Hari ini merupakan hari yang cukup mendebarkan buat pelajar-pelajar Universiti Malaysia Pahang. Inilah hari permulaan bagi peperiksaan akhir. Ada yang gementar. Ada yang cuak. Ada pula yang tak sabar-sabar mahu menjawab peperiksaan. 

 Bagi yang sudah membuat persiapan awal tentulah dia berjalan dengan tenang. Hanya menanti kertas soalan. Pasti licin semua dijawabnya. Lain pula bagi yang tidak bersedia. Kelam-kabut bagai tiada arah. Kalau boleh mahu sahaja dia hentikan waktu. Supaya dapat membuat persiapan kembali. Tetapi itu semua sudah terlewat. 

Yang sedia tetap bersedia. Yang kurang tetap kurang. Inilah penentunya. Dewan peperiksaan lah medannya. Tulisan pada kertas adalah jawapannya. Jika betul, maka berjayalah dia. Jika salah, habislah dia. Begitulah sedikit gambaran mengenai alam peperiksaan. 


Gambaran dunia yang sementara ini. Jika kita fikirkan, kehidupan dunia ini sebenarnya gambaran bagi kehidupan akhirat. Yakni kehidupan yang lebih penting lagi. Kehidupan yang selama-lamanya. Apakah yang dikatakan peperiksaan akhirat? Apakah ia soalan akhirat? Dan apakah jawapan bagi soalan akhirat? 

 Peperiksaan akhirat inilah sebenarnya yang lebih dirisaukan. Peperiksaan itu ketika di dalam kubur. Kubur ialah medan peperiksaan. Soalannya ialah soalan yang akan ditanya oleh malaikat. "man robbuka!". Jadi apa jawapannya? 

Jawapannya ialah bergantung pada iman seseorang. Jika iman yang soheh, maka berjaya menjawab, "Allahu robbi". Jika sebaliknya, pasti jawapnya "La adhri! La adhri". Jadi marilah kita berfikir sejenak. Apakah persiapan kita untuk menghadapi peperiksaan yang terbesar itu. Pernahkah kita terfikir setiap langkahan yang kita berjalan sebenarnya menuju ke akhirat. 

Kehidupan yang pasti dan pasti selepas kehidupan dunia ini. Apakah kita mahu ditempatkan di kalangan orang-orang berjaya? Atau di kalangan yang gagal? Berjalan dengan tenang atau bagaikan tiada arah? Itu semua terletak atas usaha yang kita lakukan di dunia. Semoga ada sedikit kerisauan pada saya dan tuan-tuan yang membaca tulisan ini. 

 Wallahu'alam.

7 Comments

komen sikit?

Cik Pipi said…
all the best for you rafiq !
semoga memperolehi 4 rata .
aminnn..
4 rata? hehe ayat baru..
tenkiu innz...
K2r~90 said…
aq baru jer bace sal kiamat ang pulok wat entry sal "exam" ..



ape2 hal gud luck yek der
Wanie-san said…
kita bukan main cuak bila exam nak dtg.tp btl jugak..peperiksaan akhirat tak da kita nak cuak sgt...renung2kan dan selamat beramal..hoho
2r, tenkiu der... exam dh lepas pun..hehe

wanie, betul2, tu yg patut kita lebih risaukan kn... renung2kan...hehe
Previous Post Next Post