Saturday, April 23, 2011

Rajin sangat

Rajin juga aku dalam dua tiga minggu ni. Update blog memanjang. Kalah surat khabar kosmo! punya blog. Mesti menangis diorang tengok aku rajin.

Kalau ada pakcik-pakcik yang kaki blog tengok kerajinan macam aku sekarang ini mesti dia akan cakap macam ni,
'ish ish rajin betul budak Rafiq ni update blog. Boleh buat calon menantu!'

Lalu aku pun menghantar rombongan meminang tanda setuju menjadi menantu kepada pakcik tersebut. Okay-okay menggelabah. Tak pasal-pasal tiba-tiba nak kahwin terus.

Sebenarnya aku memang rajin dari dulu. Bukan mahu bangga diri. Tapi memang aku seorang yang rajin. Kalau lama aku tak update blog bermakna aku bukan malas tapi aku rajin kepada perkara lain. Aku akan rajin makan. Rajin tidur. Dan rajin termenung. Nampak tidak aku sentiasa rajin?

Maka sempena kerajinan aku ini. Aku nak umumkan lah bahawa aku akan berkahwin. Acah mak labu. Lagi sekali menggelabah nak kahwin. Sebenarnya nak umumkan aku hari ni kerja 16jam. Rehat hanya 8jam. 0kay itu saja.

Bapak ke lahai rajinnya!

P/s: penat-penat macam ni masih sempat layan blog. Setianya au au au.

8 comments:

lyndaz said...

rajin pulak nk komen kt cni..
ahahaha!

Misshy Innz said...

kalau ko kawin, aku rajin nak datang kenduri kau .

oranglidi said...

rajin gilo ko kejo.. baguh le. kang ada pakcik pakcik tengok buleh le dia amik ko menantu atas kerajinan dikau. hehe.

rajin termenung tu sangat bagus untuk kesihatan.

cik iman said...

rajinnya sy baca entry nie...

rafiq said...

lyndaz, tenkiu au au au..

innz, rajin ke idak. wajib datang tu!

oranglidi, aku paksa diri jadi rajin skg. nk cari duit nak kawin. au au au

iman, rajin2 la lain kali jugak au..

oranglidi said...

keh2.. kawen2..

K2r~90 said...

:::::Sebenarnya aku memang rajin dari dulu. Bukan mahu bangga diri. Tapi memang aku seorang yang rajin. Kalau lama aku tak update blog bermakna aku bukan malas tapi aku rajin kepada perkara lain. Aku akan rajin makan. Rajin tidur. Dan rajin termenung. Nampak tidak aku sentiasa rajin?:::


ni bukan ko y taip kan kan kan.. adek ko kan kan kan heheeh

ko kawen ajak aq weh nak makan kendurii

rafiq said...

orangldi, jom cari calon!

k2r, amboi kmain rajin ko copy ayat aku tu. memng ayt aku tu. takdo do adik aku de.

kawin wajib ajak punya!