Amboi tajuk. Kemain barat lagi. Umpama menaip di dalam salji. Baru-baru ini aku terjumpa seorang remaja. Berumur lebih kurang 18 tahun. Aku tak pasti angka sebenar. Yang pastinya bukan sebaya razman yang berlagak sweet 18. Dia mengadu pada aku,

' Susah betul jadi pelajar, duduk rumah sewa nak bayar, makan tak cukup, minum tak cukup. '

Bila dengar aduan rakyat remaja itu teringat aku masa aku menjadi pelajar politeknik dahulu. Hidup dalam kemiskinan. Bulan pertama dapat ptptn masing-masing berlagak makan kedai. Orang lain makan nasi diorang makan kedai. Banyak duit lah katakan.

Tapi bila nak habis semester, masing-masing duit pun dah habis. Hujung-hujung semester dirasakan seperti berada di hujung-hujung nyawa. Hendak beli megi sedap pun fikir 5 6 kali. Apatah lagi hendak beli nasi. Mahu fikir 20 30 kali. Kadang-kadang fikir sampai dua tiga hari hendak beli nasi atau tidak. Padahal tidak sedar sudah tiga hari tak makan kerana terlalu lama berfikir.

Masa inilah selalu digunakan oleh pelajar-pelajar untuk membanyakkan amalan pada Ilahi. Berpuasa sunat setiap hari. Bila puasa di samping menambah pahala, kos untuk makan akan jimat sedikit. Itupun berbuka makan nasi berlauk kicap. Tragis bukan?

Tapi aku bersyukur kerana dalam pada tak cukup makan, tak cukup minum, tak cukup berak, aku ada seorang kawan yang sangat berkorban untuk aku. Selalunya bila aku TIADA duit, pasti dia ADA duit. Tetapi setiap kali dia makan, pasti aku juga dapat makan.

Dan pada masa inilah juga kita dapat mencari siapa kawan kita yang sebenar. Sanggup bersusah dan bersenang demi kawannya. Penghargaan yang terbesar sekali,


Mohd Naqib bin Nahar. Kau adalah kawan sejati. 0ps sori, dia takde blog ok.

Lalu aku beritahu remaja yang mengadu pada aku tadi,

' Baguslah takde duit, nanti kau akan jumpa siapa kawan kau yang sebenar. Itulah kawan sejati.'

13 Comments

komen sikit?

oranglidi said…
makan nasik dgn kicap tu memang mkanan ruji aku jugak lah. hehe.

wah, bagus ade member mcm mohd naqib bin nahar tu ye.

razman? tajuk blog pun dah namzar88. terang2 lahir taun 88. kah3. tak ke dia sedar bahwa dia dah mencapai tahap akil baligh kuasa dua?
kero - chan said…
lawak seh entry nie...enjoy it..
by the way...mmg laptop sy yg ade problem coz bole je install bband kt laptop lain...
oranglidi, mesti kompem kau kurus kan duduk rumah sewa.

mestila bagus membe aku. ko ade?

razman memang sejak azali lagi suka perasan.

cik iman, tenks menyokong. so kena wat sesuatu ngan laptop tu. cam sy ckp ari tu.
MR. SYAH said…
betul tu.. setuju..
Anonymous said…
hai...best btol baca pengalaman org...xlame lg kin pun nak bersedia r sambung blaja...jgn blagak mkn kedai,tp blagak mkn kt kdai bley kot??huhu..anyway bley wt pngajaran kt kin supaya berjimat nanti..thanx...
K2r~90 said…
weh .. tak sangke aq pon da nampak kwn y sentiase bantu aq time aq ngan sengkek ginie..


HAHA sekali x terpikir plak aq puase kan..



siyes entry ni wat aq ase terkrne pade diri aq plak =)
mr, syah. terima kasih :)

kin, hai kenal ke? kalau belagak makan kat kedai nanti tu yang makan ubi kayu belakang umah je nanti,

k2r, pengalaman jadi pelajar macam ni la kan. mesti ade time susah sikit maa.
asdasda said…
sy knl jejaka naqib i2..hehe..
kem slm kt die ek..hu..
mmg tul pn ble ssh kte tau sape kwn kte sbnr kn..
nanti sy kirimkan. cube tny kawan mane yg sgup tk mkn demi kwn. die memg kwn sjati.
K2r~90 said…
betui2x.. aq pown ngah merajenkan diri ganty pose weh keh3x
k2r, ganti sakit perut ari tu ek? baguih2..
Previous Post Next Post