Monday, April 4, 2011

Aku cinta ali

Hari ini aku kerja malam. Mula pukul 12 malam. Aku kesepian. Lalu aku bawa Ali bersama aku ke tempat kerja. Aku biarkan Ali dalam bilik kaca. Boleh aku intai-intai dia. Hari semakin larut malam. Aku intai Ali dari jauh. Sungguh tergugat iman aku. Tengok kiri tengok kanan. Aku mendekati Ali. Tak tahan. Aku buka baju Ali.

Aku pegang Ali dengan penuh lembut. Oh memang lembut. Tidak menyempat. Aku ambil air panas. Letak dalam satu bekas. Aku mandikan Ali dengan laju. Untuk menikmati Ali dengan senikmatnya. Aku kacau air panas. Biar terkena anggota-anggota Ali sama rata. Ali selesai mandi. Bau Ali memang mengancam. Satu batu wangi.

Dengan ucapan bismillah, aku menikmati Ali.

'ummm, sedapnya Alicafe ni.'

Alicafe, kau lah peneman aku di tengah malam buta ini. Aku tak tahan minum kau. Bila bersama kau mata aku tahan dari mengantuk. Kau memang sedap. Beraroma. Naik bulu roma.

Pesanan penaja, minumlah Alicafe. Rasanya memang sedap. Bila sudah minum beritahu kawan sekerja atau kawan sebilik mahupun kawan sekolej yang Alicafe sangat sedap.

Dan kawan kau tanya kau balik, ' Betul ke sedap? Seyreh lah.'

Dan kau akan jawab,

' Iyee, serius sedap.'



Ini pilihan saya!

14 comments:

Freaky said...

sedap btol ke bro ? x pernah minum lagi

CiK LeHa said...

huhu..yela 2 wak...
ske ngt alicafe 2...
bosn2 xde kje kol la sye..hehehe..
kje molek2 deh..:)

K2r~90 said...

ceh.. x boley blah .. alicafe guwa pernha terminum tanpe sedari dulu

oranglidi said...

engko memang buleh jadi duta alicafe. gambar tu memang takleh blah.

lepas minum alicafe, kalu pegi kencing msti bau alicafe.

rafiq said...

freaky, iyee, serius sedap!

leha, ok takde maslh. tenkiu ek.

k2r, amacam rasanya? sedap kan.

oranglidi, ha aku baru nak tanya ko dah cakap. agak2 bila nak sign contract?

mestilah bau alicafe, takkan bau straawbeli lak.

VFN said...

agak2 kalau aku minum alicafe,apa jadi eh?

rafiq said...

faryn, jadi super powerr. tahan lebih lama.

oranglidi said...

kontrek jadi buruh kontraktor boleh la.

rafiq said...

almk buruh pun buruh la..

@syikin said...

haha...aku suka timah...cik timah...cik timah..full name kacip fatimah...huhu..kite jodohkn alii ngn timah r..

K2r~90 said...

HAHA aq ngaku ah ,, sedap gok ..











tapi aq ase mb kacip patimah lagi sedap kot sebab die ade rase masam2 sikit keh3x

rafiq said...

syikin, op lpe pompuan tak dibenarkan paai ali. cik timah no problem.

k2r, ha ko cube la. tengok badan luar biasa kuat.

K2r~90 said...

ceh x do pown .. lepas kawen kot nnty

rafiq said...

ko dah try? oih bahaye!