Monday, July 11, 2011

Kisah misteri

Malam tadi merupakan malam yang cukup misteri buat aku. Malam tadi aku potong buah. Nak tau buah apa? Buah oren. Aku ambil oren di dalam peti. Aku ambil pisau. Aku letakkan di atas papan pemotong. Berjalan ke dapur dengan penuh hati-hati. Okay tak payah nak suspen sangat lah. Nak potong oren je pun adoi.

Makanya pun aku ambil pisau dan potong di kepala oren. Mak aku tanya, " Eh nak buat apa tu?" " Nak buang kepala dia." jawab aku. " Tak payah. Potong je terus camni." (sambil mak menunjukkan badan oren)

Maka aku potong terus badan dia. Untuk kali pertama. Tak lepas. Ambil batu pengasah dan asah pisau. Potong lagi. Kali kedua juga tak lepas. Aku ambil batu asah dan asah lagi. Juga tak lepas. Untuk kali ketiga aku asah pisau, juga menunjukkan keputusan yang menghampakan. Tak lepas juga.

Aku mula cuak. Apa kena dengan pisau ni. Tiga kali asah pun tak lepas hendak memotong oren. Aku runsing. Tanpa buang masa lagi. Aku tukar pisau. Pendek sikit dari pisau tadi. Sekali aku potong,

" Hallamak hai. Bapa ke senangnya nak potong."

Buah oren berjaya dipotong. Aku makan bersama emak dan adik-adik. Sungguh manis oren itu. Kami semua bergembira. Bak kata pepatah saya 'Kerana oren sebiji, gembira semua satu keluarga'.

Tapi jauh di sudut hati, ramai yang tidak tahu. Aku masih lagi tertanya-tanya, apakah yang terjadi pada pisau tadi? Adakah mempunyai misteri di sebalik pisau yang tidak boleh memotong oren?

Sehingga kini masih lagi tinggal tanda tanya.
Inilah dikatakan misteri...

' ee tolong la jangan kasi orang buat takut boleh tak? ' - hantu karak.

21 comments:

Miscellaneous Smiles said...

ehh mlm nii..pisau tu jadi hantu..gigit kau makan kauu~~

hiris kauu..lumat lumatt...
masak rangup rangupp..cicah sambball..

hah mati kau malam nii..

mati mati matii


kat takut dak nihh..*klu tak takut ak amek pisau tuu..hihihiiiii~~

Misshy Innz said...

pisau uh demand .
tak nak buah oren , nak rasa buah limau bali pulak .

Freaky said...

bukan pisau yang bole membelah sesuatu tapi hanya dengan izin Allah je.

aimie amalina said...

hahaha...aiyooo..mungkin ye x mo dgn kamu!

vampire's lovex said...

pisau tu x berkenan dengan kau la tu.. hahaha...

rafiq said...

pijah, pastu aku pulak jadi hantu.. aku geng dengan pisau cari kau...aku cekik kau..kau pun mati.. haha

innz, buah bali mesti lagi tak bolehnya pun.. betambahlah misterinya pun pun..haha

fraeky, benar..benar.. semua kau kata benar..

aimie, alah nak mengada pulak.. bajet cun lah die wat camtu? haha

esah, die ingat die aweks hot nak wat gedikss camtu? haha

Elyana Ahmad ツ said...

hahaha.misteri btl.cuba bg karam singh walia selidik.haha

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Rafiq,

Kadang2 memang terjadi macam tu sebab kulit limau tu licin.

cik gula kapas said...

aku rasa kau terbalik pegang pisau. :D

akoo said...

err..knape ngn pisau tu??
huhu
pisau mainan kut..
=)

belog|amiyo said...

ko guna pisau tu terbalik. yer dak? haha.

Liyana Zahim said...

Itu bukan pisau.. Ia adalah jelmaan seekor binatang.. Bntg ape? Entahlah misteri.. Krne buah oren kami jd misteri.. Ya ini lg tepat..

apik pehe said...

wehhh..ko asah belakang pisau ker?hehhee

Anonymous said...

gilo....haha -hana harajuku :P-

nurfatiha blacky said...

HAHAHA. mcm ade pengalaman je ng hantu karak ni.

Bigdaddyz said...

lain kali guna kaki kerusi jer...ala2 blender ...hehe

Kapten Atok said...

haha. ko saja nak saiko diri ko buat apa

rafiq said...

elyana, karam sing walia pun boleh karam kalau dia selidik. haha

kunang-kunang, waalaikumsalam. pisau tu yang masalah. pisau lain boleh je.hehehe

cik gula, aku rasa apa ko rasa tak betul..haha

akoo, pisau betul. mungkin ada penunggu pada pisau..hihihi (mengilai)

amiyo, tak pyah nak tebalik sgt lah kan..haha

liyana, mungkin jugak. eh binatang mane boleh menjelma. ni jelmaan seekor jembalang mungkin..aaaaa...haha

apik, eh asal nama ko sama ngan aku. adomakk..

hana, ski malaih nak login aok ni. pemalaih..haha

fatiha, alah karak tu kan dalam bentong. gua dah biase sume sume ni..haha

dady, tu nak buat jus oren boleh lah. haha

atok, aku nak cari penyelesaian dalam setiap permasalahan..haha

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

haha... pisau tu terbalik kot masa ko potong oren tu...ko guna bahagian yg tumpul nak potong oren... =D

rafiq said...

takkan la boleh tbalik pulak.. adoii,,

ekyn said...

haha...rafiq2...klako la ko ni...tw x kin mlm2 ni tak ley nk tdo psl lwak jenaka rafiq ni la....hahaha...npe la ak bkenan sgt ngn blog rafiq ni...apo...