Tuesday, June 28, 2011

Menggelebah tak tentu pasal

Bangun tidur pagi tadi terasa panas kemain. Bahang sampai ke liang roma. Aku tengok jam peh dah pukul 11. Patut pun panas. Menggelebah aku bangun macam kena libas dengan sejadah waktu kecik-kecik dulu.

Aku kalau dah lewat macam ni memang jadi tak teratur. Hidup macam ada orang kejar dekat belakang. Semua benda buat nak jadi cepat. Bayangkan punya kelam kabut sampai mandi pun lupa pakai air. okay pedaah.

Bayangkan tengah mandi syampu pakai dekat muka. Lepas tu terasa muka wangi terlebih. Lepas tu tengok bulu hidung pun jadi lurus. Lepas tu tarik bulu hidung guna jari pun boleh. okay pedaah pedaah. Tapi yang pakai syampu dekat muka tu memang betul. Aku punya firasat memang betul lah bila kelam kabut punya nak cepat, ubat gigi pun boleh jadi syampu letak dekat kepala.

Bila dah siap mandi siap wangi. Siap semua, aku menggelabah pulak pakai baju, seluar, dan sebagainya. Okay siap. Macam nak pergi interview.
Lepas tu.

Tak tahu nak buat apa dah. Bukak laptop. Online sedas dua.

Musykil betul. Apa yang aku kejar sangat tadi?

14 comments:

Freaky said...

hahaha ape yang ko kalut sangat tu ? adoii

rafiq said...

ni la org kate menggelabah tk tentu pasal..adoii

oranglidi said...

dah tak keja ke??

rafiq said...

lame dah oi. keje kt umah je.

DuniakuAbstrak said...

bini kau nak beranak nanti mesti lagi dahsyat kau punya menggelabah

vampire's lovex said...

hahaha..kalut nak kejar apa tah...bedaah betol bulu2 jadi lurus tetiba... kah kah

ekyn said...

haha..lawak "sepah" la rafiq!!cun giler letak ubat gigi kt rambut..tumbuh uban wane putih x?

hanaahmad said...

hahaha. aku pernah weh cmni. kalut tak ingat, sampai pencuci muka pun leh sental kat ubat gigi. nsb bek sedar awal. adoiyai. haha

cik helena said...

oi poyo tahu?hahaa

rafiq said...

ayul, oihh tu mesti mesti..

vpire, wah pndai ckp bedaah. orang mane ni?

ekyn, takde ke uban2nye.. lawak sepah camni la..haaahhh semputt..

hana, eh asik same je ni.. camne ni aa?

cikhelena, yeke? tak tahu.haha

VFN said...

kejar awek?

rafiq said...

yah kejar lu vfn.

youhazreenda said...

kesian..ish3..

rafiq said...

hazreen, haha ape yg kesiannya? kesiann.haha