Tuesday, March 29, 2011

Kemain lagi disiplin mamat ni

Disiplin betul aku hari ini. Belum pukul 8 lagi sudah masuk kerja. Sudah lah semalam balik pukul 12. Tak hilang penat lagi sudah kena sambung kerja. Bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Memang tak dinafikan tahap disiplin aku semakin mendadak. Ni semua mesti sebab sekolah rendah aku masuk pengakap. Tak sia-sia aku jadi ketua pengakap sekolah rendah.

Aku masih ingat lagi. Ada satu perjumpaan pengakap. Masa tu ketua belum dilantik lagi. Cikgu suruh ahli-ahli pengakap buat kumpulan dan setiap orang kena beri arahan dalam barisan.

Semua bukan main bersemangat lagi beri arahan. Lagak macam komander diraja Malaysia. Termasuklah aku-aku sekali.

Semua kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing memberi arahan kawad. Bila tiba giliran aku, aku pun memberi arahan dengan sekuat hati, sekuat halilintar dan sekuat harimau.

'Barisss...! Barrrisss sedia!

'Barisss...! Senanggg diri!

'Baris akan bergerak ke hadapan ke kanannn pusing!'

Tiba-tiba cikgu suruh berhenti.

' Fuh, sedap suara kamu. Boleh jadi ketua ni.'

Aku terkaku sekejap sambil membayangkan lagu 'gemilang by jaclin victor'.

'0kay lepas ini ketua kamu semua rafiq. Rafiq, kamu saya lantik jadi ketua pengakap.'

Aku senyum. Dengan muka bangga minta penampar. Aku menerima lamaran cikgu untuk menjadi ketua. Mana tak bangga. Baru keluar suara sudah nampak disiplin. Belum berjalan hentak-hentak kaki lagi.

Hasilnya baru aku sedar sekarang. Disebabkan menjadi ketua pengakap dahulu, aku telah menjadi disiplin di tempat kerja.

Ps- Aku menaip ini ketika waktu kerja. Takpe aku masih disiplin. Amboi kemain lagi disiplinnya.

6 comments:

oranglidi said...

siot je. disiplin cicak ngko. hahahahahahh! kalu gitu nanti depan perdana menteri ko buat camtu. mana tau die lantik ko ketua pembangkang. huhahuhahuaha..

aku time prektikel aritu kaw2 gak kena keja. dahla naik moto dari wangsamaju ke bangsar. sial punya jauh. balik lwat malam.

mencurah air di daun keladi sangat nyah.

rafiq said...

bahaya weh, aku risau pm letak jawatan pulak suruh aku ganti dia.

kesian kau dpt kerje macam aku. macam hambe dah aku tengok ko ni.

eh sori sy tk pegi sekolah dulu.

ama said...

hekeleh,

Liquid said...

nnt mamat korea tu bagi ko ganti tmpt dia sbb ko amat berdisplin pd pendapat aku

Razman said...

waktu dapat gaji pun kemain lagi taknak roger belanja.

rafiq said...

ama, hok aloh?

liquid, pendapat ko tu mcm tak bleh pkai je?

razman, pe barang belanje yg ade misai.