Wednesday, April 27, 2011

Bukan nak jadi ustat.

Hari ini sungguh tenang sekali. Tiba-tiba timbul rasa keinsafan dekat diri aku. Lepas solat zuhur siang tadi. Aku terasa mahu berkongsi sedikit. Aku inginlah buat satu kisah yang serius sikit.

Waktu hampir menjelang zuhur,

' Dan, mat, jom pergi surau! '

' Ok ok pegi dulu. Jap lagi aku sampai. '

Lepas selesai zuhur,

' Eh mane korang? Tak nampak pun kat surau?'

' .............. '

Sampai ke sudah lah jawapnya duduk melepak.

Dulu sebelum aku belajar mengenal dunia. Masa tu jiwa masih suci. Otak jernih. Hati bersih saja. Jika tengok orang tak sembahyang mesti akan cakap,

' Ya Allah apa nak jadi dengan awak ni? Tak sembahyang lagi. Cepat pergi sembahyang!

Tetapi sekarang bila dah kenal dengan dunia. Kenal orang tu. Kenal orang ni. Tahu orang tu. Tahu orang ni. Jadi bila sampai satu keadaan yang orang buat endah tak endah je sembahyang. Mula-mula tu marah juga.

' Kenapalah dia ni tak sembahyang. Nak jadi orang apa ni?'

Tetapi lama-kelamaan sampai tak larat nak marah. Bukan tak tahu. Tahu sembahyang tu wajib. Tahu tinggal sembahyang tu dosa besar. Tapi kenapa tinggal juga. Tinggal-tinggal sembahyang ni jadi perkara biasa untuk mereka.

Ada satu kisah. Satu ketika aku duduk di kantin kilang tempat aku bekerja. Tengah duduk-duduk terdengar perbualan beberapa pekerja yang duduk berhadapan meja aku.

Semuanya berumur dalam linkungan 20an ke 30an. Masing-masing berpakaian ala-ala rock. Sepanjang diorang berborak aku dapat tangkap salah sorang dari pekerja tu nasihat rakan seorang lagi yang bernama Li (nama panggilan).

' Kau berhenti-henti la minum. Tu raja segala maksiat kau tahu tak. Ni dengan telinga berlubang-lubang ni. Macam mana nak jadi wali dekat anak kau. Bawak-bawak lah bertaubat Li.'

Maka sekarang bila sudah kenal dunia. Aku tahu apa yang berlaku di sini atau di sana. Memang tak semua dapat ikut perintahNya. Semua tahu hukum dan batasan. Apa yang baik dan buruk. Tetapi tanpa ada iman yang sempurna. Memang susah untuk kita ikut apa yang dikehendaki olehNya. Baru-baru ini timbul dalam hati aku bila lihat orang yang tak sembahyang aku seperti mahu ulang ayat yang aku pernah cakap sebelum aku kenal dunia lagi.

Aku kesian...

Pesanan untuk kita semua. Sama-sama kita menginsafi diri. Saya bukan ustat. Saya baru nak stat.

15 comments:

DuniakuAbstrak said...

baik

rafiq said...

sangat baik komen.

Misshy Innz said...

Saya bukan ustat. Saya baru nak stat.

ni kenapa elok3 series tiba tiba aku tergelak pulak baca ayat last ?

rafiq said...

yang last tu ko series tak berapa elok la tu.

Freaky said...

kadang2 mereka lalai. jadi kite yang x lalai perlu selalu memberi peringatan tanpa jemu kepada mereka :)

K2r~90 said...

yup.,, weh aq ngah tertydo time ko publish ni ..

lelaki menjadi pemimpin kluarge..
tp x ramai y boleh memimpin


baik betui orng bername rafiq bagus 2x

^ Uncle Syaf ^ said...

last word tu terbaek.... bukan ustaz tapi baru nk start :)


btw, betul 2, kekadang kite teralpha dengan Pencipta kita sedangkan Die yang bagi ni semue kat kite....walaupun kekadang tahu tapi masih leka...semoge kite diberi kekuatan...

cik helena said...

bukan nal berlagak baik atau alim.tp kite juga sedang menuju ke arah itu..kan??

terbaik! :D

DuniakuAbstrak said...

Kita risaukan orang lain tapi orang tu tak risau kepada diri sendiri, prihatin tu bagus, boleh menjaga orang di sekitar kita, kita jaga org, nanti ada lah org jaga kita.

@syikin said...

bagus..mari kita same2 bersihkan jiwa..dunia yg kita knl bukan dunia..hakikatnya dunia yg SATU kita blum jumpe...

oranglidi said...

bgus2. entri yg bermanfaat.

vidadarisakura said...

baiklah.

kema said...

salam rafiq....

berubah kearah kebaikan kan..

rafiq said...

freaky, dengan harapan mereka juga akan mengingatkan kita bila kita lalai kan?

k2r, awal tidoq na. memang ramai. ya kalau pemimpin pun tak kuat, apatah lagi yang dipimpin. aik, macam cari calon pemimpin je?

uncle, betul tu. tu yang kita risau. semua tahu baik buruk. tapi kenapa masih tak ikut perintahNya. tulah tandanya iman lemah. sama2 la kita doakan yang baik.

cik helena, ya! banyakkan doa dan beramal.

ayul, jadi tanggungjawab kita orang Islam untuk tegur menegur kan. dan akhirnya untuk kebaikan kita sendiri. itu yg penting.

kin, hidup umpama menaiki kapal ke suatu tempat. dunia ni lautan. destinasi kita akhirat. jadi apa bekalan kita?

oranglidi, akhirnyaa. (senyum)

vivi, baiklah juga komen.

kema, wslm. ya. harap macam tu la.

dalilakadir said...

Saya bukan ustat. Saya baru nak stat.

style la ayat pak ustat