 KE 600, ayah mana ada duit."

Ayah ada duit, cuma banyak lagi perkara lebih mustahak ayah kena bayar.

Takpelah adik. Nanti bila abang dia ada duit. Abang dia belikan.

Wassalam..

Wednesday, November 21, 2012

Anugerah dariNya

Assalamualaikum...wbt..

Aku bersyukur pada tuhan kerana telah memberi petunjuk kepadaku. Zaman kegemilangan yang kusangka gemilang adalah bukan gemilang. Zaman kanak-kanak yang penuh gurau senda. Menipu kita yang dalam keseronokan.

Hari ini aku berjalan di jalan yang dikehendakiNya.  Menemukan aku kepada sang pencipta. Sungguh indah jalan ini.

Sedang aku berjalan bersama teman seperjuangan, juga orang kampungku. Tiba-tiba dia bertanya,

" TUAN, MANA PERGI *MAN? ORANG KAMPUNG KITA TU. KAWAN BAIK TUAN KAN?"

" OH MAN TU KE, DOA LAH TUNTUK DIA. DIA DAH PINDAH DARI SINI. DIA DUDUK KAMPUNG LAIN." jawabku.

Lalu rakanku berterus-terang,

" KALAU TUAN NAK TAHU, MASA DULU SAYA PALING TAKUT DENGAN MAN DAN TUAN!"

Aku menjawab,

" EH YEKE?" Aku hanya tergelak kecil.

Tak kusangka rupa-rupanya kecil-kecil dahulu ramai yang takut padaku. Boleh tahan juga nakalnya aku.

Tapi kini, rakan yang takut padaku menjadi rakan karibku. Ini semua adalah atas maksud agama. Ini adalah anugerah dariNya.

Aku bersyukur.

* MAN adalah nama rekaan, bukan nama betul.

Wassalam...

Thursday, November 8, 2012

Takpe itu mahal

Assalamualaikum...wbt..

Lumrah manusia ada naluri, perasaan, dan tingkah laku. Tingkah laku yang baik dapat menghasilkan kehidupan yang baik. Ia juga disebut akhlak.

Antara akhlak terbaik yang sangat aku kagumi ialah seseorang yang mempunyai sifat kesabaran yang sangat tinggi. Mencontohi sunnah rasulullah SAW.

Baginda merupakan penghulu kita. Penghulu sekalian nabi. Merupakan orang yang paling mulia di seluruh dunia.

Walaupun baginda dihina, dimaki, diejek, di baling batu dan sebagainya, namun sifat kesabaran baginda mengatasi segalanya. Sentiasa berdoa kebaikan buat umatnya. tidak mendoakan kehancuran.

Hendaknya kita mencontohi sunnah baginda.

Andai kita dihina, "Takpe, maafkan dia, dia tidak tahu"

Andai kita diejek, "Takpe, doakan dia. Semoga dia berubah."

Tahap kesabaran yang tinggi ialah dalam keadaan kita tidak bersedia, Allah menimpakan ujian pada kita. Dan kita bersabar mengharunginya.

Marilah, belajar-belajar bersabar.

Wassalam..