Saturday, April 16, 2011

Pentingnya menggadai emas

First pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada seorang awek ni. Tak sangka betul. Blog cincai-cincai macam ni ada peminat. Tak sangka u. Satu penghargaan tu. Terima kasih ye Kin. I loveee...my mum. Okay kita tangguh dulu cerita tu.

Tadi dekat kilang lagi sekali aku kena soal.

Seorang rakan sekerja tanya, " Ko dah makan? ",

Aku jawab spontan, "Sudah."

Dia tanya lagi, " Orang rumah masak ke?"

Tak berapa spontan aku jawab, " Eh mak aku la masak. Aku mana kahwin lagi."

Haish. Memainkan jiwa dan perasaan lelaki betul. Petanda ni petanda.

.........

Okay sebenarnya hari ini aku mahu cerita tentang kilang aku. Kilang aku ini sangat bising tahu. Iya semua pun tahu semua kilang pun bising. Kalah bunyi pasar malam. Bunyi macam kapal mahu pecah. Sangat bising.

Tapi kilang aku ni lain sikit bisingnya. Tahap gaban pun tak bising macam dia. Dekat mana-mana kawasan kilang aku bunyinya sangat kuat. Sampai dalam surau tu pun yang sepatutnya senyap, tapi bunyi bising mengalahkan mak nenek punya mulut. Surau ada pintu tingkap tapi berlubang, macam mana bunyi tak macam kapal nak belayar kan.

Jadi bila bunyi bising ni pendengaran akan jadi kurang. Mungkin ada sesuatu yang tak disangka telah melekat di celah-celah telinga. Selalu kalau sebulan sekali korek telinga, tapi kalau duduk kilang ni kena 10kali sehari korek. Bunyi kuat cepat penuh emas di telinga. Aku tibai falfasah mana ni.

Tapi memang serius lah. Ada sekali terpegang telinga kerana gatal. Tahu-tahu ada emas. Terus aku punch card balik rumah. Kemudian keluar balik pergi pajak gadai. Aku gadai emas aku dapat tadi. Dapat juga hendak beli sesuap nasi pataya. Terus gembira di hati. Okay mengarut.

Yang ni betul serius. Kalau tak gadai emas memang berisiko tinggi. Cuba bayangkan kau tengah duduk-duduk. Tiba-tiba seorang datang cakap, " Cepat lari ada kebakaran!"

Pastu, kau jawab " Mana? Mana ikan bakar? Sedapnya."

Nampak sudah jadi kekeliruan di situ. Itulah jadinya. Bahaya betul. Ini pasti kes tak gadai emas. Lepas itu salahkan kilang. Kilang la ni. Bising sangat!

12 comments:

IMANSHAH said...

kita bako kita bako kilang

K2r~90 said...

oo ade ea orng gitu x


bape clear kot orng tu ckp..

oranglidi said...

hahahahhaha.. emas dalam telinga ko buleh buat menabung. bek ko beli dinar emas guna emas ko tu.

sjak 2 menjak asik crita pasai kawen. ada apa2 ke ni?haha

Misshy Innz said...

emas mhl sekarang .
molek sgt ler kau pergi gadai emas kau tuh .


geli lahh weyh . bhahah !

VFN said...

rentung!

myMOONyet ♥ JGS oppa :P said...

aku takdo emas nak di gadai kan xD

.sweet-ants. said...

muda2 lg dah pekak. time keje pakai earfon dgr radio lah. ke tembus jgk?

Liquid said...

dah kaya jangan lupa aku

K2r~90 said...

weh aq ade emas
ko nak x gadai wat hantaran kawen ko keh3x

rafiq said...

imanshah, bako!!!

k2r, ade. die pasal byk emas la tu..

orangldi, amboi dinar emas pun boleh beli. aku rasa macam tak lama je nak kawin la. haishhh

innz, nak rasa emas aku?

faryn, bako la! bako!

mymoonyet, aku bagi emas aku nak tak?

sweet, mana tau aku muda? aku tak suka dengar radio. rela biarkan jadi emas.

liquid, dah miskin pun aku pasti tak lupa kau pren.

k2r, wah nak support ke. boleh gak kalau emas ko laku.

K2r~90 said...

haish.. jgn pndang rendah pade harte pusake ku neh hehe tapi nengok lu ah berbaloi ke idok aq nak kasi ang neh .. mcm x je

rafiq said...

amboi kmain megah ngan emas ko ye. cenggitu ko tkyah keje la. ari2 korek emas boleh jadi kaya..