Monday, May 31, 2010

Motif tidak diperlukan

Pernah tidak semasa kamu semua mahu memulakan penulisan kamu jadi begini. Kamu menulis dan memadam berulang kali. Inilah yang terjadi dekat aku sekarang.

Tadi bukan main macam-macam dalam kepala mahu cerita. Apabila mahu menulis tiba-tiba rasa tak tahu mula cerita bagaimana. Jadi memulakan cerita dengan perkara yang tidak berkaitan. Dan bakal berakhir dengan cerita yang menyimpang.

Sebenarnya aku sekarang tidak boleh tidur. Tadi semasa tidur aku telah diserang dengan raksasa berwarna biru. Rupanya sangat menakutkan. Bertubuh sasa. Bilangan yang banyak. Dan menyerbu rumah sewaku.

Seingat aku, aku bersama-sama kawanku sedang sibuk berhibur di dalam rumah. Ada yang menari-nari. Ada yang bergurau-senda. Ada yang bercerita pelik. Tiba-tiba datang raksasa itu dengan mengejut.

Kawan-kawanku bertempiaran lari. Dengan tidak berbaju dan berseluar tetapi hanya berboxer lari masuk ke rumah jiran. Ada yang bersembunyi di dalam almari. Rupanya di dalam almari ada terowong rahsia ke bilik kecik. Pasti raksasa tidak boleh menjumpai jika menyorok di dalam nya.

Akhirnya setelah sekian lama menyorok. Aku berasa sudah selamat. Lalu terjaga dari tidur. Sedar-sedar badan sudah berpeluh-peluh. Memang seperti kejadian sebenar. Sangat menakutkan.

Jadi apa motif aku cerita ini semua. Sengaja mahu menghabiskan masa kalian. Jadi sesiapa yang terasa masa sudah dihabiskan dengan sia-sia, aku mengucapkan padan muka. Jasamu dikenang.

Sunday, May 30, 2010

Balasan buat poker

Terasa sungguh cibai sekali hari ini. Bermain poker dengan kekalahan. Ah sungguh kalah. Mahu melepaskan kemarahan di blog.

Poker adalah macam sial. Telah menghabiskan masa aku mengumpul duit dengan banyak. Tetapi dengan senang dihabiskan oleh mamat salleh yang berlagak hot. Sudah lah gambar pakai towel. Buka-buka pula towel sambil pusing ke belakang kamera. Ingat hot sangat lah buat macam tu. Towel sudah lah bernajis. Sekali kena sula dengan kain towel baru tahu.

Setelah lama aku bersusah-payah mengusahakan perniagaan poker. Akhirnya hari ini perniagaan sudah jatuh. Tidak boleh bangun lagi. Iya memang modal tidak banyak. Cuma 700k sahaja. Tetapi bila sudah kalah dan tinggal 20k, memang terasa amat bengang sekali. Rasa mahu bakar sahaja laptop ini. Bila memikirkan laptop tidak bersalah, terus bertukar niat mahu membakar sampah di belakang rumah.

Pernah satu hari menghabiskan masa selama setengah hari bersamaan 12 jam mengadap poker. Keuntungan tidak banyak kerana bermain sedikit-sedikit. Tidak kisah kerana dapat juga keuntungan walaupun tidak banyak. Tetapi apabila sudah kalah terlalu banyak ini memang tidak dapat menerima. Gila ke apa penulisan pun sudah tumbang terbalik.

Sudah poker. Sudah. Pergi kau dari hidup aku. Jangan kau berani lagi menjeling-jeling denganku. Kau ibarat melepaskan kambing tercekik. Bagai razman lupakan kambing. Kemana perginya janji. Mana pergi semua janji ah.

Selamat tinggal poker. Pergi kau dan jangan kembali lagi. Aku tidak lagi memerlukan kau. Kau poker. Kau bikin aku pokai. Poker.. fak-tap! (rujuk fak-tap)

Thursday, May 27, 2010

Niat tidak kesampaian




oh yeahh ♫♫

Aku hanya ada masa beberapa minit. Terasa sungguh penat kerana sudah berniat mahu menaip panjang. Tetapi masa tidak mengizinkan. Aku sekarang berada di kedai makan tetapi bukan untuk makan. Paham tidak?

Badan masih tidak cukup rehat. Semalam 5jam atas motor sudah cukup membuktikan buntutku bukan sebuah besi. Masih terasa kesakitan seperti menikam dada. Belum sempat rehat lima minit dekat rumah, rakan yang gila sudah panggil. Mengajak aku ber camping.

Aku menggunakan prinsip ikut sahaja apabila rakan sudah mengajak begitu. Jika diikut kata hati, hendak sahaja dicarutkan. Tetapi mulutku memberi amaran janganlah suka mencarut. Nanti mesti suka mencarut. Padan muka tidak faham.

Semalam niat berkobar-kobar mahu update blog. Mahu beritahu aku sudah sampai bentong desa tercinta. OH YEAHHH ♫♫!! Sudah habis diploma!! Mari berjimba-jimba!! Mari berfoya-foya~~ Mari berkeluarga....

Oh tetapi apakan daya. Belum sempat kerusi di rumah panas akibat dihempap, aku sudah bersiap-siap memergikan diri ke camping. Puas tidak puas. Pasti puas hati. Bagai menatang minyak yang penuh. Sungguh puas hati.

Perjalanan ke camping semalam ambil masa 30minit menaiki kereta. Dan 45 minit berjalan kaki. Nampak tidak puas hati itu. Tempat memang cantik. Sungguh hutan. Sunggu airterjun. Lata Hammer nama diberi. Sungguh indah bak bulan dipagar bintang. Suasana yang oh cantik. Tetapi malang seribu kali oh malang. Tiada gambar kerana handset kehabisan bateri. Manakala karen juga tiada untuk mengecas bateri. Oh tidak lupa. Charger juga tidak dibawa.

Oh sangat penat hari ini. Badan sudah terasa bengkang-bengkok. Walaupun nampak tipu, tetapi itu adalah kesan daripada penat. Aku bersyukur kerana dapat update blog lagi. Penat itu hanyalah sementara. Jangan biarkan penat itu menghantui diri. Boboi~

Tuesday, May 25, 2010

Bukan kalis rindu




Tiba-tiba terajin pula untuk update blog. Perasaan ini sangat bertuah kerana bukan senang untuk berperasaan seperti ini.

Aku rasa mahu membebel hari ini. Peduli hapa siapa mahu kisah. Sebelum itu aku mahu mengucapkan selamat hari merdeka kepada semua budak poli yang baru habis peperiksaan akhir termasuklah diri aku sendiri. Kita merasa sangat bertuah kerana berjaya mengecapi kemerdekaan.

Sudah terang lagikan bersuluh, aku sekarang ini bakal menjadi pengganggur jika tidak mencari pekerjaan. Demi tidak menjadikannya kenyataan, aku akan mencari pekerjaan sendiri. Hendak diharap cadangan dari entri lepas memang tidak boleh diharap.

Nampaknya begitu ramai yang mencari peluang pekerjaaan sekarang ini. Hendak diikut hati, pasti mati. Hendak diikut kata, pasti binasa. Aku pun tidak pasti apakah kaitan peribahasa ini dengan topik sekarang.

Apa yang penting ialah kerjasama. Jadi mungkin aku patut cuba mengambil masa beberapa hari untuk berfikir apakah pekerjaan yang mahu dimohon. Terasa sudah sangat lama belajar hidup susah di poli. Ini benar, hidup sebagai pelajar umpama nyawa di ujung tanduk. Sangat susah dah mencabar.

Kadang-kadang dalam sehari hanya makan sekali. Sangat bahaya. Nyawa sudah seperti ikan. Nasib baik sempat, kalau lebih lama pasti sudah mati kebuluran. Lebih membahayakan lagi nyawa ialah ketika meniru dalam peperiksaan. Nyawa juga hampir-hampir menemui ajal.

Selama tiga tahun aku menghabiskan masa di dungun. Keadaan yang tidak sedar. Seperti baru sahaja lepas mendaftar poli semalam. Muka bersih, suci, murni pergi mendaftar dekat dewan. Tapi sekarang jadi tidak bersih, tidak murni, dan tidak suci. Sungguh bercanggah sekali.

Itu tidak mengapa. Mungkin adalah perubahan dari persekitaran yang membuatkan kita lebih matang bagi melalui liku-liku hidup. Diharap kenyataan ini tidak lari dari topik sebenar.

Sebenarnya berasa agak sedih juga mahu meninggalkan kawan-kawan. Pasti perasaan rindu akan datang. Apa boleh buat, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Jika ada masa pasti dapat berjumpa kembali.

Jadi mahu mengambil peluang disini mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua manusia dalam bidang masing-masing. Jangan fikir bukan-bukan. Ini adalah serius.

Thursday, May 20, 2010

Kerja kosong



Mood berblogging sekarang sudah kurang. Hendak berjalan blog pun sudah malas. Aku tidak lagi digelar blogger tegar. Mungkin digelar facebooker tegar. Facebook 24 seven online. Tapi kesian dekat blog sorang-sorang merenung masa depan.

Tinggal beberapa hari lagi aku akan menamatkan peperiksaan akhir. Hari isnin ini adalah yang penghabisan. Lepas ini tiada lagi angin dungun. Tiada lagi asap dungun. Tiada lagi dungun. Tiada. Angin bentong pula akan menjadi makanan harian.

Ah terasa kekok sekali menulis blog. Macam serabai sahaja. Tak mengapa. Siapa lagi mahu membaca blog sarap ni.

Semalam terasa begitu bosan. Mencari idea untuk masa hadapan. Aku mungkin mempunyai cuti yang panjang selepas ini. Jadi tidak mahu mensia-siakan masa yang terluang. Mahu mengambil masa dengan bekerja.

Jadi apa agaknya kerja yang ada. Tak kira kerja apa. Asalkan tidak membuang masa begitu sahaja. Aku akan bekerja. Jual burger lagi? Atau roti canai. Atau sesiapa ada kerja kosong. Boleh rekemen dekat aku. Aku setia menunggu.

Ceh dasar pemalas. Tunggu kerja datang. Aku bukan malas. Tapi belum masanya lagi untuk mencari. Sekarang tengah usa-usha dulu kerja apa mahu bikin. Jadi sesiapa ada dengar-dengar kerja kosong untuk lelaki sila maklumkan dekat aku. Kerjasama amat dihargai.

Friday, May 14, 2010

Thomas vs Exam




Pelik benar jika aku beri resepi pada entri lepas. Macam makcik-makcik pula. Tetapi apa mahu buat. Niat murni mahu berkongsi sedikit ilmu datang dalam diri. Apa salahnya dicurahkan sedikit ilmu itu.

Sebagai seorang pelajar cemerlang aku tidak cukup suka keadaan ini berlaku. Bayangkan musim peperiksaan kali ini bertindihan dengan perlawanan piala thomas. Sudah pasti aku tidak banyak mengulangaji pelajaran, sebaliknya banyak mengulangkaji permainan badminton.

Demi menjaga hati negara Malaysia. Aku terpaksa untuk memberi diriku masa. Aku tidak menghampakan Malaysia dengan tidak menonton setiap perlawanan badminton. Bermakna setiap peluang yang ada akan digunakan untuk menonton sambil bersorak di hadapan televisyen.

Habis menonton badminton teruskan lagi dengan menonton cerita-cerita p.ramlee. Sudah tonton mahu tonton lagi. Itulah filem p.ramlee. Seperti meminum tongkat ali, "cuba sekali, pasti nak lagi".

Sudah puas menonton, melepak pula bersama kawan-kawan di kedai kopi, teh, dan pelbagai lagi air lain.

Bila sudah melepak dengan budak-budak jahat. Hensem pun sudah boleh dibahagi. Pertama, hensem yang sebenar-benar hensem. Kedua, hensem pada harta. Ketiga, hensem tetapi miskin. Dan keempat hensem pada kata-kata.

Selalunya hensem yang sebenar hensem adalah selalu menjadi tarikan para gadis. Hensem pada harta pula akan tertarik oleh gadis cukur. Hensem tidak harta adalah bernasib malang kerana hensem tidak cukup untuk membawa gadis keluar. Sebaliknya bagi hensem pada kata-kata dapat sahaja membawa keluar gadis oleh kerana ayat yang manis. Rupa paras tidak penting ketika ini.

Terlalu banyak cerita kedai kopi. Pukul 5 pagi baru pulang ke rumah. Niat murni mahu mengulangkaji pelajaran terbatas. Selepas ini Malaysia bertemu China pula. Terpaksa berkorban untuk Malaysia lagi. Harapkan Malaysia melepasi peringkat akhir.

Oh sebelum terlupa. Doakan kecemerlangan aku untuk peperiksaan kali ini. Hari selasa sudah mula peperiksaan. Doa-doa juga. Studi jangan lupa. Pesan aku kepada rafiq.

Monday, May 10, 2010

Membuat roti canai resepi kawan



Hari ini aku mahu memberi resepi membuat roti canai. Nampak tidak muka aku yang tersenyum ini mahu berkongsi. Kamu tahu lah beberapa hari lalu aku membuat roti canai. Boleh tahan juga masakan aku. Boleh jadi chef two selepas ini.

Resepi ini aku belajar semasa aku mengembara suatu masa dahulu. Ada seorang mamat myanmar yang mengajar aku. Jadi aku mahu memberi nama roti canai ini ialah roti canaimar. Sedap bukan? Macam roti canainya juga.

Baik ini resepi membuat 1kilogram roti canai.




ROTI canai

Bahan:

1 kg tepung
600 ml air
1 biji telur
2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 sudu makan mentega


Kaedah:

1. Sediakan bahan.
2. Larutkan garam,gula, susu,mentega, dan telur dalam air.
3. Pada pengadun masukkan tepung dan tuangkan dalam air tadi sedikit demi sedikit.
4. Adunkan hingga lembut dan halus.
5. Buat menjadi bola kecil.
6. Sapukan dengan marjerin dan disimpan untuk minimum 2 jam. Semakin lama semakin baik. Cadangan dibiarkan semalaman dalam peti ais.
7. Tuang beberapa minyak dan margarin di dalam mangkuk.
8. Sapukan meja dengan sedikit minyak.
9. Mula menebar roti.
10. Tarik sisi adunan untuk mendapatkan lembaran tipis.
11. Akhir sekali simpan dalam bekas untuk frozen. Atau sebaliknya, goreng dengan sedikit minyak.


Okay ini sahaja untuk kali ini. Jika ada apa-apa masalah dan tidak faham, jangan disini. Tanya di formspring saya. Terima kasih.

Saturday, May 8, 2010

Banyak cakap banyak salah


Selaku tukang masak sosej aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada budak-budak yang telah menjayakan acara babique tadi. Masakan mereka semua memang tidak boleh disangkal lagi kesedapannya. Ternyata tukang masak sosej paling berjaya dalam bidangnya.

Percutian hari minggu kali ini banyak dipenuhi dengan aktiviti menghiburkan. Acara hari minggu diikuti dengan nyanyian karaoke bersama-sama makcik. Walaupun makcik tidak menyanyi, kehadiran menjayakan program amat dihargai. Diharapkan lebih banyak lagi acara yang boleh beliau jayakan.

Kali ini mungkin tidak cakap banyak. Kata orang dolu-dolu, makin banyak cakap makin banyak salah. Jadi kurangkan percakapan demi pengurangan kesalahan. Beberapa hari lalu seorang mamat telah terasa dengan percakapan aku. Niat bergurau menjadi punca ketegangan di facebook. Jadi kurangkan juga bergurau demi pengurangan ketegangan.

Baiklah tiada apa hendak cakap lagi. Susah juga mahu bercakap. Tidak bercakap mungkin lebih baik.

Tuesday, May 4, 2010

Sempena dua ratus


Selamat hari jadi yang ke 2 ratus untuk entri aku yang ke-200. Sempena ini aku ingin menyatakan bahawa blog ini sudah tua. Rupanya seperti kura-kura yang boleh hidup dua ratus tahun. Maknanya umur dua ratus tahun blog ini lebih tua dari umur manusia biasa. Jadi mari kita kira berapa banyak dua ratus disini.

Baru sahaja tadi aku melangsungkan bercakap untuk muet. Kalau hendak diikutkan orang akan panggil sebagai speaking. Boleh tahan juga soalan dia tadi. Soalan senang lenang bak bersila di atas katil. Tetapi apabila mahu mula bercakap tiba-tiba penyakit tekak datang. Terlalu banyak 'em-em'. Itu sebenarnya ketika tekak berasa gatal-gatal.

Satu-persatu masalah sudah selesai. Tidak perlu fikir lagi tentang itu. Sekarang tumpuan kepada yang lain. Masalah lain akan datang lagi. Apakah masalah itu? Adakah masalah besar? Kau tidak perlu tahu, bukan masalah kau. Biarlah aku sendiri yang menanggung masalah ini. Ceh hak tui.

Masih lagi aku teringat. Semalam baru menjawab ujian. Sangat senang hati bak menghiris bawang merah. Eh menghiris bawang susah juga nanti boleh pedih-pedih mata. Baiklah sangat senang hati bak menyedut angin. Pensyarah benarkan meniru. Bak kata pensyarah, " saya tak kisah awk meniru, janji awk buat sendiri ".

Aku membuat kesimpulan melalui perkara yang tersimpul ini. Kita harus meniru untuk membuat ujian. Sekian dari aku. Majulah tiru untuk ujian.

Saturday, May 1, 2010

Entri jiwang bentong


Tangan terketar-ketar kali ini apabila mahu menulis. Maklumlah sudah lama tidak menulis di rumah sendiri.

Alamak sudah terkantoi disitu aku berada di rumah. Buat pengetahuan semua aku sekarang berada di bentong desa tercinta. Tidak lah asyik terperap sahaja di dungun desa terseksa.

Sudah lama tidak mendengar kejutan pagi. Biasanya duduk di rumah sewa tidak ada kejutan pagi. Maksud kejutan pagi disini ialah ketika aku sedang nyenyak tidur pasti ibubapa mengejutku untuk bangun subuh. Masa inilah biasanya akan terkejut dan terus bangun kerana trauma dengan peristiwa mengibas sejadah di muka.

Bentong masih tidak berubah. Air sungai tenang mengalir di halaman tamanku. Kanak-kanak leka bermain di tengah panas sambil meminum air 5 posen. Budak cina itu masih mengayuh basikal seorang diri di sekitar sungai marong.

Cuma perubahan yang ketara aku lihat ialah anak muda yang berselerakan di pasaraya VM itu. Masih muda remaja tetapi sudah pandai bergaya. Ada yang bawa makwe lagi. Semuanya kecil-kecil cili padi. Kalau digigit pasti berapi.

Walau apa pun terjadi di bentong. Aku tetap cintakan bentong. Tanah tumpah darahku. Takkan hilang bentong di dunia. Jika hilang pasti mustahil. Okay dah mengarut.

Kepulangan kali ini pasti digunakan sebaiknya untuk berehat. Terutama yang sedang mengambil peperiksaan. Selamat berehat semua.