Sunday, April 3, 2011

Nasihat buat kawan

Siput.
Kau memang hensem. Hensem gila. Muka kau memang pasar lah. Kalah brekpit. Kalau aweks pandang kau mesti cair macam aiskrim kena hair dryer. Hensem gila babeng. Tapi hari ni? Kau tak hensem langsung. Tengok kau rasa nak penampar. Bukan kata brekpit, berukpit pun lagi lawa daripada kau.

Siput,
Kau memang rajin. Nak dibanding dengan sejuta ekor semut. Sejuta ekor semut pun tak rajin macam kau. Setiap masa pasti kau melakukan kerja-kerja merajin. Terbeliak biji hidung aku tengok kerajinan kau. Tapi hari ni? Kau pemalas. Kau tak rajin. Macam keldai malasnya kau ni. Aku rasa nak tebuk saja hidung kau guna cincin dan tarik kuat-kuat nak bagi kau rajin sikit.

Siput.
Kau kuat. Tengok badan yang ketul-ketul tu memang buatkan datin-datin tergoda. Jangan kata john cena, malek noor pun kalah dengan kesasaan badan kau. Orang kampung aku kata your body is very tough dude. Tapi hari ni? Badan kau macam cacing. Lembik. Lemau. Limau. Oren. Sunquick. Tak berselera aku tengok badan kau.

Siput.
Sebenarnya aku bukan jeles siput. Sebenarnya bukan kau tak hensem. Bukan tak rajin. Bukan tak kuat. Kau memang hensem, rajin, dan kuat. Tapi hari ni mulut kau berbau siput. Tiada guna hensem mana pun. Tiada guna rajin mana pun. Tiada guna kuat mana pun.

Siput.
Tolonglah gosok gigi betul-betul. Aku tak tahan.

5 comments:

oranglidi said...

ni siput jenis ape? sedut ke?

kirim salam kat siput. kalu ko nak tau sungai siput merupakan tempat bersejarahh.

rafiq said...

siput ni kata ganti nama. sopan sikit letak nama siput kan.

K2r~90 said...

siput...


tolong la





tolong la





tolong laa




jangan bemimpi disiang hary

K2r~90 said...

keh3x

rafiq said...

kenal ngan siput?