Friday, April 29, 2011

Selamat tinggal kawanku


tinggal kenangan





29 April 2011


Mungkin inilah gambar terakhir aku bersama mereka.

Rasanya tak sampai 2 bulan aku bekerja bersama mereka. Aku akan berpindah ke tempat lain. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar.



Doakan aku kawan.

Thursday, April 28, 2011

Tanpa motif

Suatu hari mereka berjumpa kembali setelah 10 tahun terpisah. Di satu kedai makan lorong haji taip.

Buku: Eh, awak ni Muka kan?

Muka: Ya saya, eh Buku. Lamanya kita tak jumpa. Mana kau sekarang?

Buku: Aku sibuk lah 2 3 tahun ni. Macam-macam kerja aku nak kena buat.

Muka: Yeke Buk, kerja apa kau buat sampai sibuk sangat tu?'

Buku: Jom kita duduk dulu Muk. Nanti aku ceritakan.

Duduk lah Muka dan Buku di salah satu meja di dalam kedai tersebut.

Buku: Macam ni Muk. Aku hari-hari kena melayan macam-macam karenah. Busy betul aku. Takde masa nak berehat. Kerja aku merawat orang sakit.

Muka: Sibuk juga kau ya. Tapi dalam sibuk kau aku rasa aku lagi sibuk Buk.

Buku: Apa pulak kerja kau?

Muka: Aku punya kerja kena tadah telinga hari-hari dengan pedang kau tahu. Berdarah telinga ni hari-hari.

Buka: Peh, ganas betul kau! Maksud aku. Kerja kau. Memang ganass. Apa kerja kau.

Muka: Aku penadah pedang lah. Aku ada cadangan lah. Apa kata kita bergabung? Dapatlah kita kurangkan beban kerja kita kan.

Buku: Bijak cadangan kau. Marilah kita bergabung.

Dipendekkan cerita Muka dan Buku bergabung kerja. Kerja mereka menjadi lebih mudah.

Buku: Aku rasa kita kena beri nama pada kerja baru kita. Kau ada idea?

Muka: Ya. Apa kata gabungkan nama kau dan aku. Mukabuku. Sedap tak?

Buku: Tak sedap lah. Biar bunyi arab sikit. Facebook. Ha baru sedap.

Muka: Ok cantik! Aku setuju.

Bekerja lah muka dan buku dengan bekerja sama. Setiap hari mereka melayan karenah manusia sambil merawat orang yang sakit hati, sakit jiwa, putus cinta, putus haip, dan macam-macam lagi. Mereka juga saling menahan pedang-pedang yang dikeluarkan oleh mulut manusia.

Jasa Muka dan Buku sangat besar. Mereka berbakti hingga ke hari ini.

Wednesday, April 27, 2011

Bukan nak jadi ustat.

Hari ini sungguh tenang sekali. Tiba-tiba timbul rasa keinsafan dekat diri aku. Lepas solat zuhur siang tadi. Aku terasa mahu berkongsi sedikit. Aku inginlah buat satu kisah yang serius sikit.

Waktu hampir menjelang zuhur,

' Dan, mat, jom pergi surau! '

' Ok ok pegi dulu. Jap lagi aku sampai. '

Lepas selesai zuhur,

' Eh mane korang? Tak nampak pun kat surau?'

' .............. '

Sampai ke sudah lah jawapnya duduk melepak.

Dulu sebelum aku belajar mengenal dunia. Masa tu jiwa masih suci. Otak jernih. Hati bersih saja. Jika tengok orang tak sembahyang mesti akan cakap,

' Ya Allah apa nak jadi dengan awak ni? Tak sembahyang lagi. Cepat pergi sembahyang!

Tetapi sekarang bila dah kenal dengan dunia. Kenal orang tu. Kenal orang ni. Tahu orang tu. Tahu orang ni. Jadi bila sampai satu keadaan yang orang buat endah tak endah je sembahyang. Mula-mula tu marah juga.

' Kenapalah dia ni tak sembahyang. Nak jadi orang apa ni?'

Tetapi lama-kelamaan sampai tak larat nak marah. Bukan tak tahu. Tahu sembahyang tu wajib. Tahu tinggal sembahyang tu dosa besar. Tapi kenapa tinggal juga. Tinggal-tinggal sembahyang ni jadi perkara biasa untuk mereka.

Ada satu kisah. Satu ketika aku duduk di kantin kilang tempat aku bekerja. Tengah duduk-duduk terdengar perbualan beberapa pekerja yang duduk berhadapan meja aku.

Semuanya berumur dalam linkungan 20an ke 30an. Masing-masing berpakaian ala-ala rock. Sepanjang diorang berborak aku dapat tangkap salah sorang dari pekerja tu nasihat rakan seorang lagi yang bernama Li (nama panggilan).

' Kau berhenti-henti la minum. Tu raja segala maksiat kau tahu tak. Ni dengan telinga berlubang-lubang ni. Macam mana nak jadi wali dekat anak kau. Bawak-bawak lah bertaubat Li.'

Maka sekarang bila sudah kenal dunia. Aku tahu apa yang berlaku di sini atau di sana. Memang tak semua dapat ikut perintahNya. Semua tahu hukum dan batasan. Apa yang baik dan buruk. Tetapi tanpa ada iman yang sempurna. Memang susah untuk kita ikut apa yang dikehendaki olehNya. Baru-baru ini timbul dalam hati aku bila lihat orang yang tak sembahyang aku seperti mahu ulang ayat yang aku pernah cakap sebelum aku kenal dunia lagi.

Aku kesian...

Pesanan untuk kita semua. Sama-sama kita menginsafi diri. Saya bukan ustat. Saya baru nak stat.

Sunday, April 24, 2011

Berinteraksi dalam hati

Sengkek betul rasanya hujung-hujung bulan ni. Tak dapat aku hendak berbulan madu di Paris kali ini walaupun tidak pernah berbulan madu lagi. Apatah lagi berasmaradana di bawah bulan purnama di negeri di bawah bayu. Apa kaitan ni bha?

Serius. Aku punya sengkek sampai korek-korek tabung. Korek punya korek. Dapat lah duit syiling dua tiga ringgit buat isi minyak motor. Aku pun lega sedikit sebab minyak motorku ibarat telur di hujung zip.

Mulalah kamu semua nak membayangkan macam mana telur di hujung zip. Aku cuma tukar tanduk dengan zip sahaja sudah macam-macam fikiran berwarna-warni keluar. Jangan fikir kotor okay.

Okay sambung cerita tadi. Memang betul aku pakai syiling saja untuk isi minyak. Sampai stesen minyak terus pergi bayar,

Aku: 'rm2 ye bang.'

Abang kaunter: (senyum kambing sambil dalam hati cakap, syiling je ke bang?)

Aku dalam hati: Memang ni aje duit saya ada bang. Abang kerja jaga kaunter memang lah banyak duit. Hari-hari pegang duit banyak. Banyak gila lah. Tapi bukan duit LU lah kan.

Itu dia.

Pandai betul aku berinteraksi dalam hati. Orang cakap, heart to heart gitu.

Ps, kalau meniaga jajan memang dapat syiling aje kan. Nak malu apa.

Saturday, April 23, 2011

kenapa kalau kita nak buang air besar mesti terbuang air kecil sekali? sori soalan agak berbau.

kenapa kalau kita nak buang air besar mesti terbuang air kecil sekali? sori soalan agak berbau.

Answer here

Rajin sangat

Rajin juga aku dalam dua tiga minggu ni. Update blog memanjang. Kalah surat khabar kosmo! punya blog. Mesti menangis diorang tengok aku rajin.

Kalau ada pakcik-pakcik yang kaki blog tengok kerajinan macam aku sekarang ini mesti dia akan cakap macam ni,
'ish ish rajin betul budak Rafiq ni update blog. Boleh buat calon menantu!'

Lalu aku pun menghantar rombongan meminang tanda setuju menjadi menantu kepada pakcik tersebut. Okay-okay menggelabah. Tak pasal-pasal tiba-tiba nak kahwin terus.

Sebenarnya aku memang rajin dari dulu. Bukan mahu bangga diri. Tapi memang aku seorang yang rajin. Kalau lama aku tak update blog bermakna aku bukan malas tapi aku rajin kepada perkara lain. Aku akan rajin makan. Rajin tidur. Dan rajin termenung. Nampak tidak aku sentiasa rajin?

Maka sempena kerajinan aku ini. Aku nak umumkan lah bahawa aku akan berkahwin. Acah mak labu. Lagi sekali menggelabah nak kahwin. Sebenarnya nak umumkan aku hari ni kerja 16jam. Rehat hanya 8jam. 0kay itu saja.

Bapak ke lahai rajinnya!

P/s: penat-penat macam ni masih sempat layan blog. Setianya au au au.

Thursday, April 21, 2011

Tahu-tahu saja kepala hotak ni

Nampaknya hari ini mula kerja balik setelah tiga hari berholiday. Kepala hotak terus terasa pening bila memikirkan kerja. Tahu-tahu saja kepala hotak ni bila masa perlu pening.

Pagi-pagi lagi sudah ada manusia membuat hal. Elok sahaja aku menunggang motor berkelajuan 80km sejam, tiba-tiba satu lori masuk simpang kanan. Menggelepar manusia menekan brek masing-masing. Termasuklah diri aku sekali. Nyaris-nyaris jadi mangsa cium belakang tadi. Hadoi pening. Pening.

Dekat ofis pula lagi menguji keimanan dan kesabaran. Ada satu budak baru ni. Niat nak tolong menolong aku. Sekali tolong-punya-tolong bukan makin tolong tapi makin menyusahkan. Hadoi makin pening. Takpe sebab niat kau yang mulia. Sabau sabau.

Tapi kali ni aku tak boleh tahan. Pusing kanan. Pusing kiri. Pusing depan. Tapi bukan belakang. Tengok dia. Alih-alih mak bapaknya yang ada. Alamak ai ternyanyi lagu senario pula. Okay kita buat semula.

Aku pusing kanan. Pusing kiri. Tengok line clear. Tak tahan betul. Meja depan mata memang menguji kesabaran. Meja macam bantal. Letak kepala atas meja. Langsung tidur. Terus berehat kepala hotak. Hadoi! Bangun-bangun kepala hotak terus tak pening sebab dah nak balik kerja. Tahu-tahu saja kepala hotak bila perlu sihat.

Saturday, April 16, 2011

Pentingnya menggadai emas

First pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada seorang awek ni. Tak sangka betul. Blog cincai-cincai macam ni ada peminat. Tak sangka u. Satu penghargaan tu. Terima kasih ye Kin. I loveee...my mum. Okay kita tangguh dulu cerita tu.

Tadi dekat kilang lagi sekali aku kena soal.

Seorang rakan sekerja tanya, " Ko dah makan? ",

Aku jawab spontan, "Sudah."

Dia tanya lagi, " Orang rumah masak ke?"

Tak berapa spontan aku jawab, " Eh mak aku la masak. Aku mana kahwin lagi."

Haish. Memainkan jiwa dan perasaan lelaki betul. Petanda ni petanda.

.........

Okay sebenarnya hari ini aku mahu cerita tentang kilang aku. Kilang aku ini sangat bising tahu. Iya semua pun tahu semua kilang pun bising. Kalah bunyi pasar malam. Bunyi macam kapal mahu pecah. Sangat bising.

Tapi kilang aku ni lain sikit bisingnya. Tahap gaban pun tak bising macam dia. Dekat mana-mana kawasan kilang aku bunyinya sangat kuat. Sampai dalam surau tu pun yang sepatutnya senyap, tapi bunyi bising mengalahkan mak nenek punya mulut. Surau ada pintu tingkap tapi berlubang, macam mana bunyi tak macam kapal nak belayar kan.

Jadi bila bunyi bising ni pendengaran akan jadi kurang. Mungkin ada sesuatu yang tak disangka telah melekat di celah-celah telinga. Selalu kalau sebulan sekali korek telinga, tapi kalau duduk kilang ni kena 10kali sehari korek. Bunyi kuat cepat penuh emas di telinga. Aku tibai falfasah mana ni.

Tapi memang serius lah. Ada sekali terpegang telinga kerana gatal. Tahu-tahu ada emas. Terus aku punch card balik rumah. Kemudian keluar balik pergi pajak gadai. Aku gadai emas aku dapat tadi. Dapat juga hendak beli sesuap nasi pataya. Terus gembira di hati. Okay mengarut.

Yang ni betul serius. Kalau tak gadai emas memang berisiko tinggi. Cuba bayangkan kau tengah duduk-duduk. Tiba-tiba seorang datang cakap, " Cepat lari ada kebakaran!"

Pastu, kau jawab " Mana? Mana ikan bakar? Sedapnya."

Nampak sudah jadi kekeliruan di situ. Itulah jadinya. Bahaya betul. Ini pasti kes tak gadai emas. Lepas itu salahkan kilang. Kilang la ni. Bising sangat!

Thursday, April 14, 2011

Merisik melalui blog boleh?

Sejak dua menjak tiga menjak ini aku merasakan diri aku terlalu tua. Bukan kerana aku selalu dipanggil dengan abang hensem. Dan razman dipanggil abang tak hensem. Tetapi oleh kerana beberapa soalan yang diajukan kepada aku.

Seingat aku dalam minggu ini sahaja ada tiga orang menanyakan soalan yang sama. Soalannya ialah, 'kau dah kahwin ke belum?'. Lalu dengan jujur aku menjawab, 'sudah tentu belum berkahwin dua'. Benar. Kahwin satu pun belum lagi.

Dari umur aku yang baru mencecah 21tahun 8bulan ini. Aku rasa masih terlalu muda untuk berumah tangga. Dari raut wajah, aku merasakan diri aku masih terlalu comel dan bergetah. Tidak tahu pandangan orang seperti aku sudah berkahwin. Ini dikatakan mungkin muka aku sudah matang. Dan aku sudah layak berkahwin. Dan bermakna aku perlu membuat persediaan atas segala kemungkinan.

Langkah pertama aku perlu buat aku rasa ialah, mungkin aku perlu perkenalkan blog calon menantu dekat orang tua aku. Ada sesiapa setuju tak?

Ps. Muka saja matang tapi jiwa tak matang macam mana kan?

Ps2. Seram bila dengar lelaki sebaya aku yang sudah berkahwin. Dan sudah pun berpisah.

Ps3. Kemain ps aku ni dah macam ruangan pancaindera. Kantoi selalu baca bisik-bisik.

Tuesday, April 12, 2011

Cerita Kamal punya angan-angan

Hari sabtu yang lalu Kamal pulang ke rumah tidak seperti biasa. Kali ini pulang dengan menaiki jet. Belum sempat parking dalam rumah, Kamal telah dilempang oleh bapanya buat kali yang ke 20 ratus kerana terlalu kuat berangan di siang hari. Mane maunye jet sampai ke rumah Kamal.

Kamal berasa sangat sedih dan penat pada saat itu. Lalu beliau berhasrat untuk tidur bagi menenangkan jiwa. Baru sahaja beliau baring-baring main mata. Tiba-tiba kawannya datang ke rumah untuk berjumpa beliau. Kamal bergegas berjumpa rakannya.

' Mon, ada apa kau panggil aku ini? '

' Kamal, aku ada hadiah surprise untuk kau. '

' Apa dia Mon? '

' Ni ha, jeng jeng jeng.'

Terbeliak lah biji mata, biji hidung, biji telinga Kamal melihat apa yang telah dibawa oleh Mon. Bagaikan tidak percaya apa yang sedang dilihatnya. Kamal menggosok-gosokkan mata.

' Biar betul Mon? Jet ini untuk aku ke? '

' Ya Mal. Ini untuk kau. Aku baru balik dari Germany. Ada duit lebih, aku beli satu untuk kau.'

' Terima kasih Mon. Kaulah kawan aku dunia akhirat. Tak terbalas jasa kau Mon. Rupanya angan-angan aku selama ini telah menjadi kenyataan.'

' Its okay Mal. Kita kan sudah sejuta tahun kenal. Jadi aku memang niat untuk beri kau hadiah yang istimewa. Cubalah pandu jet baru kau ni. '

Kamal pun dengan pantas bagai ayam berak kapur berlari mendapatkan jet kesayangannya. Bila Kamal naik sahaja jet itu, terus dia mencari stereng. Namun apabila dia mahu memegang stereng, stereng tersebut bagaikan hilang. Pegang-pegang tapi tak dapat. Kamal menjerit,

' Mon! Jet aku Mon! Stereng lutsinar! Tolong Mon!

Kamal lihat Mon berundur ke belakang sikit demi sedikit sambil melambai Kamal. Kamal tampar pipinya dua tiga kali. Tak sakit. Kamal cubit pipinya sekuat hati. Tak sakit. Tiba-tiba.

' Spplusshhhh.. '

' Sudah, bangun! Tak habis-habis berangan! Sampai ke dalam tidur pun nak jet lagi. Pergi sembahyang Asar.!

Kamal baru tersedar setelah mendengar jeritan batin bapanya. Rupa-rupanya dia sudah tertidur sejak dari mula lagi.

Kamal berjanji tidak akan tidur pada waktu asar lagi. Dia tidak mahu berangan untuk menaiki jet khayalannya lagi.

Ps. Cerita rekaan ini hanya rekaan semata-mata. Nama pun cerita rekaan. Mestilah main reka-reka sahaja.

Sunday, April 10, 2011

Hensem tapi gila

Dalam banyak-banyak kawan. Kawan apa yang baik? Jawapannya ialah... kawan baik! Okay itu tak penting. Itu cuma pendahuluan cerita.

Ini cerita dia. Aku ada seorang kawan. Dia ni mempunyai otak yang lebih kurang dengan pesakit wad bahagia seksyen 21 shah alam. Aku hentam alamat tu. Tapi otak dia memang tak berapa betul kadang-kadang. Tapi dia memang hensem dan digilai ramai. Nama dia Muin (bukan nama sebenar lah tapi)

Muin ni dalam gila-gila dia pun tetapi bab ayat mengayat awek dia nombor 1. Ada sekali tu ada seorang awek kacau Muin. Muin tengking awek tu guna mesej. Tak serik. Awek tu tetap kacau juga.

Suatu hari awek tu mesej lagi. Muin tiba-tiba jadi baik. Muin mesej awek tu.

'Awak, jom kite kaple.'

Awek tu pun terkejut. Gembira betul awek tu. Awek tu cakap dekat Muin,

'Eh betul ke ni? Janganlah main-main.'

Muin jawab,

'Eh betul lah. Serius ni.'

Awek tu suka sangat sebab dia sudah lama syok dekat Muin gila. Awek tu pun cakap.

'Ok saya setuju. Mulai sekarang awak jadi pakwe sy ye.

Muin terkejut.

' Janganlah menggelabah. Kenapa saya jadi pakwe awak pulak? Sy cakap kaple tadi tu maksudnya saya nak sekapale (sekepala) dengan awak. Saya nak geng dengan awk. Bukan couple lah.'

Awek itu terus membenci Muin gila buat selama-lamanya.

Saturday, April 9, 2011

Perbezaan gaji buta dan gaji rabun

Hari ini kerja aku mengangkang sahaja. Bila sudah lenguh mengangkang, aku akan mencangkuk pula. Bila sudah puas mencangkung, aku meniarap pula. Begitulah seterusnya hingga habis waktu kerja.

Bukanlah aku makan gaji buta. Tetapi hari ini mesin berhenti. Orang kampung kata, machine stopped. Jadi aku tiada kerja perlu buat. Bukan salah aku. Sudah menjadi lumrah hidup apabila produk tiada. Kerja aku pun tiada. Jadi mungkin aku hanya makan gaji rabun sahaja. Tak buta mana la.

Selalunya waktu-waktu bosan begini selalunya tangan aku giat berfungsi. Bukan main mende alah tu. Aku selalunya akan menaip entri yang baru. Tetapi selalunya hanya taip di dalam telefon sahaja. Dan selalunya akan transfer ke komputer. Dan kemudian selalunya baru update dekat blog. Lebih kurang macam tu lah selalunya. Tak perlulah nak kira berapa banyak perkataan selalunya kan.

Kadang-kadang kalau tak tahan sangat bosan. Aku akan membiarkan mata aku tertutup untuk beberapa ketika. Bukan tidur. Tetapi hanya pejam mata sahaja. Ali tiada mahu teman aku membuka mata. Kalau tidur akan terasa makan gaji buta. Aku tak tidur. Cuma pejam mata.

Jadi apa perbezaan gaji buta dan gaji rabun? Tiada. Kedua-duanya sama sahaja. Cukup bulan duit masuk juga. Boleh beli Ali juga. Boleh makan juga. Boleh mandi juga. Boleh tidur juga. Tiada beza. Okay dah sudah tu melalut.

Ps. Bapak bosan. Entri pun terikut bosan.

Ps2. Terima kasih kepada semua kerana TERBACA entri ke laut ni.

Wednesday, April 6, 2011

A friend in need is a friend indeed

Amboi tajuk. Kemain barat lagi. Umpama menaip di dalam salji. Baru-baru ini aku terjumpa seorang remaja. Berumur lebih kurang 18 tahun. Aku tak pasti angka sebenar. Yang pastinya bukan sebaya razman yang berlagak sweet 18. Dia mengadu pada aku,

' Susah betul jadi pelajar, duduk rumah sewa nak bayar, makan tak cukup, minum tak cukup. '

Bila dengar aduan rakyat remaja itu teringat aku masa aku menjadi pelajar politeknik dahulu. Hidup dalam kemiskinan. Bulan pertama dapat ptptn masing-masing berlagak makan kedai. Orang lain makan nasi diorang makan kedai. Banyak duit lah katakan.

Tapi bila nak habis semester, masing-masing duit pun dah habis. Hujung-hujung semester dirasakan seperti berada di hujung-hujung nyawa. Hendak beli megi sedap pun fikir 5 6 kali. Apatah lagi hendak beli nasi. Mahu fikir 20 30 kali. Kadang-kadang fikir sampai dua tiga hari hendak beli nasi atau tidak. Padahal tidak sedar sudah tiga hari tak makan kerana terlalu lama berfikir.

Masa inilah selalu digunakan oleh pelajar-pelajar untuk membanyakkan amalan pada Ilahi. Berpuasa sunat setiap hari. Bila puasa di samping menambah pahala, kos untuk makan akan jimat sedikit. Itupun berbuka makan nasi berlauk kicap. Tragis bukan?

Tapi aku bersyukur kerana dalam pada tak cukup makan, tak cukup minum, tak cukup berak, aku ada seorang kawan yang sangat berkorban untuk aku. Selalunya bila aku TIADA duit, pasti dia ADA duit. Tetapi setiap kali dia makan, pasti aku juga dapat makan.

Dan pada masa inilah juga kita dapat mencari siapa kawan kita yang sebenar. Sanggup bersusah dan bersenang demi kawannya. Penghargaan yang terbesar sekali,


Mohd Naqib bin Nahar. Kau adalah kawan sejati. 0ps sori, dia takde blog ok.

Lalu aku beritahu remaja yang mengadu pada aku tadi,

' Baguslah takde duit, nanti kau akan jumpa siapa kawan kau yang sebenar. Itulah kawan sejati.'

Monday, April 4, 2011

Aku cinta ali

Hari ini aku kerja malam. Mula pukul 12 malam. Aku kesepian. Lalu aku bawa Ali bersama aku ke tempat kerja. Aku biarkan Ali dalam bilik kaca. Boleh aku intai-intai dia. Hari semakin larut malam. Aku intai Ali dari jauh. Sungguh tergugat iman aku. Tengok kiri tengok kanan. Aku mendekati Ali. Tak tahan. Aku buka baju Ali.

Aku pegang Ali dengan penuh lembut. Oh memang lembut. Tidak menyempat. Aku ambil air panas. Letak dalam satu bekas. Aku mandikan Ali dengan laju. Untuk menikmati Ali dengan senikmatnya. Aku kacau air panas. Biar terkena anggota-anggota Ali sama rata. Ali selesai mandi. Bau Ali memang mengancam. Satu batu wangi.

Dengan ucapan bismillah, aku menikmati Ali.

'ummm, sedapnya Alicafe ni.'

Alicafe, kau lah peneman aku di tengah malam buta ini. Aku tak tahan minum kau. Bila bersama kau mata aku tahan dari mengantuk. Kau memang sedap. Beraroma. Naik bulu roma.

Pesanan penaja, minumlah Alicafe. Rasanya memang sedap. Bila sudah minum beritahu kawan sekerja atau kawan sebilik mahupun kawan sekolej yang Alicafe sangat sedap.

Dan kawan kau tanya kau balik, ' Betul ke sedap? Seyreh lah.'

Dan kau akan jawab,

' Iyee, serius sedap.'



Ini pilihan saya!

Sunday, April 3, 2011

Nasihat buat kawan

Siput.
Kau memang hensem. Hensem gila. Muka kau memang pasar lah. Kalah brekpit. Kalau aweks pandang kau mesti cair macam aiskrim kena hair dryer. Hensem gila babeng. Tapi hari ni? Kau tak hensem langsung. Tengok kau rasa nak penampar. Bukan kata brekpit, berukpit pun lagi lawa daripada kau.

Siput,
Kau memang rajin. Nak dibanding dengan sejuta ekor semut. Sejuta ekor semut pun tak rajin macam kau. Setiap masa pasti kau melakukan kerja-kerja merajin. Terbeliak biji hidung aku tengok kerajinan kau. Tapi hari ni? Kau pemalas. Kau tak rajin. Macam keldai malasnya kau ni. Aku rasa nak tebuk saja hidung kau guna cincin dan tarik kuat-kuat nak bagi kau rajin sikit.

Siput.
Kau kuat. Tengok badan yang ketul-ketul tu memang buatkan datin-datin tergoda. Jangan kata john cena, malek noor pun kalah dengan kesasaan badan kau. Orang kampung aku kata your body is very tough dude. Tapi hari ni? Badan kau macam cacing. Lembik. Lemau. Limau. Oren. Sunquick. Tak berselera aku tengok badan kau.

Siput.
Sebenarnya aku bukan jeles siput. Sebenarnya bukan kau tak hensem. Bukan tak rajin. Bukan tak kuat. Kau memang hensem, rajin, dan kuat. Tapi hari ni mulut kau berbau siput. Tiada guna hensem mana pun. Tiada guna rajin mana pun. Tiada guna kuat mana pun.

Siput.
Tolonglah gosok gigi betul-betul. Aku tak tahan.

Friday, April 1, 2011

Kisah semut baik dan semut jahat

Tersebutlah kisah seorang pemuda yang sangat suka membela binatang. Minatnya pada binatang memang tidak boleh dinafikan lagi. Sehingga dia ada membela dua ekor semut.

Lalu dibina oleh pemuda itu tempat menginap bagi dua ekor semut itu di tempat yang sama. Pemuda itu memberi makan sayuran vegetarian pada kedua-dua semut.

Pada satu hari pemuda itu telah membuat satu perancangan untuk melihat tahap semut-semut. Lalu pemuda telah meletakkan gula di kawasan semut dan mengarahkan semut supaya tidak memakan gula itu. Lalu dibiarkan semut-semut bergerak sendiri.

Semut baik mendengar arahan pemuda. Dia selalu menjauhkan diri dari gula. Jika terpandang gula, dia segera mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia menahan nafsunya dari memakan gula. Dia sangat takut mengingkari arahan pemuda.

Namun tidak bagi semut jahat. Semut jahat menunggu sahaja peluang untuk makan gula. Bila line clear sahaja dia akan segera makan gula. Kadang-kala dia siap tapau lagi gula di dalam poketnya.

Suatu hari pemuda ingin mengalihkan semut-semut ke tempat yang baru. Satu tempat ialah Sugar Land. Sugar Land ialah tempat yang cantik, indah, dan aman. Satu tempat lagi ialah Gross Land. Gross land ialah tempat yang buruk, gelap, dan panas.

Pemuda telah memeriksa tahap semut-semut. Semut baik berada dalam keadaan sihat kerana tidak makan gula dan membanyakkan makan sayuran. Lalu dengan penuh kasih sayang pemuda telah meletakkan semut baik ke Sugar Land.

Tetapi tidak bagi semut jahat. Semut jahat mengalami sakit kencing manis kerana terlalu banyak makan gula. Dia tidak mendengar arahan pemuda. Akibat daripada itu, semut jahat telah dicampakkan ke dalam Gross Land.

Hiduplah semut baik dan semut jahat ke tempat yang telah ditetapkan oleh pemuda buat selama-lamanya.

Tamatlah kisah semut baik dan semut jahat.


Justeru, fikir-fikirkan. Siapakah kita? Semut baik atau semut jahat?

Luahan dari anak kecil

Kedengaran azan di surau sudah menandakan waktu zuhur. Dia masih lagi bersama ayahnya. Anak kecil yang masih tidak mengerti apa makna kehidupan. Sentiasa bersama ayah. Tak lekang dari pelukan ayah.

Ayah masuk kedalam surau setelah mengambil wuduk. Anak kecil masih lagi duduk ditepi pintu menunnggu sambil memerhatikan setiap pergerakan ayah. Iqamat sudah berkumandang.

Anak kecil didukung oleh ayah ke tempat solat. Tidak boleh renggang. Anak kecil diletakkan disisi ayah. Anak kecil mula menangis.

" Allahhuakbar!"

Imam memulakan solat. Ayah mahu menyambut takbir imam. Hatinya sangat berharap untuk segera bersolat. Namun anak kecil masih menangis. Didukung kembali oleh ayah. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga anak " Allahhuakbar Allahhuakbar " sambil membuat isyarat takbir. Diletakkan semula anak ke sisi ayah. Namun masih menangis. Didukung kembali oleh ayah. Ayah berbisik lagi pada anak. Dalam hatinya penuh berdoa pada Ilahi agar anaknya diam. Diletakkan semula anak di sisi ayah. Beberapa saat telah berlalu. Ketinggalan beberapa ketika bersama imam.

Anak kecil mula memahami. Anak sudah mulai diam.

Ayah dapat bersolat sehingga selesai.

Ayah, sesungguhnya engkaulah kasih sayangku.
Berkorban apa juga ketika demi menjagaku.
Membakar diri demi menyalakan aku.
Engkaulah yang menerangi hidupku.
Tanpa kau tiadalah kenal kasih sayang.
Tanpa kau tiadalah aku sekarang.

Ayah, engkau lah pelita hidupku. Sungguh besar pengorbanan engkau membesarkan aku. Kau telan segala kepayahan menjaga aku. Takkan aku lupa jasamu ayah. Kerana engkaulah yang aku sayangi.

Dari anak kecil yang masih tidak pandai berlari.