Wednesday, September 21, 2011

Orang kaya.

Seperti mana yang kita tahu. Duit sangat penting sekarang ni. Ibarat nyawa kita. Kalau tiada duit boleh mati dibuatnya. Orang kata duit adalah segala-galanya. Ada duit ada segalanya. Dengan duit memang senanglah hidup. Jadi kita pun berusahalah siang dan malam untuk mencari duit supaya menjadi orang yang kaya raya.

Apa ada dengan duit?

Dengan duit boleh beli rumah besar. Ada duit boleh beli kereta besar. Boleh beli bini besar. eh. Boleh beli bilik besar untuk bini. Dan sebagainya yang besar-besar lah. Macam-macam boleh.

Tapi tahukah kita berapa ramai orang yang hidup senang lenang dengan duit yang dia ada? Tenangkah hati mereka dengan duit mereka?

Sebenarnya tak semua orang dapat rasa ketenangan tu. Tak semua orang dapat rasa sesenang tu.

Ketenangan dan kesenangan yang sebenar bukan lah dalam wang ringgit. Bukan lah berapa banyak duit yang kita ada. Duit ada berjuta-juta pun boleh tentu boleh dapat ketenangan dan kesenangan hakiki.

Ketenangan yang sebenarnya hanya dalam agama. Bila kita ada usaha atas agama, kita akan dapat ketenangan. Walau kita tak banyak duit. Walau kita tak boleh beli rumah besar, kereta besar, dan sebagainya. Tetapi hati kita senang dan tenang.

Jadi orang kaya sebenarnya bila hati seseorang itu tenang dalam apa jua keadaan. Duit banyak dia tenang. Duit sedikit pun dia tenang.

Buat apa duit banyak-banyak tapi hati tidak tenang. Takut itu takut ini. Lebih baik duit sedikit, tiada apa yang perlu ditakutkan. Hati tenang, jiwa pun senang. Renung-renungkan.

p/s, sekadar berkongsi. tak best lah makan sorang kan.

6 comments:

C i k P i p i T e m b a m said...

suka duit . tp nape susah nk dpt duit ? hahahahaha xD

rafiq said...

susah nak dapat sebab dia senang nk buang..

hanaahmad said...

zaman sekarang semua pakai duit kan. awat entry hang serius plak aku baca? haha

rafiq said...

ye betul. sbb tu mcm2 jd sbb duit punya pasal.. aa maknenye ko sorang je fokus ngan entri aku..hehe

~SaL IjOu~ said...

Sy penah kije swasta yg gaji agak lumayan..bonus pun boleh tahan..nak itu beli..nak ini beli..tp siyes hati x tenang..~ tp akhirnya sy mengubah haluan & akhirnya menemui ketenangan~ Allah tu sesungguhnya maha penyayang~ =)

rafiq said...

alhamdulillah.. syukur.. itulah yang sebenarnya..