Saturday, April 9, 2011

Perbezaan gaji buta dan gaji rabun

Hari ini kerja aku mengangkang sahaja. Bila sudah lenguh mengangkang, aku akan mencangkuk pula. Bila sudah puas mencangkung, aku meniarap pula. Begitulah seterusnya hingga habis waktu kerja.

Bukanlah aku makan gaji buta. Tetapi hari ini mesin berhenti. Orang kampung kata, machine stopped. Jadi aku tiada kerja perlu buat. Bukan salah aku. Sudah menjadi lumrah hidup apabila produk tiada. Kerja aku pun tiada. Jadi mungkin aku hanya makan gaji rabun sahaja. Tak buta mana la.

Selalunya waktu-waktu bosan begini selalunya tangan aku giat berfungsi. Bukan main mende alah tu. Aku selalunya akan menaip entri yang baru. Tetapi selalunya hanya taip di dalam telefon sahaja. Dan selalunya akan transfer ke komputer. Dan kemudian selalunya baru update dekat blog. Lebih kurang macam tu lah selalunya. Tak perlulah nak kira berapa banyak perkataan selalunya kan.

Kadang-kadang kalau tak tahan sangat bosan. Aku akan membiarkan mata aku tertutup untuk beberapa ketika. Bukan tidur. Tetapi hanya pejam mata sahaja. Ali tiada mahu teman aku membuka mata. Kalau tidur akan terasa makan gaji buta. Aku tak tidur. Cuma pejam mata.

Jadi apa perbezaan gaji buta dan gaji rabun? Tiada. Kedua-duanya sama sahaja. Cukup bulan duit masuk juga. Boleh beli Ali juga. Boleh makan juga. Boleh mandi juga. Boleh tidur juga. Tiada beza. Okay dah sudah tu melalut.

Ps. Bapak bosan. Entri pun terikut bosan.

Ps2. Terima kasih kepada semua kerana TERBACA entri ke laut ni.

14 comments:

Misshy Innz said...

rabun jauh ke dekat ?

rafiq said...

rabun tengah malam..

Freaky said...

haha yang penting bole beli ali jugak :D

oranglidi said...

haha. bagus la mesin tmpat keja ko tu. cer ko sabotaj mesin tu, nanti leh dapat byk gaji rabun.

sebenarnya gaji buta dan rabun ada bezanya. gaji buta memang tak elok manakala gaji rabun elok sikit. so aku pun terikut melalut.

CiK LeHa said...

huhuhu..
tul2...mmg sme jer antara gji ni...
pe yg pntg gji dpt isi poket..hehe..:)

Halimatun Sa'adiah said...

2 yg best keje kilang..kalo x de production,bleh wat xtvt...
2 namenye gaji celik tau!!

si cebbie cholet said...

makan gaji buta best!

vidadarisakura said...

kalau aku kasi buta ko best jugak ni.

rafiq said...

freaky, yup itu tk bleh tinggal..

oranglidi, kalau bleh hari2 sebelum masuk kerja sabotaj mesin dulu. mesti senyum memanjang.

leha, ni mesti kes terbungkang hari2 nih kan?

halimatun, em kerja kilang jugak ke?

si cebbie, ni pengalaman penuh di dada ni..

vi, berani? cubalah.. (nada iklan)

@syikin said...

boleh beli ali..boleh beli timah..kn?kN?pejam ngn tido msti jauh beze en>>

rafiq said...

wah peminat timah ni. boleh boleh. satu lori boleh beli. pejam tak tido. tapi tido mesti pejam.

@syikin said...

satu lori ek??kin nk satu kilang??haha gurau2..

rafiq said...

amboi banyaknye. nak meniaga ke.

@syikin said...

haha..kopi ni bukan untuk menggoda,sekadar nk berniaga(haha iklan kopi janda)haaha