Tuesday, April 27, 2010

Semester akhir politeknik


Hari berlalu begitu laju. Masa juga berlalu begitu pantas. Aku tidak sedar aku sudah berada pada semester akhir dekat politeknik sultan mizan zainal abidin. Nama hendak penuh sahaja aku letak. Nampak sangat bangga dengan poli kesayangan. Banyak pengalaman aku perolehi semasa berada di semester akhir.

Aku baru sahaja lepas membuat persembahan projek akhir beberapa hari lalu. Dan hari ini baru aku rasa tenang sedikit kerana boleh tidur dengan lama. Biasa aku tidur 5 saat sahaja, hari ini dapat tidur berjuta-juta saat.

Selama hampir dua tahun aku tidak belajar matematik. Jadi sesiapa yang bertanya soalan matematik mungkin aku akan mengambil masa dua tahun untuk berfikir. Tetapi lama-lama ini (ayat ditukar daripada baru-baru ini), aku ada belajar matematik sedikit. Sedikit sahaja tak banyak.

Pensyarah bahasa inggeris aku mengajar. Satu tambah satu sama dengan tiga. Dalam tulisan lazimnya adalah seperti ini.. 1 + 1 = 3.. Bagi orang biasa, 1 + 1 = 2. Tetapi bagi orang yang berfikiran kreatif, jawapannya adalah tepat kerana 1 lelaki + 1 perempuan = 1 anak. Mungkin ini sahaja maklumat terakhirku tentang matematik.

Sedar tak sedar detik itu kembali dan kita ulangi ♫♫. Oh aku menyanyi pula. Baiklah, sedar tak sedar, lagi tiga minggu aku akan menduduki peperiksaan akhir. Bermakna lagi tiga minggu aku akan menghabiskan diploma. Dan lagi tiga aku akan hidup tenang. Dan lagi tiga juga aku akan berkahwin. Oh kenyataan terkahir mungkin tidak benar.

Kenapa terasa hari ini panjang gila mengarut. Sudah lah. Aku mahu tidur sebentar. Katanya sebentar lagi ada makan-makan percuma. Oh satu pengalaman baru untuk semester akhir. Selamat malam semua.

Saturday, April 24, 2010

Aku rasa nak update


Aku baru balik dari ambil periksa muet. Apa itu muet. Muet ialah Malaysian University English Test. Tahu, tahu aku lambat sedikit. Tidak mengapalah lambat sedikit pun. Orang tua cakap biar lambat asalkan tidak laju.

Periksa tadi senang saja. Cuma setengah kertas soalan saja tak boleh jawab. Sebab nya ialah senang sangat sampai tak boleh jawab.

Ujian pendengaran juga mudah saja. Percakapan dapat dengar dengan jelas. Dan aku berjaya. Ya, berjaya mendengar. Tapi suatu habuk pun tidak faham. Jadi aku terus berniat, 'sahaja aku tembak kerana tak tahu jawab'.

Oh aku harap semuanya berjalan lancar. Lepas ini ujian bercakap pula. Harap-harap suara ada masa bercakap nanti.

Dah siap update..!

Wednesday, April 21, 2010

Sekadar luahan


Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walau sesukar mana perjalanannya, walau sesukar mana liku-liku. Hidup ini mesti diteruskan. Biarkan yang berlaku terus berlalu. Biarkan yang terjadi tidak berulang lagi.

Aku cuba bangkit dari mimpi yang panjang. Mengejar kembali yang sudah kulewati. Bukan mengangkat kata, 'oh biarlah perkara sudah berlaku', tetapi berpegang pada, 'gagal sekali bukan bererti gagal selamanya'.

Teringat kata-kata sang pujangga, semalam dijadikan pengalaman, hari ini merupakan perancangan, dan esok menantikan jawapan. Bukan kerana hari ini engkau kecundang, esok tiada lagi peluang buat kau.

Aku cuba memahami diri. Aku cuba memahami situasi. Supaya aku dapat mengawal diri. Dari perkara menyakiti tubuh ini. 'Sabarlah, ambil masa untuk bertenang'. Aku percaya pada diri. Supaya dapat perbaiki lebih baik lagi.

Oh sekadar kata-kata penenang hati. Dari sang penulis yang hilang keyakinan. Tidak mahu terus terbeban. Kujadikan ia satu luahan. Di dalam satu landasan. Yang dicipta tanpa tujuan.

Saturday, April 17, 2010

Projek akhir


Tinggal beberapa hari lagi aku akan mempersembahkan projek akhir. Terima kasih kepada yang telah banyak memberi idea dan nasihat mahupun carutan kepada Sistem Sewa Kereta aku dan rakanku. Oh tahie. Bahasa sungguh mulia hari ini. Tidak mengapa.

Hari rabu ini merupakan penentuan untuk segala penat lelah aku selama 18tahun untuk menyiap projek aku ini. Tiadalah tipu sahaja. Sebenarnya hanya 4bulan. Tapi bagi menunjukkan projek ini sangat terasa lama aku mengatakan 18tahun. Ini kerana sangat sukar bagi aku dan rakanku untuk menyiapkan projek itu tahu.

Mengapa aku beritahu terlalu awal sedangkan projek itu belum siap sepenuhnya? Sebabnya ialah aku sengaja mengada hendak beritahu. Projek pun tidak siap lagi sebenarnya. Berkata-kata macam seperti ibarat umpama sudah siap sahaja bukan.

Tujuan aku menulis disini sebenarnya ingin mengucap terima kasih sahaja sebenarnya. Tetapi sudah melarat pula sehingga terberitahu projek itu masih dalam proses. Tetapi tidak mengapa lah, orang tua-tua berkata, sediakan payung sebelum hujan. Oh sengaja beri pepatah tidak berkaitan supaya aku tidak terlalu rasa bersalah.

Sekian. Terima kasih Semua Budak-budak Yang Membantu Kami...<3<3<3...%^&%^&*@#$%

Friday, April 16, 2010

Budi yang baik dikenang jua


Sepatutnya aku tiada masa lagi berblog sekarang. Semua budak sem akhir tengah sibuk dengan projek akhir. Okay selamat tinggal blog.

Tapi sebelum tu aku nak cakap sikit. Tadi masa aku bukak blog karut ni, aku perasan message dari cik hel dekat tepi. Ada guna juga rupanya chat box tu. Dia bagitahu aku ada cerita pasal aku.

Mula-mula teruja juga sebab ada juga yang menilai blog karut aku. Selepas itu aku lagi teruja sebab aku kena jodohkan dengan minah indon mana entah. Bagilah maya karin atau yasmin hani. Baru lah aku tak teruja sangat.wakaka

Apa yang aku nak terangkan disini ialah dia beritahu aku ni boleh tahan hensem. Pertama kali orang puji aku hensem. Okay tu je yang aku suka. Yang lain aku rasa macam hendak hentak kepala di dinding. Rupanya ada yang lebih karut dari aku.haha

Terima kasih cik karut sebab buat entri karut. Ada ubi ada batas. Lain kali aku balas. jeng jeng jeng

Okaylah nak sibukkan diri dengan projek akhir. Selamat tinggal blog.

Wednesday, April 14, 2010

Bot santai

Salam

Aku hampir lupa siapa aku.

Tadi sedang aku berjalan menghala ke dapur, kepalaku terhentak di dinding. Jadi sekarang percakapan aku tidak semulia dulu. Maaflah aku kurang sopan menggunakan panggilan aku tidak seperti sebelum ini.

Petang tadi kepalaku pening. Jadi memulakan hasrat untuk berjoging. Tapi hari ini ada pakej berjoging. Aku pertama kali dapat lihat permainan boat control semasa berjoging. Sungguh cantik permainan itu.







Masa menghabiskan waktu petangku yang seronok. Bot semua laju-laju. Kalah kereta formula 1. Ada yang sampai terbang beberapa saat di atas air. Okay pedaah.







Mari lihat lagi.

Dah puas menyantap mata dengan bot sexi boleh lepak dekat atas laman. Paling santai sekali dekat dungun.



Okay dah boleh balik.

Sunday, April 11, 2010

Makan beradab

Saya sungguh berbesar hati kerana dapat menulis lagi. Seribu penghargaan diberikan kepada internet kerana memberi peluang kepada saya untuk membuka garis (online) lagi.

Dalam perkembangan terbaru saya. Saya baru sahaja terlibat dalam aktiviti etika dan protokol. Di sana saya dapat belajar cara makan dan minum secara beradab. Penuh dengan kesopanan ketika saya makan dan minum semasa aktiviti itu.

Seorang makan dan seorang layan(service)

Sekarang ini juga saya sudah sopan. Tidak perasankah awak? Selepas ini sesiapa yang ingin makan dengan saya haruslah lebih bersopan kerana saya sudah sopan.

Oh tetapi ingat ya. Saya bukan seperti , "oreng puteh suka jage tepi kaen oreng" (dialog adnan sempit). Saya tidak kisah jika awak makan macam mana pun janji awak belanja saya. Hihihi. Sungguh sopan saya. Anak siapa lah ini. Macam mahu kena terajang sahaja.kah3

SOPANNYAA. hahaha hak tuih

Thursday, April 8, 2010

Kura-kura laju sebenarnya


Dulu masa gua darjah tiga cikgu pernah ajar gua. Kura-kura lebih lambat daripada arnab. Tapi bila lumba lari kura-kura yang menang. Sebabnya ialah kura-kura bijak. Kura-kura menggunakan banyak kura-kura untuk sampai ke garisan penamat. Jadi kura-kura lebih laju.

Hidup gua sekarang selalu lambat. Bangun pagi mesti berada dalam keadaan kelam kabut. Bak kata gua, hidup dalam kemenggelaparan. Gua menggelepar setiap kali hendak bersiap-siap ke kelas.

Pernah terdetik di hati gua untuk cepat. Tetapi mata gua seperti tidak boleh mengikut masa yang awal. Tabiat gua ialah gua akan bangun melihat jam pada handphone gua dan sambung tidur balik. Tapi jika waktu ke kelas tinggal tiga puluh minit, gua akan bangun terus dan bersiap.

Bagi pelajar macam gua yang mementingkan masa, gua akan mengambil masa untuk mandi hanya lima minit sahaja. Selebihnya akan gua gunakan untuk memakai baju, seluar, stokin, dan kasut. Masa untuk itu membuatkan gua menjadi lambat.

Jadi gua telah membuat perancangan. Upacara memakai baju, seluar, stokin, dan kasut telah membuat pelajar lambat ke kelas. Perancangan jangka masa panjang gua ialah gua ingin memansuhkan penggunaan baju, seluar, stokin, dan kasut ke kelas.

Maksud gua, pelajar boleh berkain pelikat ke kelas. Dan ini mungkin akan menyebabkan pelajar yang mementingkan masa tidak akan lambat ke kelas lagi.

Penggunaan perancangan ini samalah seperti kura-kura lebih laju daripada arnab. Berkain pelikat lebih laju dari berbaju seluar. Okay-okay tiada kaitan sebenarnya.

Wednesday, April 7, 2010

Hampa

Gua tak tahu kenapa gua lambat sangat. Dulu orang tengah sibuk-sibuk buat formspring, gua buat tak tahu je. Sekarang baru tiba-tiba gua rasa nak buat.

Tapi gua bengang. Apesal nama gua orang dah sebat dulu. Gua nak letak nama rafiq, tapi dapat rafio. Itulah gua sudah kata, gua lambat.

Lu nak tahu kenapa gua selalu lambat?

Lu nak tahu kenapa gua tak boleh cepat?

Lu nak tahu kenapa gua tanya lu?

Okay gua malas nak jawab dekat sini. Lu kalau nak tahu jawapannya, lu tanya dekat gua punya formspring. Konfem gua jawab.

FORMSPRING GUA

Monday, April 5, 2010

Kata ganti nama gua



Hari ini gua sakit perut. Gua rasa nak maki saja sekarang. Tapi orang tua gua kata tak elok maki-maki ni. Macam gua kecik-kecik dulu gua nak bahasakan diri gua dengan aku kau dengan adik beradik pun tak boleh.

" AKU NAK MAIN TENG-TENG "

" APIK, JANGAN CAKAP AKU NANTI JADI HANTU PAKU "

Lepas pada itu gua terus tak berani nak cakap aku dah. Gua panggil diri gua dengan saya awak saja. Gua memang takut kalau-kalau gua jadi hantu paku.

Sampai lah satu masa gua sudah tidak kisah. Seingat gua masa itu gua sudah berumur belasan tahun. Gua rasa tidak rock jika memanggil diri gua sebagai saya.

ini bukan paku tapi pucuk paku

Satu hari cikgu gua memarahi muridnya kerana berperangai macam hantu. Dia juga mengatakan kami seperti paku kerana perlu diketuk dahulu baru membuat kerja rumah.

" KAMU SEMUA NI MACAM HANTU. TAK BOLEH DUDUK DIAM. KENAPA TAK PADAM PAPAN HITAM NI LAGI? KAMU NI MACAM PAKU DENGAN PENUKUL. NAK DISURUH BARU NAK BUAT "

Gua membuat kesimpulan sendiri bahawa gua sudah bergelar hantu paku. Sejak pada itu gua tidak kisah lagi menggunakan aku sebagai nama gua.

Apa motif gua cerita pasal nama gua? Hari ini gua sakit perut. Gua rasa nak maki saja sekarang. Tapi orang tua gua kata tak elok maki-maki ni.

Sunday, April 4, 2010

Buat-buat basah ketiak



Fuh fuh.

Gua tengok dah berhabuk blog gua. Lama sudah rasanya gua tak singgah blog darahmalaya ni. Blog yang lain apatah lagi ya tak. So lu tak payah pelik lah kenapa gua tak terjah blog lu.

Baru ni gua balik bentong. Gua dah lama gila tak balik. Perasaan gua masa sebelum balik hari tu memang tak menyabar-nyabar. Gua rindu sangat dekat bentong. Gua pernah cakap walaupun gua rock, tapi gua ada rindu gak der.

Perasaan gua ni tak boleh tahan lagi sampai gua lupa nak bagitau lu. Gua ada masuk pertandingan badminton. Ala yang gua cakap sibuk sangat sampai penat tu. Jadi tak sia-sia la gua penat dua tiga kucing berlari, mana nak sama si kucing belang. Alamak gua terpantun pulak. Maksud gua, tak sia-sia la gua penat dua tiga hari yang lalu. Peh skema jugak ayat gua. Bangga*

Meh sini gua nak tunjuk gambar gua. Gua paling serabai antara yang paling hensem. Lu pk la sendiri.


Lu agak gua ada tak dalam ni?


Player-player badminton memang kacak. Lu je tak perasan.


Gambar dengan lecturer gua. Macam kenal la lecturer tu?


Ni semua pemain jabatan gua. Lelaki perempuan dapat medal. Jabatan lain...aihh


Gua puas bermain. Lu jangan fikir bukan-bukan. Maksud gua bermain badminton. Gua rasa lepas ni gua nak berehat dari bersukan. Gua nak tumpu kepada pelajaran gua. Kalau hendak bersukan pun gua rasa setakat menyertai olimpik atau sukan sea sahaja. Eh tidak lah. Gua bergurau. Kalau bersukan depan rumah tu boleh lah kot. Macam orang-orang muda cakap, buat-buat basah ketiak.




p/s: gua merajuk dengan lu. kalau taknak cakap je taknak, jangan senyap je.