Thursday, July 29, 2010

Cakap sedikit

Hai semua...!

Pasti ramai yang tertanya-tanya ke mana aku menghilang selama ini (perasan). Sebenarnya aku sibuk bekerja untuk mencari duit. Kerja yang aku lakukan adalah seperti mengepam tayar kereta api, mengira bulu biri-biri, dan sebagainya.

Sekarang sudah banyak duit yang aku dapat. Terus terang aku katakan aku bukan tidak mahu belanja kamu. Cuma aku malas sahaja.

Kamu tahu lah puasa sudah hampir. Aku sebenarnya mahu membuka perniagaan di bazar ramadhan. Sungguh malang sekali dahulu impian meniaga apam balik tidak kesampaian atas hal-hal yang tak dapat dielakkan. Jadi aku harap pasti menjadi impian membuka bazar ramadhan ini.


Jadi bagi yang duduk jauh dari bentong aku mahu menjemputlah membeli kurma, minuman, coklat di gerai aku. Bagi yang duduk dekat pula aku paksa kamu datang gerai aku beli. Siapa tak beli dia tak boleh raya.

Friday, July 9, 2010

Apa guna berumur tua?

Sejak umurku mencecah 21 tahun ini. Aku rasa fikiranku sudah matang. Sudah boleh bercakap mengenai kahwin. Cuma ada beberapa lagi rakanku yang aku rasa tidak cukup matang lagi. Kerana pisang sebiji sahaja mahu sampai bunuh-bunuh.

Sebenarnya umurku belum sampai 21 lagi. Sengaja beritahu sebulan awal. Aku bukan mahu minta hadiah atau apa. Aku tak minta kamu beri hadiah di alamat ini. 72,sungai marong. Oh baiklah, nampak sangat seperti mahu hadiah. Serius aku tidak mahu hadiah dari kamu. Jika kamu beri, aku tidak akan menerimanya. Aku akan pulangkan semula sampulnya sahaja.

Mengikut otak kiriku yang berkata. Aku sudah boleh berkahwin. Umurku sangat secocok dengan lisa surihani. Jangan berkata apa-apa lagi. Alahai perbezaan umur hanyalah angka. Jodoh hanya tuhan yang menentukan. Nampak tidak aku berpeluang mengahwini lisa?

Tetapi otak kananku memberi pendapat yang berlainan. Aku lebih selamat jika berkahwin dengan janda. Cuma perlu pastikan janda itu kaya. Bukan kerana aku mahukan harta dia. Tetapi mahu pastikan dia ada wang untuk aku. Jika kamu perasan, wang dan harta adalah perkara yang hampir sama.

Setelah difikir-fikir semula. Sebenarnya aku masih tidak boleh berkahwin. Bukan disebabkan kerana aku tidak mempunyai kerja tetap. Duit masih boleh dicari. Tetapi aku lebih mementingkan anak-anak. Aku mahu pastikan kewangan aku kukuh. Bermakna aku perlu ada kerja yang tetap dahulu sebelum berkahwin. Baiklah. Sekarang aku rasa sudah cukup matang.

Friday, July 2, 2010

Mahu jadi jutawan?

Mula-mula rasanya banyak idea hendak tulis. Tapi bila dah mula menaip pagi-pagi ni tiba-tiba rasa idea hilang. Jadi terus off9 dan tidur. Okay pedaah. Aku tulis juga. (aku tidak faham kenapa offline disamakan dengan offnine).

Semakin hari aku rasa hidup semakin sunyi. Rasa sungguh sepi sekali. Mungkin sebab aku tiada isteri. Jadi semalam telah mengajak seseorang berkahwin. Dia tolak. Aku tidak faham mengapa. Orlando Bloom dengan aku bukanlah jauh beza. Cuma dia(Orlando Bloom) berkulit gelap sedikit dari aku.

Sekarang ini aku gigih mencari rezeki untuk masa depan anak-anak. Walaupun aku masih belum mempunyai anak. Malah belum berkahwin juga. Tapi aku telah menyimpan wang sedikit demi memikirkan masa depan. Teringat kata-kata seorang pakcik,

" Awak mesti ada target untuk masa depan. Sekurang-kurangnya setiap pendapatan kita mesti simpan 30peratus. Dalam umur 40tahun sepatutnya simpanan kita sudah ada rm500 ribu. Dan mencecah 50 tahun kita sudah menyimpan sebanyak 1 juta. "

Okay, fine!

Bila buat kira-kira.

Mungkin nuffnang aku boleh capai target ini. Sebulan nuffnang sudah dapat rm0.05. Jadi dalam masa 50tahun lagi nuffnang sudah mencapai rm0.05 x 600bulan = rm30.00.

Okay rm 30.00.

Simpan saja hasrat 50 tahun menjadi jutawan.

Iya-iya baiklah aku faham. Mengumpul duit nuffnang memanglah tidak segigih mana. Hendak diharap dengan blog yang pemalas ini tidak boleh mencapai target.

Jadi sekarang aku sudah menjadi seorang buruh binaan. Tugas aku membuat buruh semasa binaan. Eh tidaklah. (hanya bergurau). Kerja aku membuat papan lantai. Menampal papan lantai. Memasang skirt pada dinding. Dan sebagainya. Dan bermakna bertambah sibuklah aku. (ini serius).

Dan iya, ini juga sebab aku tidak boleh update selalu selepas ini. Baik. Pasti menjadi jutawan pada usia 50.