Thursday, March 31, 2011

Jaga kau jaga

Asal buka blog sahaja mesti tengok komen. Tengok ramai tidak orang komen pada entri terakhir. Bila ramai orang komen baru ada semangat buat entri baru. Tetapi bila tidak ramai orang komen terus tidak bersemangat lalu shut down komputer. Okay tidak lah. Buat entri baru juga walaupun macam mana. Barulah dinamakan blogger sejati kan.

Tetapi masalah yang aku hadapi sekarang ialah tahap kelembapan internet yang sangat tinggi. Orang kampung aku kata, the level of internet moisture was very high. Orang kampung aku memang pandai cakap orang putih-translate-sepatah-sepatah.

Jadi bila internet terlalu lembap akan menyebabkan aku hanya boleh menekan button komen. Dan menunggu sehingga lebam komen-komen. Tetapi tidak juga keluar. Dan akhirnya akan keluar connection error.

Ini menyebabkan aku tidak dapat untuk membalas komen-komen terutama komen oranglidi yang selalu menyokong aku. (Di kesempatan ini aku mengucapkan terima kasih oranglidi kerana masih menyokong dari dulu sehingga kini).

Hah komen sendiri pun tidak boleh baca. Apatah lagi ingin membuka komen orang lain. Yang boleh hanyalah membaca entri-entri melalui blog rakan-rakan blog. Lalu baca dan tidak boleh komen. Hajat dihati memang mahu komen. Terutama kalau ada blogger-blogger yang poyo. Sebagai contoh, razman.

Tak percaya? Aku pernah tanya seorang kawan aku di pengajian dulu.

'Mat, ko pernah baca tak blog razman?'

'Razman? Razman yang mana ek?'

'Ala blogger yang duduk raub tu.'

'Oh razman yang poyo tu ke. Pernah-pernah. Poyo hensem lah dia tu.'

'Haah memang pun', (bukan aku jawab).

Jadi kesimpulannya aku boleh komen dekat entri aku sahaja sebagai ganti komen dekat blog rakan-rakan. Walaupun nampak seperti mustahil. Tapi itulah kata orang, kalau takut bau sampah, jgn bekerja dengan lori sampah. Jadi tiada apa yang mustahil di dunia ini. Tunggulah sahaja komen-komen dekat blog ini yang akan menyusul nanti.

Tuesday, March 29, 2011

Kemain lagi disiplin mamat ni

Disiplin betul aku hari ini. Belum pukul 8 lagi sudah masuk kerja. Sudah lah semalam balik pukul 12. Tak hilang penat lagi sudah kena sambung kerja. Bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Memang tak dinafikan tahap disiplin aku semakin mendadak. Ni semua mesti sebab sekolah rendah aku masuk pengakap. Tak sia-sia aku jadi ketua pengakap sekolah rendah.

Aku masih ingat lagi. Ada satu perjumpaan pengakap. Masa tu ketua belum dilantik lagi. Cikgu suruh ahli-ahli pengakap buat kumpulan dan setiap orang kena beri arahan dalam barisan.

Semua bukan main bersemangat lagi beri arahan. Lagak macam komander diraja Malaysia. Termasuklah aku-aku sekali.

Semua kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing memberi arahan kawad. Bila tiba giliran aku, aku pun memberi arahan dengan sekuat hati, sekuat halilintar dan sekuat harimau.

'Barisss...! Barrrisss sedia!

'Barisss...! Senanggg diri!

'Baris akan bergerak ke hadapan ke kanannn pusing!'

Tiba-tiba cikgu suruh berhenti.

' Fuh, sedap suara kamu. Boleh jadi ketua ni.'

Aku terkaku sekejap sambil membayangkan lagu 'gemilang by jaclin victor'.

'0kay lepas ini ketua kamu semua rafiq. Rafiq, kamu saya lantik jadi ketua pengakap.'

Aku senyum. Dengan muka bangga minta penampar. Aku menerima lamaran cikgu untuk menjadi ketua. Mana tak bangga. Baru keluar suara sudah nampak disiplin. Belum berjalan hentak-hentak kaki lagi.

Hasilnya baru aku sedar sekarang. Disebabkan menjadi ketua pengakap dahulu, aku telah menjadi disiplin di tempat kerja.

Ps- Aku menaip ini ketika waktu kerja. Takpe aku masih disiplin. Amboi kemain lagi disiplinnya.

Sunday, March 27, 2011

Amboi mamat lah korea

Minggu ini cukup mencabar buat aku. Penat betul bekerja siang dan malam. Tak cukup rehat. Sibuk betul. Kadang-kadang nak kentut pun kena cepat-cepat. Takut kerja tak siap bila kentut lambat-lambat.

Ada satu cerita. Ada satu kali tu. Aku sudah penat-penat buat kerja. Dalam 5jam lebih kurang. Lepas tu nak rehat lah barang 5minit. Baru saja nak duduk tiba-tiba datang seorang mamat korea dekat aku. Dia kiranya bos lah dekat tempat aku.

Disuruh nya aku bersihkan satu alat untuk printing. Sudah itu nak kena cuci alat-alat selepas setiap kali guna. Kalau 20x guna 20x lah bersihkan. Kalau 200x guna 200x lah bersihkan. Meninggallah aku macam ni. Nak bersih dah lah lama. Kerja aku berlambak lagi perlu dibuat.

Lalu datang seorang kawan yang merangkap opismet aku. Dia pun kata,

'alah ko jangan layan orang tua tu. Dia memang gitu. Lagipun kain buruk takde nak cuci. Dah order tapi tak sampai-sampai.'

Lalu aku pun tidak cuci. Dan terus tidur di hadapan bos aku.

Habis.

Acah mak labu. Belum habis lagi sebenarnya.

Lalu aku buat-buat mencuci alat yang disuruh. Namun bila kawan aku melihat cara cucian aku, dia pun bertanya, 'ko pandai cuci tak?'

'tak.'

'macam ni.'

Lalu kawan aku mencuci sehingga licin dan bersih. Dan aku hanya melihat kawanku mencuci. Selepas itu barulah aku menjadi tenang. Namun tidak bermakna aku tidak perlu mencuci langsung. Tetapi kawanku hanya menunjukkan demo mencuci kepadaku. Selepas ini aku lah yang perlu mencucinya. Amboi kemain lagi aku menerangkannya. Sungguh terasa bermakna sekali hidup ini tahu.

Kepada mamat korea a.k.a bos aku. Kau ingat kau best sangat ke. Kalau nak tahu korea dengan nepal lebih kurang aje. Dua-dua orang asing. Pendatang asing! Amboi kemain lagi aku marah dekat sini.

Ps- Nasib baik mamat korea tak pandai cakap melayu. Baca blog apatah lagi ya tak.
Ps2- Kerja aku best.

Saturday, March 26, 2011

Terima kasih orang yang buat lidi

Semua kena tengok header baru aku.

Muka aku jadi camni.

(00) ni hidung kembang.

Terima kasih pada oranglidi atas susah payah ini. Beliau memang berbakat melukis muka-muka hensem.

Kredit lah pada lu. Kalau ada kredit henset gua rasa nak share aje dengan lu.
Tenkiu ye.

Friday, March 25, 2011

Dua budak hitam

Sudah lama tidak mengarut dalam laman blog ini. Sedangkan mengarut amat penting dalam perkembangan industri blog tanah air.

Suatu ketika dulu, ketika zaman kegemilangan hang tuah, pada masa ini maher zain pun tiada lagi. Maher zain, saiful apek, man raja lawak pun tiada lagi. Pada masa inilah cerita ini bermula.

Di suatu kampung yang kecil, tinggal dua orang pemuda yang sangat aktif bermain. Mereka selalu bermain di atas pokok. Jika tak main di atas, mereka akan bermain di bawah pokok.

Suatu hari dua pemuda ini telah keluar dari rumah masing-masing untuk pergi bermain di pokok. Mereka telah berjumpa di pertengahan jalan. Kelihatan salah seorang pemuda itu berwajah muram. Lalu ditanya oleh pemuda yang seorang lagi mengenainya.

'Sot, kenape kau nampak panas saja ni?'

'Mana tak panas Mat, kakak aku buat salah. Aku yang kena marah dengan mak aku.'

'Habis apa perancangan kau?'

'Jom kita lari rumah?'

'0k jom. Aku pun selalu kena marah dengan bapak aku.'

Dipendekkan cerita mereka pun lari dari rumah. Mereka telah pergi ke atas pokok. Mereka berdua telah meninggalkan rumah mereka dari pagi hingga tengahari.

Tiba-tiba perut Sot berbunyi.

'Bzzz bzzz'.

Mereka berdua terkejut. Mat telah bertanya kepada Sot, 'Sot, kau lapar yee?'

Sot menjawab, 'Eh mane ade. Aku kenyang la. Tadi baru lepas makan hambeger.'

Lalu mereka sambung bermain tanpa menghiraukan hari sudah lewat petang. Waktunya sudah hampir maghrib. Sot dan Mat masih tabah hatinya tidak mahu balik rumah.

Apabila hendak azan maghrib ayah Mat telah menjerit sekuat hati memanggil Mat. Habis satu kampung mendengar panggilan ayahnya itu. Mat berasa sungguh seram. Lalu Mat pun balik rumah.

Sot yang terpinga-pinga keseorangan juga balik rumah kerana berasa sangat lapar. Dia rindu pada masakan ibunya. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan lari rumah lagi.

Moral1-hargai jasa ibu dan ayah yang telah membesarkan kita.
Moral2-takutlah pada orang tua.

*cerita ini rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan penulis mahupun kawan penulis.

Monday, March 21, 2011

Real punya rajin lah

Aku baru sedar bahawa blog orang sangat rajin. Tetapi blog aku sangat malas. Entah kenapa dengan blog aku ni liat sangat untuk update. Berat tulang betul.

Tuan blog ni sebenarnya sudah dapat pekerjaan baru. Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan sehingga ke malam. Pekerjaan barunya rupanya lebih sibuk. Ada shift pula tu. Kadang-kadang pagi-pagi pergi kerja malam baru balik. Kadang-kadang malam pergi kerja pagi baru balik.

Jika beliau ada anak boleh dikatakan pergi kerja anak masih tidur, balik kerja pula anak sudah tidur. Beginilah punya sibuk tuan blog ni. Mengalahkan che det masa che det memerintah dulu.

Cerita pasal tempat kerja pemilik ni. Ia merupakan sebuah kilang membuat kertas. Kertas tu pulak digunakan untuk membuat kotak seperti kotak ubat nyamuk, kotak ubat lipas, kotak ubat kerengga dan bermacam jenis kotak lagi.

Kerja beliau mencabar juga kerana beliau perlu menilai dulu kertas yang telah siap sebelum boleh dijual. Senang kata beliau kerja bahagian quality control (qc). Kalau kertas sudah lulus mengikut spefikasinya, barulah kertas akan dipotong dan sedia untuk dijual.

Sebenarnya ini tak penting pun untuk kamu semua tahu. Tapi pemilik blog ni sengaja mahu berkongsi pengalaman. Daripada sunyi sepi saja. Karang kena marah pulak dengan oranglidi sebab dah lama tak update kan.

Nampaknya dapat juga blog ini ter update kurang dari tiga bulan. Harap-harap nuffnang akan pertimbangkan kerajinan tuan blog ini memper updatekan blognya.

Friday, March 4, 2011

Macam tak percaya

Last aku update blog = 03/12/2010.
Hari ini = 04/03/2011.

Cukup tiga bulan aku biarkan blog ini bersawang.
Jika blog ini sebuah pokok cili mungkin sudah ambil buah cili untuk dimasak ayam goreng berlada (feveret aku).

Aku sudah lupa apa format menulis blog. Jadi tulis sahaja mengikut sukahatiaku.
Tiga bulan dulu aku memang teringin untuk update blog. Tapi apakan daya, pelbagai halangan datang yang membuatkan aku tidak dapat update. Kerja, kerja, kerja. Sentiasa sibuk.

Ye ye memang aku mengaku admit lah kan orang lain pun sibuk jugak, kerja jugak, tapi tetap boleh update blog kan. Tapi kerja aku ni lain macam sikit. Tiada masa untuk update. Bayangkanlah bangun pagi pukul 6 pagi, siap-siap solat, makan-makan sudah pukul 8 pagi. Lepas tu terus masuk kerja. Rehat kejap solat zuhur dan makan. Sambung balik kerja. Balik kerja pukul 5 petang. Mandi-mandi siap solat asar. Bersukan sampai dekat magrib. Solat magrib dan isyak lepas tu makan-makan sudah pukul 10. Lepas tu terus tidur. Tengok mana ada masa berinternet dalam jadual aku.

Tapi setelah tiga bulan berlalu. Setelah bermacam-macam kerja aku kerja. Akhirnya sekarang sudah mempunyai masa untuk update. Aku sudah tidak bekerja sibuk-sibuk. Sekarang kerja rilak rilak sahaja. (rilak bermaksud relax). Aku bersyukur. Akhirnya dapat juga aku update setelah sekian lama.

Dan sekarang aku sudah mendapat kerja baru.
Maybe mungkin tiga bulan lagi aku akan update blog lagi.
Doa-doakan.
Sekian.