Friday, September 23, 2011

Wah baunyaaa!

Aku selalu membayangkan satu suasana yang indah permai. Berjalan di atas bumi yang nyaman. Dengan haruman yang mengelilingi setiap ruang. Indah sungguh. Pasti setiap orang pun mahu berada dalam suasana tersebut. Wangi sahaja.

Tapi ada perkara yang aku hairan juga. Terdapat sesetengah pihak suka keadaan yang berlawanan dari suasana yang aku sebutkan tadi. Maknanya suka dengan bau busuk lah. Mereka yang dimaksudkan ialah yang tak pakai ah. Deodorant. Adakah mereka tidak perasan atau buat-buat tak perasan bahawa badan mereka busuk. Atau sengaja buat-buat tak perasan. Atau memang tahu lah bahawa mereka tu busuk.

Aku yang berada di sebelah sangatlah tidak tahan. Bukanlah nak kata aku wangi. Aku pun busuk jugak. Tapi pakailah deodorant sebab dah tahu busuk kan. Orang sebelah tak lah terseksa nak tahan nafas sebab bau badan aku.

Tak teringinkah mereka ni akan keadaan yang wangi? Tidakkah?
Aku bukan apa. Nak tegur karang merajuk pulak. Korang rasa patut tak aku tegur? Patut tak?

eh kenapa entri macam budak-budak? Lantak!

2 comments:

oranglidi said...

haha. x leh duk tmpat laen ka? apakata lps ni duk tepi awek lak. baru la wangi. hehehehe

rafiq said...

kalau awek tak mandi pun wangi.. nak duk tempt len camna.. satu rumah thokk