Thursday, April 14, 2011

Merisik melalui blog boleh?

Sejak dua menjak tiga menjak ini aku merasakan diri aku terlalu tua. Bukan kerana aku selalu dipanggil dengan abang hensem. Dan razman dipanggil abang tak hensem. Tetapi oleh kerana beberapa soalan yang diajukan kepada aku.

Seingat aku dalam minggu ini sahaja ada tiga orang menanyakan soalan yang sama. Soalannya ialah, 'kau dah kahwin ke belum?'. Lalu dengan jujur aku menjawab, 'sudah tentu belum berkahwin dua'. Benar. Kahwin satu pun belum lagi.

Dari umur aku yang baru mencecah 21tahun 8bulan ini. Aku rasa masih terlalu muda untuk berumah tangga. Dari raut wajah, aku merasakan diri aku masih terlalu comel dan bergetah. Tidak tahu pandangan orang seperti aku sudah berkahwin. Ini dikatakan mungkin muka aku sudah matang. Dan aku sudah layak berkahwin. Dan bermakna aku perlu membuat persediaan atas segala kemungkinan.

Langkah pertama aku perlu buat aku rasa ialah, mungkin aku perlu perkenalkan blog calon menantu dekat orang tua aku. Ada sesiapa setuju tak?

Ps. Muka saja matang tapi jiwa tak matang macam mana kan?

Ps2. Seram bila dengar lelaki sebaya aku yang sudah berkahwin. Dan sudah pun berpisah.

Ps3. Kemain ps aku ni dah macam ruangan pancaindera. Kantoi selalu baca bisik-bisik.

17 comments:

Misshy Innz said...

maju bebeno ko ye. merisik guna blog. adehh .

rafiq said...

ko nak jadi saksinya tak?

oranglidi said...

wahhh.. ko minat vivi yeee??

bagus2, ak suka kejujuran ko. ak stuju calon nya tapi aku dgr2 vivi dah brpunya.

dah x lama la tu ko bakal kawen.

Freaky said...

ilek dulu bro. awal lg nak kawen ... enjoy dulu :D

vidadarisakura said...

ko mau merasa sepakan padu maut laju-laju? cakap awal2. karang aku pos. haha

DuniakuAbstrak said...

benda elok jangan d tangguh

Raihana Izzati said...

raihanaizzati/13tahun/sarawak/1300-88-2525

kena ada wali hakim


















































LOL

@syikin said...

hehe..merisik gune blog..ala rafiq..rilex je..klu da sampai mase..kawin jgk..stakat br umo 21 tahun..tramat la muda dan bergetah gitu..tarik cket muke tu..bley wt chewing gum!!xcye??try!

K2r~90 said...

ayat kene power der..
















nak tipz mintak er kat guwa hehehe guwa suke satu kan dua hati neh

K2r~90 said...

eh jap jap..






pss... kalo aq pown nak melamor gune blog kat laki pelik dok bunyinyew?

nurain said...

aku nak cakap satu je.

21 taun utk laki mude la.adeh~

rafiq said...

oranglidi, aiseh ye ke tidak ni dah berpunya. cakap la tidak pelis.

freaky, ye ye kita enjoy!

vi, oh my darling. belum apa-apa dah nak bagi sepakan manja.

duniaabstrak, yah, betol 200peratos!

raihana, amboi merisik kena bagi pizza dulu ya.

syikin, ade jodoh tak kemana kan. dah try tarik terkoyak pulak. camne ni?

k2r, ok hantar rombongan pergi umah vvi.

ha melamar laki? buang tebihat ke.

nurain, aku muda. kan?

oranglidi said...

kaahahahhahah.. apa salahnya dia mlamar laki2. ada kot.

Raihana Izzati said...

lorh.caya btol ke?

xde 1 pun info kt situ btol.

im not 13.LOL

@syikin said...

terkoyak??tampal balik!!baru awet muda kn??hehe

rafiq said...

oranglidi dan k2r, serius aku tak tahu sebelum ni propaganda ialah perempuan. aku ingat lelaki. baru perasan masa dekat formspring!

raihana, tak caya pun dekat nombo piza tu. tp tgk pic memg ade gaye 13.

kin, nak tampal guna apa?

@syikin said...

gune ape??ali satu lori ckup kot??