Hai semua!
Seronok sungguh raya tahun ini. Aku rasa first lah seronok macam ni. Mana tak nya, pagi-pagi raya lagi sudah kena rempit dari Bentong ke Raub. Dalam kesamaran pagi yang agak renyai-renyai, aku bersama adikku terpaksa menempuh liku-liku kehidupan.
Mana tak nya kena redah, pasal semua family aku sudah berada di Raub. Aku berdua yang masih tertnggal. Nak tak nak kena redah juga lah. Siapa suruh gerak lambat. Apa pun kami sampai memang tepat pada masanya. Sampai-sampai semua baru nak bergerak pergi sembahyang raya. Syukur dapat sembahyang raya bersama keluarga di Masjid Abu Bakar. Tahu kat mana? Masjid tu la tempat Razman selalu lepak.
Walaupun agak penat menunggang motor pepagi buta, selepas sembahyang aku tidak tidur. Tapi masih bersemangat untuk makan kuih raya, ketupat raya, lemang raya. Nampak gelojoh gila makan sebab kebulur. Biasala 2 tahun sekali sahaja makan itu semua.
Tak cukup dengan tu. Lepas makan kami sekeluarga bergerak pula beraya ke rumah sedara. Amboi macam raya aidilfitri pula. Tapi apa boleh buat, kami anggap sama sahaja. Bila- bila masa boleh berziarah. Raya puasa raya korban, kami bolos saja.
Kami pun bergerak ke rumah sedara di Lembah Klau. Dekat rumah saudara memang kami hentam lagi. Kuih-kuih raya macam - macam ada, dengan cornflake, coklat, badam, semua adalah. Sampai licin kami tibai. Padan muka orang lain tak dapat makan dah selepas kami.
Dan yang paling best. Lepas makan ada sesi urut mengurut pula. Rumah saudara ada mesin urut-urut. Habis semua bergilir-gilir mengurut. Aku pula boleh tertidur atas sofa. Mana tak nya, sudah kenyang + penat, memang terbungkang lah dengan selamba dekat rumah orang. Tak malu sungguh.
Tapi tak mengapa. Bila bangun tidur je semua sudah mahu pulang. Salam bersalam dengan saudara mara. Sesi yang agak sedih. Tapi ada sekali salam punya salam, eh, dapat duit raya? Wah. Seronok gila. 1st time dapat duit raya haji. Rasa seronok tidak terkata.
Inilah raya yang paling menyeronokkan.
Tapi aku pelik lah.
Sekarang ni tak minat dah amik - amik gambar. Satu gambar pun takde tau!
7 sokongan:
ceh.. aku duk tnggu gambor.
siot je ko tibai kuih2 smpai licin
mana gambar....please bagi gambar kancil bulat atau kancil mengantuk please..hahaha
aku rasa mau tampar burung biru ko ni. menganggu penglihatan. haha
eh adakah dengan komen aku seperti di atas menunjukkan aku tiada perasaan kasih sayang dekat binatang? haha
laaa mana gamba segak berbaju melayu??palingkurang pon gambo duet raya ke?ekeke
OL, nanti aku upload gambo dato siti nurhamiza nak?
sue, tu gambo kat header tu dah ade. tgk tu je cukup la..
vi, tapi ko tak add2 jugk twitter aku.. penat burg biru tu terbg2..
ko mmg kejam vi. dry heart katenye..
cik helena, takde la. hanye tersimpan di dlm kenangan..haha
OL, nanti aku upload gambo dato siti nurhamiza nak?
sue, tu gambo kat header tu dah ade. tgk tu je cukup la..
vi, tapi ko tak add2 jugk twitter aku.. penat burg biru tu terbg2..
ko mmg kejam vi. dry heart katenye..
cik helena, takde la. hanye tersimpan di dlm kenangan..haha
Post a Comment