Friday, April 1, 2011

Luahan dari anak kecil

Kedengaran azan di surau sudah menandakan waktu zuhur. Dia masih lagi bersama ayahnya. Anak kecil yang masih tidak mengerti apa makna kehidupan. Sentiasa bersama ayah. Tak lekang dari pelukan ayah.

Ayah masuk kedalam surau setelah mengambil wuduk. Anak kecil masih lagi duduk ditepi pintu menunnggu sambil memerhatikan setiap pergerakan ayah. Iqamat sudah berkumandang.

Anak kecil didukung oleh ayah ke tempat solat. Tidak boleh renggang. Anak kecil diletakkan disisi ayah. Anak kecil mula menangis.

" Allahhuakbar!"

Imam memulakan solat. Ayah mahu menyambut takbir imam. Hatinya sangat berharap untuk segera bersolat. Namun anak kecil masih menangis. Didukung kembali oleh ayah. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga anak " Allahhuakbar Allahhuakbar " sambil membuat isyarat takbir. Diletakkan semula anak ke sisi ayah. Namun masih menangis. Didukung kembali oleh ayah. Ayah berbisik lagi pada anak. Dalam hatinya penuh berdoa pada Ilahi agar anaknya diam. Diletakkan semula anak di sisi ayah. Beberapa saat telah berlalu. Ketinggalan beberapa ketika bersama imam.

Anak kecil mula memahami. Anak sudah mulai diam.

Ayah dapat bersolat sehingga selesai.

Ayah, sesungguhnya engkaulah kasih sayangku.
Berkorban apa juga ketika demi menjagaku.
Membakar diri demi menyalakan aku.
Engkaulah yang menerangi hidupku.
Tanpa kau tiadalah kenal kasih sayang.
Tanpa kau tiadalah aku sekarang.

Ayah, engkau lah pelita hidupku. Sungguh besar pengorbanan engkau membesarkan aku. Kau telan segala kepayahan menjaga aku. Takkan aku lupa jasamu ayah. Kerana engkaulah yang aku sayangi.

Dari anak kecil yang masih tidak pandai berlari.

4 comments:

Frodo said...

kirim salam ayahnya ...
tetiba insaf baca keh3x

oranglidi said...

terkedu aku baca. manja lagi x anak kecil tu skang?

Razman said...

kau ni kecik2 dah setan kacau orang sembahyang.

rafiq said...

frodo, kau pernah la tu kan.

oranglidi, manja samgat.

razman, cis.. setan kau!