Thursday, June 30, 2011

Budak zaman sekarang

Sekarang ni macam-macam kita dengar pasal budak zaman sekarang. Budak sekarang nakal betul. Lain betul dengan zaman kita dulu. Walaupun aku tak lah tua sangat tapi nak kata muda sangat pun tiada juga.

Dulu kecik-kecik aku memang nakal. Nak kata nakal-nakal comel pun ada. Aku ada seorang abang. Masa tu sekepala lagi dengan dia. Makan sama-sama. Minum sama-sama. Buat kerja jahat sama-sama.

Suatu hari kami pergi merembat di sebuah pasaraya terkemuka di Bentong. Merembat ni sama la maksudnya dengan mencuri. Abang aku rembat gula-gula. Aku rembat coklat.

Last-last sebelum nak cabut kami terkantoi. Aku kena tangkap. Abang aku tak kena. Alasannya gula-gula yang abang rembat takde stiker harga. Aku punya ada. Malang betul. Start pada tu aku tak rembat dengan abang lagi.

Tapi ya. Kalau nak dibandingkan dengan budak-budak sekarang jangan cakap lah. Budak-budak sekarang pula lagi nakal. Ada seorang kaki rembat ni. Depan rumah aku ada lah mak aku jual makanan ringan sikit untuk budak-budak. Kalau nak beli kena bagi salam dan jerit dulu, "makcik! Nak beli!" Lepas tu baru mak aku tengok kan nak beli apa.

Suatu hari ada seorang budak datang. Takde bagi salam, takde jerit. Tahu-tahu die nak cabut lari. Aku keluar tengok kan. Terjatuh pula barang yang dirembat. Aku yang jerit, "hahhh!". Menggelupur budak tu lari depan aku. Barang rembatan terus ditinggalkannya.

Jahat kan budak sekarang? Tak macam kita dulu-dulu. Tengok aku dulu rembat-rembat biar je kena tangkap. Tak lari pun. Budak sekarang lari.

21 comments:

Alexandriana Alia said...

aku dulu suka curi buah rambutan umah orang ekekeke

vampire's lovex said...

budak-budak sekarang nakal kot lain... hahaha...

kau la,xnak jaga gerai mak kau,habes kena rembat ishhhh

Freaky said...

haha bro, masa dulu kalo bole lari mesti ko lari jugak kan ? :D

rafiq said...

alia, skrg suka curi buah apa pulak?

vmpire, kot mane tu ha? aku jaga jugak. tp beselah kdg2 gerai tk tejage jugk.

rafiq said...

freaky, dh lari. tp tk sempat.haha

oranglidi said...

hahhahahahaha. ko compare macam tu plakkk. ceh btui.. ko lari tak laju masa tu. tu yang kna tangkap. hehe.. tapi bdak2 skang lebih mudah trpengaruh dgn plbagai rasukan dari internet.

cik helena said...

penah tgk budak kantoi mencuri kat pasaraya.teruk kene belasah :I

suezen said...

zaman berubah

hanaahmad said...

bdk zmn skgni bkn setakat merembat, merogol pun ado dah. hahahaha

rafiq said...

oranglidi, aku pk dh selamat. lari2 manja jela.haha

cikhelena, pdn muka dia. tu la mencuri lagi.

sue, tak tahan tu budak tu boleh tercicir barang rembat. tk pro betol.

hana, ha btoi, tu la bak kata oranglidi rasukan internet neh.

dLa Suri said...

dla dlu kalau naik beskal tak sah kalau tk langgar anak org. tak sengaja tp tetap kena marah dgn mak ayah dieorang. haha

Bella Bell said...

hahhaa.. tu baru kes rembat.. kalau kes 18sx tu macam mana pulak? lagi haru.. heheh!!~

eh.. orang bentong ea?


^^

Liquid said...

ko dulu pun cabot lari jgk kan... tapi lari-lari pon kene tangkap jgk hehehe

rafiq said...

dla, ni nasib baik budak2 takde undang2 kena saman lg. klu tk dh kena dh..

bella, 18sx tu patutnya mak bpkdia yg kena sebat pasal pndai sgt jg ank..

liquid, aku lari2 manaja je. diorang lg sungguh2.. tk sama,haha

ekyn said...

giler r...kin rase stuju ngn org lidi..bdk kecik dulu2 cm rafiq montel2..lari lmbt sebab tu kne tngkap!!:P

Scya Lollita said...

ak baikk hahha

rafiq said...

ekyn, rafiq dulu kecik2 dh sasa. tk mcm budk kecik lain. tp tu la dia mls nak belari je.

scya, orang baik tk ngaku baik. ko kena phm tu.

nik rosmawati said...

budak zaman skarang dah bukan nakal dah tu.blh panggil jahat dah tu.menakutkan dah zaman skarang ni :)

Siti Mashitah Saidin said...

budak skrg buli aku... =.="

nawal addina said...

ahhaha XD

budak mmg mcm tu ;)

rafiq said...

nik, budak2 ni jgn bg main internet je. bg main congkak je. konfem baik jadinya.

mashitah, jelas kau mudah dibuli.

nawal, geram nk pnerajang kan? haha