Wednesday, December 19, 2012

Memaafkan - itu yang terbaik

Assalamualaikum.. wbt

Kita selalu mengalami satu perasaan yang tidak elok. Perasaan itu adalah seperti perasaan yang amat marah dalam hati. Itu satu situasi yang cukup tidak baik untuk diri kita. Sebagai contoh, apabila seseorang kawan bercakap sesuatu yang tidak sependapat dengan kita, kita akan cepat meradang. Maka dua perkara akan berlaku, sama ada bertengkar atau perasaan marah akan tersimpan dalam hati dan akhirnya menjadi dendam. Inilah satu sikap yang tidak baik untuk kita.

Baru-baru ini aku keluar belajar dakwah di suatu masjid di gambang. Keluar di jalan Allah selama satu hari setengah. Belajar-belajar untuk membaiki iman. Dalam masa satu hari aku dapat belajar bermacam-macam perkara. Dari belajar berdakwah, membaiki iman, mengurus diri, hinggalah belajar memasak. Macam-macam perkara yang sebelum ni aku tidak ketahui aku dapat ketahui bila keluar di jalan Allah.

Satu perkara yang aku dapat belajar ialah adab-adab tidur. Belajar amal-amal yang dibuat oleh nabi SAW sebelum tidur. Salah satu amalan nabi ialah memaafkan kesalahan semua orang sebelum tidur.

Aku belajar untuk amalkan sunnah ini. Ianya sangat memberi kesan ke dalam hati. Pada masa itu aku dapat rasakan seperti semua beban yang berat hilang begitu sahaja. Itulah kelebihan dalam setiap amal yang dibuat oleh baginda SAW. Semoga kita dapat mengamalkannya. Maafkanlah kesalahan setiap manusia meskipun dia berbuat jahat kepada kita.

Sebenarnya banyak lagi adab dan sunnah sebelum tidur seperti membaca doa sebelum tidur, membaca tasbih fatimah (subhanaallah 33x, alhamdulillah 33x, dan allahuakbar 34x), membaca 3qul dan meniupkan keatas tapak tangan dan disapu ke seluruh anggota, mengambil wudhuk, membaca ayatul Qursi, berniat tahajud, dan lain-lain amalan. Jika nak tahu lagi, boleh lah belajar-belajar untuk keluar di jalan Allah SWT. Bermula lah dengan 3 hari.

Wassalam..wbt

No comments: