Wednesday, October 31, 2012

Penting tak iman?

Assalamualaikum..wbt..

Boleh dikatakan setiap hari aku berkeinginan untuk update blog. Tetapi selalunya keinginan itu tidak kesampaian.

Sekarang aku sudah menjadi peniaga yang cukup sibuk. Siang malam asyik berniaga. Ini pun baru habis berniaga. Penat belum hilang lagi.

Sekarang masa aku selalu di habiskan di masjid. Masjid sudah menjadi tempat aku berehat, buat kerja, dan tidur. Aku pun tak tahu mengapa sudah lama tidak tidur di bilik. Masjid juga menjadi pilihan.

Baru tadi aku macam biasa selepas berniaga akan pulang ke masjid. Tetapi kelihatan ramai wanita-wanita di dalam. Itu aku tidak kisah. Tapi yang kisahnya ialah ada diantara mereka yang tidak menutup aurat. Terus tidak jadi masuk. Aku tidak punya kekuatan untuk halang mereka. Jadi aku hanya biarkan.

Tadi ada majlis sesi dialog pelajar perempuan bersama pengurus hostel. Tempatnya sudah bagus iaitu dalam masjid. Tetapi ianya jadi tidak bagus bila ada di kalangan mereka tak memakai tudung. Ianya jelas tidak menghormati masjid. Rumah Allah.

Puncanya ialah apa? Ialah sebab kelemahan iman. Jadi pentingnya kita usaha atas iman. Bila iman kuat, semua perintah Allah kita dapat buat. Larangan Allah kita dapat tinggalkan. Sebaliknya bila iman lemah, nak ucap Subhanallah pun susah, apatah lagi nak tunaikan perintah Allah yang lebih berat.

Marilah kita berfikir sejenak tahap iman kita. Di manakah kita nanti ditempatkan?

Wassalam..

Monday, October 22, 2012

Banyaknya rupa-rupanya

Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Ingat lagi kah entri lepas aku mengatakan kesedapan makan di cafe karkun?

Rupanya tak sampai satu minggu cafe itu beroperasi, kini sudah di tutup. Aku lihat ada orang baru yang mengurus cafe itu. Pelik juga aku. Makanannya sedap. Layanannya pun baik. Tapi entah mengapa ditutup pula.

Aku cubalah selidik-selidik apa yang terjadi. Korek sana korek sini. Rupanya baru aku tahu kenapa jadi macam tu.

Cafe itu sebenarnya milik seseorang. Dan pemilik cafe ini dia memberi sewa kepada pengurus yang mahu berniaga. Kiranya pemilik ni beri subcon kepada pengurus cafe.

Katanya pemilik cafe (pemilik premis) tidak bersetuju apabila pengurus cafe hendak sign agreement yang telah dibuat oleh pengurus. Bila tiada persetujuan, pengurus terpaksa lepaskan cafe itu kepada orang lain. Tidak mahu menanggung sebarang perubahan drastik. Yelah mana tahu tiba-tiba pemilik premis minta balik cafe, padahal modal dah keluar banyak.

Itulah pentingnya persetujuan kan. Kena ada hitam putih. Baru semua selamat. Dan adil bagi dua-dua pihak.

Oh nampaknya sekarang aku kena memilih lagi lah. Cafe yang nampak bersih dan menutup aurat menjadi pilihan.=)

Monday, October 15, 2012

Cafe karkun

Assalamualaikum..wbt..

Hari ini merupakan hari yang cukup bertuah buat aku. Dalam kesibukan pelajar-pelajar UMP bergerak ke kelas, aku masih lagi berada di bilik hostel bersenang-lenang. Siap boleh update blog lagi.

Sebenarnya hari ni ada satu kelas cancel. Dan kebetulan hari ini hanya ada satu kelas. So memang gembira lah hari ini, sepanjang hari tiada kelas. Yeah, mari tidur!

Sebelum hendak tidur tu aku mahu beritahu lah berita gembira. Dekat perkampungan aku (dipanggil KK2)  sekarang ni ada cafeteria baru. Satu lagi tempat menyerbu bagi budak-budak KK2 setiap hari. Sebelum ni cafe ni selalu tukar-tukar pemilik. Aku pun tak tahu kenapa. Aku pun sebelum ni jarang ke situ.

Tapi kali ini apa yang istimewanya ialah pemilik baru tersebut. Masa pertama kali aku ke sana, aku nampak pekerjanya masing-masing bertutup kepala. Yakni memakai kopiah. Aku ada makan di sana. Boleh tahan sedap juga masakannya. Rupa-rupanya mereka ialah rakan dakwah atau juga dipanggil karkun.

Selepas ini tak perlu risau lagi untuk mencari kedai makan. Nak cari makanan yang pasti ada zikir boleh terus ke cafe baru tersebut. Makanan yang ada zikir ini pasti ada berkat. Kalau sebelum ni bukan tiada zikir, cuma tak pasti sahaja. Tengoklah kadang-kadang tukang masaknya pun tidak tutup aurat dengan sempurna. Bagaimana nak ada keberkatan bukan.

Sekarang cafe sudah ada nama baru. Boleh panggil Cafe karkun.

Ok, dah boleh tidur. hehehe

Wassalam..

Friday, October 12, 2012

Bukan main lagi!

Jadual hari ini,

Pagi - bangun pagi Subuh
pukul 8 - pergi minum-minum
pukul 9 - ambil barang jualan
pukul 11 - meniaga
pukul 1 - solat jumaat
pukul 2.30 - sambung berniaga
pukul 4 - solat asar
pukul 5 - sambung berniaga

Sampai lah malam karang hajatnya nak berniaga.

Sebab itulah sibuk.
Lama dah tak update blog.
Hari tu kemain nak update setiap hari kan.
Tak mendapatnya.