Friday, September 28, 2012

Ikhlaskan dirimu

Assalamualaikum...wbt..

Baru-baru ini di Facebook aku post satu status yang lebih kurang berbunyi, "kalau ada masalah, bangunlah malam tahajud, mengadu pada Allah. Bukannya bangun buka laptop, mengadu dalam FB."

Ramai juga yang like.

Antara sebab aku post status macam tu sebab aku tengok ramai yang selalu meluahkan masalah dia dekat facebook. Aku tak tahu lah kalau post di FB boleh selesaikan masalah tu. Kalau post setakat nak mengada-ngada seperti ada masalah bolehlah.

Yang lebih tidak menyenangkan ialah apabila ada yang berdoa di dalam status tersebut. Dia minta pada Allah, tapi kenapa perlu tulis dalam FB. Aku keliru.

Bagi pendapat aku, kalau buat macam tu ianya seperti kurang ikhlas. Memanglah ikhlas itu rahsia dari rahsia Allah. Tapi jika difikirkan, kita berdoa dalam FB dan orang akan baca doa kita. Jadi kepada siapa sebenarnya kita nak tujukan doa kita?

Aku pernah terdengar antara waktu yang terbaik untuk kita berdoa ialah di akhir malam. Lepas solat tahajud tu. Waktu itulah yang terbaik.

Ikhlas itu seperti seekor kucing hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.

Wassalam...wbt..

3 comments:

manusia said...

tima kasih atas peringatan saudara! keep it up.

cik pika said...

Mungkin mereka nakkan respon dr kawan2.. Ataupun mereka nie sebenarnya kesunyian.. =)

Muhammad Rafiq bin Hasrudin said...

manusia, sama2 saudari..kan?

cik pika, mungkin juga. tak dapat dipastikan.. tapi mungkin lebih baik antara dia dengan Dia sahaja. :)