Saturday, June 26, 2010

Saja nak beritahu

Aku ada sebuah blog. Namanya about aku. Tapi sayang blog itu sudah lama tidak update. Aku sudah berkali-kali menyuruh tuan blog itu mengupdate. Ada saja alasan dia tidak mahu update.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim bola. Ramai orang pergi menonton bola sepak. Okay baiklah. Bukan ini sebenarnya aku mahu beritahu.

Oh terasa kekok sekali mahu menaip. Sudah beribu tahun tidak menaip. Baiklah mari mulakan semula.

Buat pengetahuan semua, sekarang ini musim tidur. Ramai orang (aku) asyik tidur sahaja. Baiklah sebenarnya aku sekarang sudah berada di perbandaran bentong. Hampir beberapa hari yang lalu aku sudah berada di sini.

Sukma sudah habis. Bermakna kerjaya sebagai sukarelawan juga sudah tamat. Aku sudah kembali menjadi penganggur. Huray mari bersorak!! (kecewa). Aku tidak mahu menganggur.

Aku masih lagi menunggu lesen perniagaan yang belum diluluskan. Benarlah kata orang tua, penantian satu penyiksaan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Oh tiada idea mahu memberi pepatah, jadi beri sahaja yang terlintas di fikiran.

Baru-baru ini aku telah berpeluang jumpa kawan-kawan lama. Sungguh terharu sekali. Rasa mahu menangis sahaja. Bila fikir sudah besar. Tidak jadi nangis.





Oleh kerana aku sangat rajin. Jadi letak dua keping gambar sahaja. Reunion sekolah rendah. Masa kecil aku tengok mereka ini semuanya ada hingus. Sekarang sudah tukar jadi tahi hidung. Oh maaf kerana berterus terang.

Sangat gembira kerana dapat jumpa mereka semua. Terharunya. Oh gembiranya. Rasa mahu jumpa lagi jika ada peluang. Oh sungguh berbunga sekali ayat ini. Tolong tampar penulis jika boleh.

Cukuplah sampai disini sahaja. Bimbang juga penulis bertambah mengada.

Saturday, June 12, 2010

Sukma Malaysia ke-13

Semua orang pernah ada rasa rindu. Begitu juga aku. Tapi ini bukan pada bayangan yant tidak pasti. Ini rindu kerana sudah lama tidak update blog. Aku mempunyai niat untuk mengupdate blog setiap hari. Tetapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Niat aku mahu mengupdate blog setiap hari tidak pernah kesampaian.

Setiap hari pasti ada perkara mungkin akan membuatkan seseorang itu berasa sibuk samada secara sengaja atau tidak sengaja. macam aku sekarang ini. Sibuk sahaja akan datang. Fuh kemain lagi aku menerangkan tentang kesibukan aku.

Sebenarnya aku sekarang telah mendapat pekerjaan. HOYEAHHH HOYEAHHH!!
Aku sekarang berada di SUKMA MALAYSIA KE-13 di Melaka. Aku berjaya menjadi sukarelawan. Hari itu aku pernah hampir kecewa kerana penyertaan aku mungkin telah penuh. Tapi tiba-tiba mendapat panggilan lewat pukul 2 pagi dari pejabat katanya ada lagi kekosongan untuk sukarelawan.

Punya semangat aku hendak bekerja. Apam balik ditinggalkan. Pukul 3 pagi bergerak dari bentong ke Melaka berseorang diri. Sampai dah dekat pukul 6.

Esok akan bermula perlawanan-perlawanan dekat stadium hang jebat. Aku pula bekerja dekat stadium ini. Jadi mungkin akan lebih sibuk lagi. Sekarang ini mungkin telah mencuri masa bekerja.hehehe

Malam ini adalah perasmian SUKMA. Jadi mari sama-sama datang ke stadium untuk memeriahkan suasana. Sesiapa tak dapat datang boleh jumpa aku dekat dalam media massa.

Friday, June 4, 2010

Mak saya

Sekarang ini zaman sudah berubah. Dunia sudah maju. Lihat sajalah sekejap sahaja boleh cari kawan yang sudah beribu tahun tidak jumpa. Buka sahaja facebook dan taip nama sekolah atau nama kawan kita sudah boleh jumpa mereka sekelip mata. Lebih canggih lagi boleh letak gambar masa sekolah dulu-dulu sampai kita sendiri lupa rupa sendiri.

Atas dasar kemajuan ini nampaknya mak aku sendiri telah membuka facebook beliau. Oh nampaknya selepas ini tak boleh mengorat anak dara lagi. Karang tak pasal-pasal kena maki dengan emak melalui komen facebook. Tambah-tambah lagi emak terus mahu add anak dara tersebut. Matilah aku kalau begini.

Jadi aku rasa perlu bagi aku untuk mengubah sikap aku. Mungkin selepas ini tidak mengorat anak dara lagi. Janda tidak mengapa. Nampaknya kepada anak-anak dara silalah kecewa. Seorang jejaka comel telah menarik diri dari kegiatan yang sangat berbahaya ini.

Seharusnya aku menjadi insan yang lebih baik. Jadi jemputlah kenduri doa selamat ke rumah aku. Tempatnya di bentong. Cuma waktunya tidak pasti lagi.

Oh ya, mahu beritahu. Aku akan membuka sebuah gerai apam balik. Sesiapa ada cadangan mahu memberi nama yang baik untuk gerai aku. Sila beri cadangan di komen. Jika ada apa-apa soalan, sila tanya di formspring.

Tuesday, June 1, 2010

Impian tinggal impian

Semakin hari semakin rajin. Binatang apa bapa rajinnya update blog. Tidak pernah serajin begini. Mahu sahaja aku berterus terang duduk di rumah memang bosan jika tidak bekerja.

Niat mahu bekerja memang ada. Aku sudah bergerak ke Melaka pagi tadi mahu menjadi sukarelawan sukma. Segunung tinggi harapan aku bawa ke stadium hang jebat. Sampai di sana hancur berkecai musnah jua akhirnya apabila impian tidak tercapai. Sukarelawan sudah penuh. Hanya mampu menulis borang dan menunggu nasib jika ada kekosongan.

Aku tidak berputus asa. Lalu pergi ke bandar hilir meminum cendol. Apakah motifnya? Bukan mahu bekerja di gerai cendol. Tetapi sekadar mengeringkan tekak yang kehausan.

Sejurus itu melangkah ke a famosa. Menghabiskan masa di atas sana. Terpancar bangunan yang diperbuat dari batu-batu yang pastinya keras. Jika tidak percaya boleh cuba hentak kepala di batu itu. Lihat sendiri keras atau tidak.

Lalu pulang dengan seribu bayangan. Terbayang-bayang modal mahu bekerja sudah habis. Jadi terpaksa cari kerja lain. Aku mahu tawar dekat kamu. Siapa yang boleh beri aku kerja, aku beri dia upah sehari rm10k. Siapa sudi?