Friday, September 28, 2012

Ikhlaskan dirimu

Assalamualaikum...wbt..

Baru-baru ini di Facebook aku post satu status yang lebih kurang berbunyi, "kalau ada masalah, bangunlah malam tahajud, mengadu pada Allah. Bukannya bangun buka laptop, mengadu dalam FB."

Ramai juga yang like.

Antara sebab aku post status macam tu sebab aku tengok ramai yang selalu meluahkan masalah dia dekat facebook. Aku tak tahu lah kalau post di FB boleh selesaikan masalah tu. Kalau post setakat nak mengada-ngada seperti ada masalah bolehlah.

Yang lebih tidak menyenangkan ialah apabila ada yang berdoa di dalam status tersebut. Dia minta pada Allah, tapi kenapa perlu tulis dalam FB. Aku keliru.

Bagi pendapat aku, kalau buat macam tu ianya seperti kurang ikhlas. Memanglah ikhlas itu rahsia dari rahsia Allah. Tapi jika difikirkan, kita berdoa dalam FB dan orang akan baca doa kita. Jadi kepada siapa sebenarnya kita nak tujukan doa kita?

Aku pernah terdengar antara waktu yang terbaik untuk kita berdoa ialah di akhir malam. Lepas solat tahajud tu. Waktu itulah yang terbaik.

Ikhlas itu seperti seekor kucing hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.

Wassalam...wbt..

Monday, September 24, 2012

Semut mengganas!

Assalamualaikum...wbt..

Ganas tak gambar semut di atas?

Begitulah mengganasnya semut api di rumah aku ini. Asal malam sahaja mula lah mereka beroperasi. Pasti penuh tandas  rumah aku. Pelik sungguh.

Lebih kurang pukul 7 malam macam tu semut-semut ni akan penuh dekat dalam tandas. Dekat kepala paip mereka akan kelihatan begitu sibuk sekali. Dekat lantai juga penuh semut-semut ni berkeliaran. Kalau sesiapa nak guna tandas memang kena hati-hati lah. Kalau tak memang mati lah semut-semut sekalian dipijak.

Aku nak siram kesian pulak. Habis mereka tenggelam ke dalam lubang. Kalau boleh halau ok lah jugak. Tapi tak tahu pula caranya.

Lalu aku pun search lah cara-caranya. Jumpalah blog ini. Lepas ni boleh lah hidup dengan aman kawan-kawanku. Tak perlu ada kerisauan lagi.

Wassalam..

Sunday, September 23, 2012

Maahad Tahfiz

Assalamualaikum...wbt..

Semalam pagi-pagi lagi dah bangun pagi. Biasa memang bangun pagi jugak. Tapi semalam lebih awal sedikit. Lepas siap sembahyang subuh terus siap-siap nak keluar. Bergerak terus naik bas.

Destinasi semalam ialah Maahad Tahfiz Tanjung Lumpur. Ada sedikit program bersama MAMPAN. Mesti ada yang tak tahu MAMPAN tu menda. MAMPAN ialah persatuan yang ditubuhkan khas untuk anak-anak pahang. So semalam merupakan salah satu lah program anjuran MAMPAN ni.

Sampai sana ada sesi temu bual dengan MB Pahang. Tanya tu tanya ni lepas tu habis. Lepas tu ada forum pula bersama ADUN Guai dan beberapa lagi panel. Semua macam ada unsur-unsur politik je. Tapi aku buat tak kisah.

Apa yang istimewanya ialah tempat berlangsungnya program tersebut. Iaitu dekat Maahad Tahfiz itu. Tempatnya sangat cantik. Aman saja aku rasa. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa ditambah dengan pokok-pokok yang tersusun cantik, membuatkan aku terpesona. (ayat bukan main)

Aku sempat lah bertanya dengan salah seorang pelajar disana. Dia kata disana pelajar ada yang lepas UPSR, ada yang lepasan SPM. Mereka belajar akademik dan juga menghafaz al-Quran. Kalau lepas UPSR mereka akan hafaz 6 juz setiap tahun sehingga lah habis tingkatan 5. Bagi lepasan SPM pula mereka akan ambil masa 3 tahun untuk habiskan 30 juz al-Quran. Sangat menarik.

Dulu aku ada cita-cita juga untuk jadi hafiz. Belum masanya lagi agaknya. Hah aku berniat nak masukkan adik aku kat kat sini. Ataupun anak aku nanti. (lambat lagi la tu)

Sesiapa yang berniat tu bolehlah hantar anak/adik mereka ke sini. Bagus tempatnya.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Tenang bukan?

ps, gambar dicilok dari uncle google.



Wassalam..

Wednesday, September 19, 2012

Kenapa penat sangat ni?

Assalamualaikum....wbt..

Sejak dua menjak ini aku rasa cukup sibuk. Bangun pagi-pagi dah buat kerja sampai lah malam. Badan bukan main penat lagi. Tapi penat ni bukan waktu siang dia rasa. Dia waktu malam.

Semalam aku rasa dah tidur awal. Lebih kurang pukul 11 rasanya. Tapi yang peliknya, kalau bangun pagi tu pun tetap lewat. Selalu tak macam ni, selalu kalau tidur awal mesti bangun awal. Tapi kali ni mungkin sebab terlalu penat menyebabkan aku bangun lambat juga.

Tapi itu tak menghalang aku untuk update...

Oh semalam menteri datang ke UMP. Menteri Besar Pahang Dato Adnan Yaakob dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Dato Sri Ismail Sabri. Semalam ada pemberian kad siswa untuk pelajar-pelajar UMP. Kad diskaun katanya. Aku pun tak tahu sangat.

Tapi bukan apa aku cerita ni. Semalam Dato Sri Ismail Sabri singgah ke kiosk aku. Dia ada beli minyak wangi di kedai aku. Aku pun cerita lah itu ini pasal minyak wangi. Orang keliling semua tengok. Siap ambil gambar lagi. Punya lah ramai orang semalam. Itu yang aku bersemangat tu. Meniaga dari tengahari sampai petang.

Dah malam tu baru terasa penat. Dah buat itu ini. Malam ingat nak stay lagi. Nak buat kerja sikit. Tapi tak dapat. Mata dah nampak bantal dengan tilam je. Dah siang penuh dengan aktiviti, malam memang tak dapatlah nak stay.

Patutlah badan penat semacam aje. Banyak sangat guna.

lemauu...hehee
Wassalam...

Monday, September 17, 2012

Aku kembali!

Assalamualaikum...wbt...

Wah bukan main lama lagi aku bercuti. 3 bulan plus plus ++. Dengan blog-blog ni pun cuti. Bukan tiada internet dekat kampung. Tapi stail nak bercuti sakan, blog pun dibuat macam tunggul kayu.

Sekarang ni sudah seminggu aku kembali semula ke UMP. Menyambung pelajaran. Kalau start duduk U ni mula lah rajin nak berblog semula. Nampak sangat kehidupan di U ni yang membosankan.hahaha.

Tapi nak kata bosan sangat tu takde lah bosan. Dapat juga lah tadi berjalan-jalan dekat Teluk Cempedak. Harapannya nak tengok matahari terbit. Harapan tinggal harapan. Tak ke nampaknya pun matahari. Telan air liur jelah tengok matahari terlindung dek awan pagi. Tapi takpelah dapat jugalah mandi-manda di pantai pada waktu pagi. Eh ingatkan panas air laut. Rupanya pagi-pagi air laut sejuk juga ya.

Apapun aku mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar-pelajar yang baru start semester tu. Belajar betul-betul kawan-kawan. Jangan sia-siakan harapan orang tua. Ingat. Datang ke U bukan nak bercinta, tapi fokus dalam pelajaran! (nasihat untuk diri sendiri juga) :)

Kepada kawan-kawan blogger yang dah lama tak jenguk blog tu, maafkanlah ya. Bukan aku lupa kalian, kalian tetap ku ingati hingga diriku tiada lagi. Cuma kadang-kadang kemalasan melanda diri, nak buka blog sendiri pun berat, apatah lagi blog yang lain-lainnya. Maafkanlah ye.. :)

Baiklah selepas ini aku akan cuba buat yang terbaik. Disamping belajar bersungguh-sungguh, aku cuba update blog ni sehabis baik. Harapan kalian dapat memberi semangat dan sokongan.

Senyum itu sedekah :)
Wassalam...