Thursday, March 31, 2011

Jaga kau jaga

Asal buka blog sahaja mesti tengok komen. Tengok ramai tidak orang komen pada entri terakhir. Bila ramai orang komen baru ada semangat buat entri baru. Tetapi bila tidak ramai orang komen terus tidak bersemangat lalu shut down komputer. Okay tidak lah. Buat entri baru juga walaupun macam mana. Barulah dinamakan blogger sejati kan.

Tetapi masalah yang aku hadapi sekarang ialah tahap kelembapan internet yang sangat tinggi. Orang kampung aku kata, the level of internet moisture was very high. Orang kampung aku memang pandai cakap orang putih-translate-sepatah-sepatah.

Jadi bila internet terlalu lembap akan menyebabkan aku hanya boleh menekan button komen. Dan menunggu sehingga lebam komen-komen. Tetapi tidak juga keluar. Dan akhirnya akan keluar connection error.

Ini menyebabkan aku tidak dapat untuk membalas komen-komen terutama komen oranglidi yang selalu menyokong aku. (Di kesempatan ini aku mengucapkan terima kasih oranglidi kerana masih menyokong dari dulu sehingga kini).

Hah komen sendiri pun tidak boleh baca. Apatah lagi ingin membuka komen orang lain. Yang boleh hanyalah membaca entri-entri melalui blog rakan-rakan blog. Lalu baca dan tidak boleh komen. Hajat dihati memang mahu komen. Terutama kalau ada blogger-blogger yang poyo. Sebagai contoh, razman.

Tak percaya? Aku pernah tanya seorang kawan aku di pengajian dulu.

'Mat, ko pernah baca tak blog razman?'

'Razman? Razman yang mana ek?'

'Ala blogger yang duduk raub tu.'

'Oh razman yang poyo tu ke. Pernah-pernah. Poyo hensem lah dia tu.'

'Haah memang pun', (bukan aku jawab).

Jadi kesimpulannya aku boleh komen dekat entri aku sahaja sebagai ganti komen dekat blog rakan-rakan. Walaupun nampak seperti mustahil. Tapi itulah kata orang, kalau takut bau sampah, jgn bekerja dengan lori sampah. Jadi tiada apa yang mustahil di dunia ini. Tunggulah sahaja komen-komen dekat blog ini yang akan menyusul nanti.

9 comments:

Razman said...

ba alif ba ya BERUK. siapa yang bersuara tu? meh aku sikukan biji mata.

rafiq said...

eh kau razman ke. aku tak letak link kau pun kat situ.

Misshy Innz said...

takpe. aku maafkan ;p

vidadarisakura said...

aku baru jak mau komen. tapi terus kensel.

oranglidi said...

hahahahaha. masa ko baca blog razman, ko kena membayangkan diri ko sebagai razman. barulah tak rasa poyo. hehe.

rafiq said...

innz, eh takpe2. janganlah.

vi, aku terus kensel nak reply komen kau. jaga kau nanti.

oranglidi, ko selalu bayangkan ke. tak rasa diri macam nak termuntah?

ama said...

bangga aku,
orang kampung dah pandai guna bahasa omputeh

oranglidi said...

haaha. rasa gak

rafiq said...

ama, orang kmpung lg pandai sebenarnya kalau nak tahu.

oranglidi, ha so lu fikir lah sendiri.