Sunday, October 2, 2011

Bestnya duduk kolej!

Alhamdulillah syukur dapat juga jumpa kawan-kawan masa konvo hari tu. Walaupun sekejap tetapi ia memang cukup bermakna. Lama sungguh tidak dapat jumpa mereka. Bila jumpa rasa mahu cium peluk, nasib baik ada orang ramai. Terus tak jadi. Nanti mereka tahu kami gay pula.

Aku sekarang sudah berada di UMP tercinta. Kembali menjadi pelajar. Solat. Pergi kelas. Tidur. Makan. Itu lah rutin harian sebagai pelajar. Hari-hari akan ulang perkara sama. Bagi pelajar yang rajin sikit, ada lah program-program yang akan mereka pergi. Macam aku ni memang tak la. Malas tu terlebih sikit nak sertai program-program yang berfaedah tu.hehe.

Jadi bila asyik pergi kelas. Balik bilik akan tidur saja. Maka otak pun tak berkembang. Bila otak tak kembang idea pun tiada. Jadi bila idea tiada memang tak lah nak update blog kan. Maka aku pun cari idea atau helah untuk update blog. Contohnya macam sekarang nila. Tulis perkara-perkara yang sepatutnya buat, secara tidak langsung sudah update blog kan. Bijak tak. Walaupun duduk bilik. Tetap bijak tau.

Maka atas sebab alasan ni aku akan terus berada di bilik untuk memerapkan lagi diri. Sebab tak apa tak kembang otak pun. Tapi tetap dapat update blog kan. Aku pun dah faham sekarang. Okay aku rasa sebelum lebih jauh merapu aku tutup dengan serangkap pantun,

bila resah ingat saat indah,
bila rindu kunyanyikan lagumu,
sehari kurasakan bagaikan setahun,
menunggu tibanya oh bahagia.

ok bai.

3 comments:

oranglidi said...

aku pn jenis x suke g event2 sgt. duk dlm blik je. tapi bdminton xleh tinggal la. haha.

tu pantun la sangat. lagu anuar zain ade la.

DuniakuAbstrak said...

rajin duk bilik ni jenis kaki ngaji n kaki stadi nih..bagus2

rafiq said...

OL, peh same weh. aku gian gk nk berbadminton ni.. eh aku igt tu lagu alleycat..silap

ayul, yeke, bgusnye macam ni..ehehe