Tuesday, June 12, 2012

Sungguh gembira aku!

Salam..

Gembiranya aku sekarang bagaikan terkena nombor ekor. Walaupun tak tahu perasaan terkena nombor tu macam mana, tapi aku syak perasaan macam makan pizza hut free. Atau seperti memancing dapat ikan 18 kilo. Malah lebih dari itu.

Aku sebenarnya baru sahaja habis peperiksaan akhir pagi tadi. Bangga gila dah habis. Apa yang nak dibanggakan entah kan. Tapi takpe sebab yang penting aku gembira.

Jadi apa perancangan aku cuti 3 bulan ini? Wah lamanya cuti. Rasa macam nak kahwin je.hehehe. Tapi lambat lagi boleh kahwin. Nenek saya marah kahwin belajar tak habis lagi.hehe.

Maka aku telah merancang untuk SATE pada lusa hari. Yes yes siapa mahu ikut? Walaupun tak reti dan baru nak belajar buat sate, aku akan mencoba.heheh. Kalau tak sedap nasib lah kawan-kawan sekalian.

Apapun aku nak ucapkan Selamat bercuti kepada semua warga U yang dah start cuti tu. Molek-molek perangai ye. Jangan buat hal. Ingatlah orang tersayang.

Sunday, June 3, 2012

Laila Majnun

Salam

Laila Majnun.

Sebuah cerita arab yang mengisahkan seorang pemuda bernama Qais dan seorang perempuan bernama Laila. Mereka ini sangat cinta mencintai. Tetapi perkahwinan mereka terhalang oleh bapa Laila.

Suatu hari Qais perlu mengikut ayahnya berniaga di luar negeri. Qais sangat merindui Laila sehingga selalu bercakap sendirian memikirkan Laila sehingga orang memanggilnya Majnun.

Laila sudah berkahwin dengan orang lain tetapi hati Laila masih tetap setia kepada Qais sehinggalah Laila meninggal dunia kerana asyik memikirkan Qais. Qais pula tidak ada harapan lagi untuk hidup apabila mengetahui kematian Laila dan akhirnya dia meninggal dunia diatas pusara Laila.

Lalu terbitlah cerita cinta di antara mereka berdua.

Cerita ni ada P.Ramlee buat kan? Sudah lama aku cari. Tapi tak jumpa-jumpa. Aku teringin nak tengok cerita ni. Mana nak dapat ya?

Ada sesiapa simpan cerita ni tak? Boleh kita share.