Wednesday, May 4, 2011

Cabutan sangat bertuah!

Tidak sempat mahu berbakti pada kilang. Aku sudah bertukar ke tempat kerja baru di Rawang. Yang sempat hanyalah menabur emas di mangkuk kilang. Tidak lah aku terasa begitu bangga.

Rasa sedih pun ada. Bukan sebab apa. Tapi sebab kilang aku sangat pemurah hati. Aku ingat lagi masa aku kerja dulu. Dibaginya rehat sampai 5 hari.Mesin berhenti jadi group aku pun tiada kerja. Jadi lepak-lepak sahaja menjadi kerja. Mana tak sedih kan?

Lupa seketika soal kerja lama.

Ada satu kisah lain. Suatu ketika kilang aku ada buat training untuk mengisi masa lapang. Mengada-ngada betul hendak buat training. Jadi group aku dan satu lagi group berkumpul untuk dengar.

Tengah-tengah bagi training, tiba-tiba aku dapat satu panggilan,

Haji: Assalamualaikum w.b.t

Aku: Waalaikumsalam w.b.t

Haji: Nama saya Haji Ibrahim. Saya dari Celcom Centre.

Aku: Hmmm (tenang)

Haji: Saya ingin bertanya. Betul tidak no telefon encik 0148******?

Aku: Hmmm (mula mengesyaki sesuatu)

Haji: Tahniah encik! Nombor encik baru memenangi cabutan bertuah dari Celcom!

Aku: Hmmm? (terkejut)

Haji: Benar. Encik baru memenangi wang bernilai rm10000! Boleh saya dapatkan nombor akaun encik? Encik ada nombor akaun?

Aku: Hmmm. Takde. (faham)

Haji: Boleh tanya sesiapa yang ada. Kawan atau sesiapa?

Aku: Hmm. Okay. Nantilah. Saya sedang meeting sekarang.

Haji: Okay. Tut tut tut (panggilan dimatikan)

Amboiiii.

Pandai betul mamat indon ni. Berlakon jadi orang Celcom. Tetapi tak sedar suara sudah kantoi. Sah-sah suara penyangak terhormat. Pandai sangat lah tu nak cekau duit dalam akaun orang.

Nasib baiklah aku sibuk masa tu. Malas nak layan sangat. Kalau tak mesti aku dah ikut nasihat kawan aku,

" Eh takpelah haji. Duit yang saya ada ni pun berlebih-lebih. Tak habis-habis lagi ni. Saya taknak lah hadiah cabutan. Haji simpan aja buat kenangan."

Ha. Baru dia terasa kan?

15 comments:

Liquid said...

ala baru nak minx ko belanja tadi.....

Liquid said...

eh jap2, ko rawang ktne.? awek gua tinggal kat rawang la wa ckp sama lu...

Melda Mohd said...

Cabutan bertuah ye. Cheese. Ramai betul orang buat jahat sekarang ni.

rafiq said...

liquid, abis nape tak mintak?

gua pn nk awek gua pun tinggal rawang gak. eh? rawang perdana wa cakap lu.

melda, cheesen mayonis kan. hidup nak senang ajee.

sue. said...

xguna punye cabutan bertuah!

rafiq said...

sue, dengan orang2nya sekali kan?

Freaky said...

nasib baik da kantoi dengar suara. hehe mamat indon memang bahaya

rafiq said...

gaya cakap macam sorang mamat indon yang educated tau. pandai betul

si cebbie cholet said...

hahahaha....


cc pon pernah kena..tapi tuh haji..kalau suara awek seksi...mesti kau layan kan?

paling abes mintak acc fesbuk....


dah tau dah! cis!

rafiq said...

suara awek tu memang layan. tapi nak tau seksi ke tak tu susah sikit. takut-takut awek dah monopos.

anismelon said...

org sekarang na dpt duit dgn mudah..mcm toh la jd nye..org len susah pyh keje dorg plak na kaut duit kite...weeee..

*salam kenal jugak..:)

✿....rossa alina....✿ said...

uikss??!!skrg dah berani kol plak??mmg giler btol dorg ni kan??

Wanie-san said...

pernah t'kena tp sms jela yg bgtau ayah di balai polis..pastu suruh tolong topup kan..padahal my dad pakai line..mane perlu topup..bonget tol!

.sweet-ants. said...

bangang jgk kan nk menyamar x logik lgsung

rafiq said...

anis, tu la orang kata, bagai kucing mahukan kaki.

rossa, sekarang baru perasan, dulu tak tahu sejak bila bergiat aktif ni.

wanie, ha yang tu pun penah kena. siap cakap jangan call nanti ayah telefon balik. kemain pedaah.

sweet, hidup penuh penipuan. payah2.