Saturday, January 21, 2012

Buat pengetahuan semua

Sedar tak sedar sudah empat tahun aku menulis. Peh lama gila. Apa aku dapat? Apa pun tarak. hihi. Yelah blog main-main camni nak dapat kebendanye kan.

Hari ini tetiba nak menulis pulak. Tu yang tetiba muncul tu.

Budak-budak UMP semua dah sedap-sedap lepak rumah sekarang. Cuti sebulan kan. Enjoy la depa. Aku pula masih kat kolej. Besok kena pergi kursus sikit. Tu pasal la tak balik lagi. Minggu depan baru balik Bentong. Rindu weh lama tak balik.

Sejak lama tak menulis ni rasa macam banyak kesalahan tatabahasa je. Tapi takpelah. Harap cikgu BM tak marah sangat.

Idea menulis sekarang sangat kurang. Aku nak tulis tapi takde idea nak tulis apa. Mungkin lain kali tulis lagi.

Lain kali idea mari boleh tulis semula. kayy.. salam..

Wednesday, January 4, 2012

sekadar perkongsian

Hari ini merupakan hari yang cukup mendebarkan buat pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang. Inilah hari permulaan bagi peperiksaan akhir. Ada yang gementar. Ada yang cuak. Ada pula yang tak sabar-sabar mahu menjawab peperiksaan.

Bagi yang sudah membuat persiapan awal tentulah dia berjalan dengan tenang. Hanya menanti kertas soalan. Pasti licin semua dijawabnya. Lain pula bagi yang tidak bersedia. Kelam-kabut bagai tiada arah. Kalau boleh mahu sahaja dia hentikan waktu. Supaya dapat membuat persiapan kembali.

Tetapi itu semua sudah terlewat. Yang sedia tetap bersedia. Yang kurang tetap kurang. Inilah penentunya. Dewan peperiksaan lah medannya. Tulisan pada kertas adalah jawapannya. Jika betul, maka berjayalah dia. Jika salah, habislah dia.

Begitulah sedikit gambaran mengenai alam peperiksaan. Gambaran dunia yang sementara ini.

Jika kita fikirkan, kehidupan dunia ini sebenarnya gambaran bagi kehidupan akhirat. Yakni kehidupan yang lebih penting lagi. Kehidupan yang selama-lamanya.

Apakah yang dikatakan peperiksaan akhirat? Apakah ia soalan akhirat? Dan apakah jawapan bagi soalan akhirat?

Peperiksaan akhirat inilah sebenarnya yang lebih dirisaukan. Peperiksaan itu ketika di dalam kubur. Kubur ialah medan peperiksaan. Soalannya ialah soalan yang akan ditanya oleh malaikat. "man robbuka!".

Jadi apa jawapannya? Jawapannya ialah bergantung pada iman seseorang. Jika iman yang soheh, maka berjaya menjawab, "Allahu robbi". Jika sebaliknya, pasti jawapnya "La adhri! La adhri".

Jadi marilah kita berfikir sejenak. Apakah persiapan kita untuk menghadapi peperiksaan yang terbesar itu. Pernahkah kita terfikir setiap langkahan yang kita berjalan sebenarnya menuju ke akhirat. Kehidupan yang pasti dan pasti selepas kehidupan dunia ini. Apakah kita mahu ditempatkan di kalangan orang-orang berjaya? Atau di kalangan yang gagal? Berjalan dengan tenang atau bagaikan tiada arah?

Itu semua terletak atas usaha yang kita lakukan di dunia. Semoga ada sedikit kerisauan pada saya dan tuan-tuan yang membaca tulisan ini.

Wallahu'alam.