Thursday, April 21, 2011

Tahu-tahu saja kepala hotak ni

Nampaknya hari ini mula kerja balik setelah tiga hari berholiday. Kepala hotak terus terasa pening bila memikirkan kerja. Tahu-tahu saja kepala hotak ni bila masa perlu pening.

Pagi-pagi lagi sudah ada manusia membuat hal. Elok sahaja aku menunggang motor berkelajuan 80km sejam, tiba-tiba satu lori masuk simpang kanan. Menggelepar manusia menekan brek masing-masing. Termasuklah diri aku sekali. Nyaris-nyaris jadi mangsa cium belakang tadi. Hadoi pening. Pening.

Dekat ofis pula lagi menguji keimanan dan kesabaran. Ada satu budak baru ni. Niat nak tolong menolong aku. Sekali tolong-punya-tolong bukan makin tolong tapi makin menyusahkan. Hadoi makin pening. Takpe sebab niat kau yang mulia. Sabau sabau.

Tapi kali ni aku tak boleh tahan. Pusing kanan. Pusing kiri. Pusing depan. Tapi bukan belakang. Tengok dia. Alih-alih mak bapaknya yang ada. Alamak ai ternyanyi lagu senario pula. Okay kita buat semula.

Aku pusing kanan. Pusing kiri. Tengok line clear. Tak tahan betul. Meja depan mata memang menguji kesabaran. Meja macam bantal. Letak kepala atas meja. Langsung tidur. Terus berehat kepala hotak. Hadoi! Bangun-bangun kepala hotak terus tak pening sebab dah nak balik kerja. Tahu-tahu saja kepala hotak bila perlu sihat.

9 comments:

Misshy Innz said...

alaaa, mesti kau dah train kepala kau macam tuh .
sebab tuh , bile nak balik, dia oke ;p

rafiq said...

aku train kepala aku supaya rajin dan bijak je. tapi dia degil sikit pulak.

.sweet-ants. said...

hihihi..lain kali selambe je la bawak bantal golek g opis selesa sikit kepala tu

p/s: eh formspring xleh bukak ke?

lyndaz said...

kasi pancung kepala hotak kau!
hahaha >.<

rafiq said...

sweet, haah pastu ngan selamba kena halau dengan mamat korea kan?

lyndaz, peh taliban!

@syikin said...

haha..bagus punye tolong....

K2r~90 said...

ELEH.. ala kate je ang ade pasang niat nak ponteng keje .. hak3x

oranglidi said...

cm gmpang punya pemandu lori. tak berhemah langsung. budak baru tu kau jentik siket. baru dia faham.

rafiq said...

syikin, tlong susahkan kan?

k2r, weh aku pning2 pun dtg keje gak tau..

oranglidi, aku ingt die pkai lesen bwk basikal kot.

jentik tak rasa. baik flying kick baru ade ummphh.