Sunday, February 28, 2010

Sokongan jasmani


Pernah kah kita sedar setiap dari kita perlukan sokongan untuk berjaya? Terdapat banyak jenis sokongan samada dari sokongan sesama manusia atau sokongan dari benda bukan hidup.

Aku membuat kesimpulan awal bahawa meniru juga adalah satu sokongan kepada aku. Cikgu aku pernah menasihatkan aku,

" Sedangkan mahathir pun meniru baru boleh berjaya"

Setelah aku memasuki politeknik, pensyarah aku memberi pemahaman lebih tentang peniruan ini. Dia memberi tiga contoh negara iaitu amerika, jepun, dan thailand.

" Barangan amerika ialah original. Jepun meniru dengan baik barangan amerika dan berjaya dijual dengan mahal. Tetapi thailand meniru hancur, dijual juga dengan harga yang murah."

Jadi melalui contoh itu, pensyarah menasihatkan aku jika mahu meniru jadilah seperti jepun. Meniru yang bijak. Mahu lebih baik lagi jadilah seperti amerika iaitu membuat dengan sendiri.

Baru semalam aku perasan gambar dekat facebook.


Sekarang aku sudah faham. Sokongan ini penting untuk kita berjaya. Kesimpulan akhir ialah kita patut meniru kerana ia adalah satu sokongan.

Comel pula gambar ini bukan?

Saturday, February 27, 2010

Pertama kali kau ku cinta

Tajuk adalah sebuah lirik lagu. Penyanyi nya ialah awie. Dan tajuk lagunya ialah taman rashidah utama. Mari abaikan kerana aku bukan mahu menceritakan tentang lagu itu.

Aku mahu cerita pertama kali aku dapat bermandi-manda di pantai dungun. Pernah ingat tak entri ini? Dahulu aku pernah pergi ke teluk bidara. Tapi semuanya kosong. Tiada isi. Hanya kelihatan sepasang dua kekasih membuat pertemuan.

Tapi semalam aku kesana lagi. Kusangka air tenang tiada buaya. Rupanya ada buaya darat. Ramai gila orang di sana. Seperti sebuah pasar malam di dalam air. Orang di sana-sini membawa anak dan isteri. Aku pula membawa rakan-rakan tak beristeri.

Aku mandi bersama kakang acong. Rakanku dua orang lagi naqib dan wakbear hanya duduk dipinggiran menanti peminangan dari kampung sebelah. Hai takdelah. Dua orang lagi tidak mahu mandi kerana mahu berjalan sahaja. Sorang tiada mood kerana baru mendapat surat cinta.

" CONG, DE KITA NI HARI TU DAH PUTUS DENGAN POLIS. HARI INI BERCINTA LAGI"

Kah3. Sungguh mencari nahas wakbear itu. Bagaikan membakar unggun api didalam hati naqib. Aku dan acong tetap mandi tanpa menghiraukan mereka berdua duduk di pinggiran menantikan peminangan dari kampung sebelah itu.

Setelah puas mengheret kaki ke batu tajam sehingga calar-balar kaki. Kami pun naik dengan keadaan seronok didalam hati. Kami pulang setelah siap menukar pakaian.

Penutup. Walaupun penat tetapi kami berasa gembira dan berharap akan dapat lagi mandi di teluk bidara.





p/s: sangat mengejutkan kerana tiada sekeping gambar diambil. terkejut bukan?

Friday, February 26, 2010

Kerana seekor hamster

Aku rasa lama gila tidak update blog. Atau dalam bahasa lain, aku memang tidak update blog dengan lama. Mungkin kerana kaki aku yang sakit.

Sekarang kaki sudah mulai pulih. Walaupun dapat mc selama lima hari, aku tetap ke kelas semalam. Aku tidak mahu dianggap pemalas oleh pensyarah-pensyarah hot. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi bagi mengelakkan kejadian ini berlaku. Aku menabahkan hati ke kelas.

Aku pernah membayangkan jika blog ini adalah seekor hamster. Pasti dan pasti hamster aku sudah menjadi kurus. Mana tidaknya, dia tidak diberi makan dan minum oleh aku. Aku hanya mengusha-usha hamster lain dua tiga hari ini. Dengan kata lain, disebabkan aku hanya melawat hamster lain, hamster sendiri menjadi kurus.

Tidak kisah lah itu semua. Teringat satu ayat dari pensyarah. Tidak pasti ejaan sebenar. Maklumlah bahasa inggeris tidak kuasa. Macam ini bunyi dia,

" THERE IS NOT THE MATTER WHERE YOU BEGIN, THE THINGS THAT MATTER IS WHERE YOU END"

Melalui pemahaman aku sekarang, aku tidak perlu risau tentang hamster sekarang. Apa yang penting ialah bagaimana hamster pada akhirnya.

Mula berjalan-jalan kembali.

Wednesday, February 24, 2010

Sakit

Status aku dekat ym ialah aku injured. tiada tempat mengadu.

Aku baru nak berbadminton dengan gaya licongwei. Baru nak melompat smash. Tiba-tiba kaki aku terseliuh. Aduh. Aku menjerit di dalam hati.

Kaki aku sekarang sudah jadi kurang upaya. Bak kata aku, aku dah jadi KKU. Hendak jalan pun susah. Terhencut-hencut macam unta. Kalau burung unta takpe lagi, ini macam unta ya unta ya unta. Okay mengarut.

Aku hendak mengadu dekat kekasih pun tiada. Hendak mengadu dekat emak takut ayah cemburu. Jadi aku pendamkan sahaja perasaan ini. Simpan di dalam hati. Masuk ke otak. Dan tulis di blog?

Aku tak boleh bercakap banyak sekarang. Makin cakap makin sakit. Bak kata razman, semakin engkau banyak cakap, semakin tinggi hak tui.

Dah ah baik diam je.

Sunday, February 21, 2010

Tak ingat dunia


Kita semua ada habitat. Bukan habitat sebenarnya. Tapi tabiat sebenarnya. Aku terasa macam tersalah tulis pula. Dan rasa malas memadam semula. Sudah, abaikan sahaja. Tabiat aku masa kecil dulu ialah bermain. Aku paling suka bermain Counter Strike.


Bagi sesiapa yang tak mengenali counter strike.

Sekarang bosan aku sudah hilang. Aku telah mengambil inisiatif iaitu kembali ke zaman dahulu. Iaitu bermain CS. Okay ah tak payah cakap la masa dulu. Orang besar pun suka main CS juga sebenarnya.

Gila engkau kalau main ni memang tak ingat dunia. Kawan-kawan aku pun dah sama jadi tak ingat dunia. Kalau main memang langsung tak tidur, kelas tak pergi, mandi pun tak, makan pun tak, gosok gigi jangan harap, makwe pun tak telefon, emak apatah lagi.

Okay takde ah sampai macam tu. Tipu je.

Tapi memang best main ni. Budak-budak rumah wa pernah menang lagi main ni tahu. Lawan dekat poli boleh menang memang power wa cakap sama lu. Lanun pun kalah lu tau. kih2. Tu gelak lanun kalau lu nak tau.

Main ni memang tak ingat dunia. Kawan-kawan aku pun sama jadi tak ingat dunia. Okay kenapa macam dah cakap macam ni. Ya lah bak kata perbahasan, saya ingin menekankan disini ya.

Okay ah tak percaya kan?

Ni kawan aku


Tengok ah main tak ingat dunia. Tengah tidur pun boleh berperang.

Saturday, February 20, 2010

Bosan!

Apakah erti bosan bagi kamu?

Bagi aku bosan ialah sesuatu yang sangat bosan. Bila bosan pasti diri sendiri akan terasa seperti
sangat bosan. Jadi mari melakukan sesuatu yang tidak bosan. Sudah. Bosan betul bercakap mengenai bosan ni.

Ini bukan tajmahal di waktu malam.


Tadi aku pergi menonton teater dekat politeknik. Budak uitm rasanya yang buat persembahan. Aku pergi lah dengan smart-smart pakai kemeja macam nak tengok teater korporat. Padahal teater pasal nasib-perempuan-yang-dirogol-oleh-bapa-sendiri.

Ni kawan aku. Smart tak? Mesti lah. Siapa nak no telefon dia minta dekat emak dia.


Sambung cerita. Teater memang syok habis semua orang diam terpaku (padahal memang tak boleh bercakap). Mula-mula kusyuk gila aku tengok. Bila sampai tengah-tengah cerita aku dah tak paham. Lepas tu bosan. Aku pun blah. Memang nampak agak tak sopan. Tapi memang aku blah pun.

Kawan aku sorang ni muka dah tak tahan bosan. Naik kuyu mata macam ikan puyu dekat kampung yu.


Aku rasa paling bosan sampai terkeluar idea bosan dekat otak aku.



Berambus saja dari poli pergi snuker pula. Orang dekat snuker dah macam pasar malam. Penuh gila malam minggu begini. Tak payah tanya ah kenapa malam sabtu pun malam minggu. Terengganu kan ni?

Tunggu punya tunggu punya tunggu, orang tak habis-habis main. Rasanya dekat sejam juga menunggu akhirnya blah juga. TANPA main. Bosan menunggu punya pasal.


Berambus dari snuker balik rumah. BOSAN tak tau nak buat apa.


Ambil earphone dengar radio. BOSAN dengar lagu.


Apesal ah bosan sangat hari ni. BOSAN betul menaip.




Nak tido lah. Bai.



p/s sebelum tido: gambar tak lawa? bosan nak edit!

Friday, February 19, 2010

Angin pagi meniup ke pipi

Pagi-pagi membuka laptop. Layan blog sekejap sahaja. Siapa kata saya tak lapar. Cuba jemput makan kenduri. (ini adalah menyanyi tahu)

Siapa tahu apa perancangan saya hari ini? Saya bagi dia dua puluh sen. Okay tak ah dua puluh sikit sangat. Saya bagi dua puluh lima sen. Cepat-cepat. Okay lambat. Hari ini perancangan mahu pergi kenduri kahwin lah. Ada pula perancangan keluarga. Saya muda lagi mana boleh merancang keluarga.

Aih apehal gedik sangat aku pagi-pagi ini. Rasa mahu tampar diri sendiri. Sayangnya nak tampar, ah tak sampai hati. feufeufeu. Memang macam ni lah pagi-pagi. Tenaga dia lain macam sikit. Kadang-kadang rasa ada kuasa luar biasa. Kadang-kadang rasa mahu buang air besar. Tapi selalunya memang rasa mahu buang air besar. Best apa pagi-pagi berak. Eh tak sopan betul cakap pasal berak depan laptop.

Aku mahu tanya sedikit dekat kamu semua. Sikit saja. Boleh tak? Okay itu saja soalan aku. Sikit saja bukan. Okay lah mahu pergi berak. Eh tidak lah. Mahu pergi buang air besar. Eh tidak juga. Ah diam ah kau rafiq.


Aku suka pisang. Kau suka?


Ok babai.

Wednesday, February 17, 2010

Penghilang bosan

Dari tadi mengadap laptop ini. Tangan dah letak dekat keyboard tapi tak tahu nak tulis apa. Idea nak menulis tak datang lagi. Entah apa nak mengarut hari ini ya. Eh macam pantun pula. Tak sangka boleh juga aku berpantun. Okay abaikan.

Sekarang ni duduk rumah asyik bosan sahaja. Layan facebook pun macam tiada nafsu sahaja. Layan myspace lagi lah tak ghairah.

Tapi kelmarin kawan aku ada datang rumah. Dia kenalkan aku dengan satu permainan. Peh sekali main terus rasa teruja. Aku tak sangka ramai juga yang dah main. Cuma aku saja yang ketinggalan beberapa saat di belakang.

Permainan tu memang menguji kepantasan mata dan tangan. Siapa boleh padankan dengan cepat dan tepat akan dapat markah yang lebih tinggi. Okay nak tahu permainan tak bosan ini? Sertai kami pada okay takde lah. Main je dekat facebook.

Nama dia bejeweled blitz. Cari lah sendiri. Seperti kata pepatah. Kalau hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih. Melaporkan, Karang Aku Karate Kang, di Tv3.



p/s: kalau main pakai cheat tak best. Tak menguji langsung.

Tuesday, February 16, 2010

Mimpi tu mainan tidur

Hangat betul cerita gay ni. Baru letak dekat wall facebook macam-macam dah komen. Nak aja aku jaja nombor mamat gay tu. Bengang betul rasanya. Sapa nak nombor gay aku boleh bagi. Bagitau saja.

Sehari dua ini badan rasa letih gila. Asik mahu tidur sahaja. Badan jadi penat sebab banyak tidur. Nak keluar buat aktiviti kemasyarakatan pun dah malas.

Dalam tidur tadi aku bermimpi. Malaysia sudah banjir besar. Tapi yang peliknya aku dan ada lagi beberapa orang boleh hidup dalam air. Boleh berborak-borak takde langsung lemas. Ada sekali tu siap buatkan hadiah untuk seseorang.

Aku tak tau la apa petanda mimpi. Nak kata akan jadi seperti ikan pun tak boleh juga. Ya lah sampai boleh berinteraksi dalam air. Mana ada manusia jadi ikan. Anak ikan tu ada lah juga.

Monday, February 15, 2010

Pertama kali rasa nak mencarut

Kadang-kadang kita tak boleh lari dari membuat kesilapan. Begitu juga aku. Bila aku melakukan kesilapan mencarut anggaplah ianya tidak disengajakan. Tak perasan lah lebih kurang. Tak semua apa yang kita mahukan boleh menjadi kenyataan ya tak.

Beberapa hari yang lalu aku sangat terasa bosan duduk di rumah. Lalu keluar ke bandar Bentong untuk berjalan-jalan. Aku perasan ada ekspo dekat situ. Sajalah singgah-singgah nak tengok apa barang yang ada dekat situ.

Sekali terjumpa sorang mamat jual ubat mata. Panggil dia encik F sahaja. Mula-mula jual ubat mata. Lepas berjaya menggoda aku, aku terbeli juga ubat mata encik F ni. Lepas dah beli-beli, sempat lagi dia jual minyak. Minta nombor telefon aku konon-konon nak berkawan lah. Aku pun macam biasa saja bagi saja nombor telefon.

Esoknya dia ajak aku keluar minum. Aku on sahaja. Minum dekat TMK. On bukan bermaksud buka atau hidupkan ya. Maksud On disini ialah setuju. Masa ini lah rasa mahu maki-maki sahaja encik F ni.

Cilake betul encik F rupanya gay. Dia ajak aku berkapel kau tahu. Aku terkejut gila bila dengar dia buat pengakuan. Rasa mahu terajang sahaja punggung dia. Tapi aku tak jadi terajang sebab takut dia sedap pula. Aku cari jalan untuk membelahkan diri dari dia. Aku layan sahaja cakap dia. Lepas tu dia ajak aku joging esoknya. Aku pun macam setuju.

Balik-balik terus aku off handset. Buat dono aje. Bangang betul mamat tu. Ada ke nak kapel dengan aku. Muka macho tambah jambu ramai awek minat pun boleh jadi gay. Rugi betul. Bodoh nak mampus.

Muka aku ada gaya gay ke. Bengang gila rasa.

Saturday, February 13, 2010

Kita satu Malaysia

Baru berhajat nak berlagak dengan kawan-kawan semua aku bercuti selama empat hari. Tapi tak dapat. Tak sangka pula ramai juga yang cuti. Hendak sambut raya cina. Kata satu Malaysia mesti mahu sambut raya cina juga.

Hendak berlagak satu Malaysia dengan pensyarah pun tak boleh. Baru sorang budak cakap kami semua balik bercuti raya cina, pensyarah dah potong,

" KAU JANGAN CAKAP SATU MALAYSIA LAH DENGAN AKU, HARI TU THAIPUSAM KORANG TAK PERGI BATU CAVES PULA SAMBUT SEKALI. ADA CUTI BARU NAK MENGAKU SATU MALAYSIA NAK SAMBUT RAYA CINA JUGA"

Terus tergelak budak-budak.

Tapi penting juga satu Malaysia ini. Satu hari aku pernah kena tahan dengan polis masa sekatan jalan raya. Minta lesen macam nak cari gaduh. Tak satu Malaysia lagi. Tapi ada satu hari lagi bila ada pasangan lelaki perempuan kena tahan. Cantik je bahasa,

" SELAMAT MALAM, BOLEH MINTA KELUARKAN LESEN MEMANDU DAN ROAD TAX"

Terharu ketika mendengarnya. Barulah satu Malaysia kan?

Thursday, February 11, 2010

Rindu menjadi kecil

Kadang-kala bila kita menceritakan tentang zaman kecil-kecil dahulu kita akan terhibur. Tidak kira cerita itu sedih atau gembira. Pasti kita akan merasa mahu kembali ke alam itu. Menjadi budak nakal. Mari berkongsi cerita kanak-kanak.

Masa kecil dahulu aku sangat comel. Tapi sekarang aku bertambah comel lagi. Jangan nafikan. Pernah suatu ketika aku berjalan ke hutan yang berbukit mencari batu kapur. Kamu tahu apa itu batu kapur. Ia adalah sejenis batu seperti kapur. Tetapi ia adalah batu. Jika tidak faham, hentakkan kepala kamu kepada batu.

Tujuan aku mencari batu kapur adalah untuk bermain lompat-lompat. Lukiskan sahaja petak-petak menggunakan batu kapur di atas jalan. Teng-teng rasanya nama permainan itu. Kemudian baling batu mengikut turutan petak dan lompat sebelah kaki sahaja. Aku amat suka bermain teng-teng kerana aku merasakan itulah permainan paling cool pada masa itu.

Sehingga sekarang aku rasa itulah permainan paling cool. Sebab utama ialah semasa aku keluar bertemu adikku yang berumur 20 tahun di teluk cempedak, dia sedang leka bermain teng-teng di pantai. Tetapi perbezaannya ialah dia menggunakan garisan pasir untuk membuat petak. Tidak menggunakan batu kapur. Dia sangat leka bermain sampai aku sudah jadi seperti tiang lampu. Sangat leka.




p/s: bosan juga hidup seorang diri?

Wednesday, February 10, 2010

Blog aku ke ni?

Baru aku perasan. Masuk hari ini sudah genap 1 tahun 1 minggu aku berblogging. Agak lama juga aku berkecimpung dalam dunia alam maya ini. Baru berazam nak buat majlis kenduri ulang tahun sempena blog berumur setahun, tapi dah terlepas. Jadi lupakan.

Dulu ada juga niat nak tutup blog sebab rasa bosan gila tengok blog sendiri. Lepas tu buka blog orang lain dan baca terus cemburu dan buat entri baru. Tak jadi tutup blog.

Satu hari buka nuffnang tengok earning dah ada rm2ringgit. Rasa nak tutup blog juga. Tapi bila setahun tengok earning dah rm2.25 sen. Tak jadi tutup blog.

Macam tu lah perasaan selalunya. Sampai satu hari aku dah sayang dekat blog ni. Kalau bosan mahu blog sentiasa ada menemani diwaktu duka gembira. Mari menyanyi lagu negaraku kerana bangga.

Aku takkan mahu tutup. Kalau cakap pun mesti tipu saja. Samalah seperti vivi cakap, saya tak mahu makan banyak-banyak. Nanti berat bertambah. Tapi akhirnya makan banyak juga. Okay perumpamaan yang tidak berkaitan.

Aku sayang blog aku. Kau sayang tak blog kau?

Tuesday, February 9, 2010

Keyakinan suatu keunggulan

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni. Aku selalu saja serius. Bukan senang aku mahu bertindak serius ni tahu. Macam satu pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Aku dah rasa betul-betul tak pandai berpantun. Sekurang-kurangnya aku mencuba ya oranglidi. Teringat kata-kata pensyarah bahasa inggeris aku berbunyi,

if u try to make it, u never make it.

Jika kamu cuba untuk lakukannya, kamu tak pernah lakukannya. (aku rasa macam ni maksud dia, aku bukan pandai sangat omputih ni). Maksudnya jika aku cuba berpantun, aku tak pernah berpantun? So aku rasa aku takkan boleh berpantun. Kecewa.

Okay mari sambung cerita mengenai aku serius. Mana tidaknya. Kalau tak serius boleh jadi tak yakin. Satu hari pergi temuduga lepas latihan industri. Mula-mula jawab dengan yakin sampai penemuduga takut nak tanya banyak-banyak. Bila suruh aku bagi komen sikit tersengih-sengih sebab tak tahu nak komen apa. Hilang terus yakin bila sengih-sengih. Tak serius lah tu. Lu tau penemuduga senyum-senyum dekat wa. Malu wa beb. Okay kenapa tetibe cakap bahasa lanun ni.

Macam tadi. Dalam kelas bahasa inggeris. Jawab soalan ada juga jawab kurang yakin. Soalan aku dah lupa. Tapi sorang budak jawab sambil belakang ada kot. Terus kena dengan pensyarah,

" MANA BOLEH KOT-KOT, CUBA KAU NAK AKAD NIKAH, AKU NIKAHKAH KAU DENGAN NUR AMINA BT MASMOD DENGAN MAS KAWIN RM19000 KOT"

Ambil kau. Satu kelas takbir bergema dengan gelak ketawa.




p/s: Kalau nak yakin letak bedak banyak-banyak dekat muka. Konfem yakin.

Jahat tak bermakna tiada perasaan

Kamu semua mungkin pernah mempunyai perasaan ingin berlari dari sesuatu. Sebagai contoh bila ada masalah tak dapat memujuk awek yang merajuk. Pasti kamu akan mahu berlari dengan buat-buat sibuk atau buat-buat sakit bukan. Jika kamu perasan perasaan ini tidak sama jika ingin berlari ke tandas. Keduanya adalah perkara yang sangat berbeza tahu.

Semalam aku ke kelas tidak seperti biasa. Bukanlah aku hendak bercerita tentang lambat ke kelas. Aku datang awal. Pernah juga jadi macam ni. Bila awal-awal bangun ke kelas bersemangat gila nak belajar. Tapi bila dah sampai baru tahu tiada kelas. Terus turun semangat aku. Bak kata pepatah, kura-kura dalam perahu. Okay lagi sekali pantun tidak kena. Tapi aku masih mencuba ya.

Ada satu kelas pelajar pengaturcaraan kena sediakan slide untuk perbentangan (macam mana mahu eja perbentangan atau pembentangan?). Tapi semuanya ada tompok-tompok dekat slide. Bukan tompok-tompok tahi cicak atau tahi burung. Tapi tompok-tompok kerja tidak siap. Bila semakin ramai yang semakin tompok, pensyarah mula naik angin.

Habis satu kelas kena ceramah. Lama juga tak dengar ceramah. Beruntung juga dapat ceramah percuma waktu kelas, kata aku dalam hati. Tapi tiba-tiba suasana jadi sunyi. Agak lama juga pensyarah tak bersuara.

Akhirnya pensyarah melahirkan perasaannya sedih kepada budak kelas aku. Okay okay iya lah termasuk aku lah tu. Lama-kelamaan pensyarah duduk membisu dekat kerusi. Kelas menjadi suram. Kalau pasang lagu 'putus' pun boleh menangis tahu. Agak lama juga suasana tegang begitu. Pensyarah menjemput pelajar untuk keluar kelas kerana terlalu sedih dan tidak mahu melihat kami semua.

Semua keluar dengan perasaan muram. Masa inilah aku rasa aku macam mahu lari sahaja. Aku rasa tak mampu nak berdepan dengan cik dan memujuk. Hey aku rock mane reti pujuk. Tapi bila mengenangkan risiko dan tanggungjawab, aku memberanikan diri bersama kawanku memujuk pensyarah.

Mungkin kami tak perasan salah kami terlalu besar. Kami pandang remeh dengan kata-kata cik. Kami dah buat cik sedih dengan sikap kami.


" MAAFKAN KAMI CIK "





p/s: entri sekadar luahan. nak maki-maki dah boleh sekarang.

Monday, February 8, 2010

Tak sangka betul

Tak sangka betul hari ni bangun awal gila. Tambah tak sangka lagi boleh update blog pagi-pagi rabun. Mungkin aku dah berubah sekarang. Aku bangun pukul 6 pagi hari ini tahu. ( okay bangun pukul 6 pagi kau cakap awal gila kepala hotak).

Pagi-pagi ini aku teringat satu kisah remaja belia muda mudi. Semalam tengah lepak-lepak tak sangka terdengar berita tengahari. Pasal belia remaja minum air syaitan kena tangkap dekat Kuantan. Memang selalu buat tak layan bila dengar berita biasa-biasa artis bergaduh, berebut lelaki, cerai semua.

Tapi bila dengar berita macam kena tangkap minum ini, tiba-tiba rasa nak dengar lagi. Yang kena tangkap ialah anak melayu kita.Agama dah tentu Islam. Aku memang tak puas hati bila dengar denda yang dikenakan. Rm3000 untuk seorang. Selepas itu ada sebatan. Dan jika ada penjamin akan lepas dengan Rm3000 juga.

Kalau kena denda dan sebatan kira okay lah. Ada dua orang semalam lepas dengan penjamin. Ini yang buat aku rasa caranya tak betul. Setakat boleh lepas dengan penjamin, dah tentu tiada keinsafan dekat orang yang minum. Lagi-lagi kena dekat orang kaya-kaya lagi senang lah nak jamin.

Ini pasal anak melayu kita kau tahu. Minum air syaitan ni macam dah jadi perkara biasa. Ibaratkan kau pergi kedai beli air sirap bungkus ikat tepi. Macam dah tiada kesalahan langsung. Undang-undang Malaysia pun dah salah, apatah lagi undang-undang agama.

Setahu aku, minum arak ialah raja maksiat. Bila dah minum tak payah cakap lah berapa banyak maksiat nanti kita akan buat. Maksiat lain akan jadi permaisuri, dayang, hulubalang dan seangkatan dengannya. Semuanya turut akan terlibat termasuk merompak, merogol semua.

Aku bukan nak bersyarah dekat sini. Cuma nak luahkan apa yang aku rasa bila dengar berita semalam tu. Kita kan satu Malaysia. Kena saling menasihati ya tak. Sedangkan orang Myanmar pun nasihat aku jangan hisap rokok. Apatah lagi rakyat Malaysia ini. Macam satu pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Okay tiada kaitan. Tak reti pulak nak berpantun. Oranglidi pandai lah berpantun-mantun ni. Aku pandai hentam saja.

Baiklah semua boleh tutup buku sekarang. Esok ulangkaji mukasurat lapanbelas. Lusa saya akan tanya balik apa awak dah baca. Tak dapat jawab berdiri atas meja.

Saturday, February 6, 2010

Ku sangka emas rupanya kaca

Kamu pernah lihat amoi cantek tak? Jangan ya jangan kata kau pandang nyonya pun cakap cantik. Maksud amoi ialah seorang wanita tulen yang masih muda dan bergetah. Aku tak kira lah bangsa apa tapi kalau ada wanita muda mesti panggil amoi. Yang pasti oranglidi BUKAN amoi.

Tadi aku pergi beli barang dekat PET. Bukan beli dekat haiwan peliharaan kesukaan ya. PET ialah singkatan bagi nama kedai runcit POK ENG TENG. Dungun macam-macam ada. Cakap je apa yang takde. Mesti tiada.

Masa aku nak bayar ni ada amoi lah dekat sebelah aku nak bayar juga. Peh sekali pandang memang mengancam habis. Tergugat juga iman aku tengok amoi macam tu. Pakaian seksi meksi tu. Badan cantik. Peh putih gebu. Aku cakap ko dapat ni mesti tak keluar rumah lapanbelas hari.

Masa nak bayar kebetulan amoi tu nak bayar juga. Aku pun tiba-tiba jadi macho berdiri sebelah dia. Walaupun razman dah ambik gelaran macho tapi mungkin kali ni aku lebih macho. Lepas aku setle bayar-bayar barang, aku saja buat lambat-lambat nak angkat barang. Konon nak mengusha amoi tu. Sekali kau dia bukak mulut,

" DUNHILL 14 SEKOTAK"

Mak kau. Suara macam stone cold. Jantan rupanya. Mati-mati ingat perempuan.

Friday, February 5, 2010

Putus-emelda ahmad

Dengar lagu ni.

Layan gila.

Putus

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang len,
tergamakmu merobek hatiku.

aku duduk sendirian di kamarku,
menangis kesepian kernamu,
kau tinggalkan aku,
kau cari yang len,
tergamakmu merobek hatiku.

tapi setelah kau pegi aku
mendapat lebih baik drmu,
dia hargai aku,
dia sygi aku
lebih drpdmu,
aku ingin kau tahu betapa ku gembira,
tidak lg bersamamu,
namun pastinyer nnt kau akan sedari,

yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku,
yang kau perlu cintaku….

Wednesday, February 3, 2010

Confident ke yakin

Lama sudah rasanya tak berblogging. Biasalah orang malas memang begini. Tak tau lah kalau ada orang jeles juga aku malas.

Hari ini pelajar poli diploma pengaturcaraan semester akhir seksyen dua ada buat ujian java. Entah macam mana aku pun terlibat sama dalam ujian tu. Sambil buat ujian ada belajar sama ada yakin atau yakin atas.

Semuanya kena buat lukisan. Tapi ko hingat senang nak buat. Bukan pakai paint senang nak lukis-lukis. Ini kena pakai koding kau tau. Pening gila kepala nak buat. Koding ialah suatu kod aturcara yang terdapat dalam java. Okay saja nak bagitau.

Tapi macam mana pun dah siap semua kena tunjuk lah siap ada persembahan depan cik. Lepas dah buat persembahan cik tanya,

" RAFIQ, AWAK TAMBAH APA DARI SEBELUM NI?"

" SAYA TAMBAH BLA BLA BLA BLA....."

" OKAY BERAPA AWAK NAK BAGI 1-10?"

" KALAU IKUT SAYA MEMANG SAYA BAGI 10 CIK"

" AWAK NI OVER CONFIDENT YE, BUKAN CONFIDENT TAPI OVER CONFIDENT"

Nampak ya sudah terkena sekali. Okay lain kali kalau nak confident perlu cakap begini sahaja,

" SAYA CONFIDENT SAHAJA MARKAH SAYA 10 CIK"

Aku rasa mesti cik pensyarah tak cakap lagi yakin atas.

Monday, February 1, 2010

Khas tetiba terajin

Tiba-tiba terajin pula nak upload gambar. Dah lama tak buat filem panas. Mari kita terjah. Bassss.


Filem ini dilakonkan di Kuantan, Pahang. Memperkenalkan pelakon-pelakon yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

Dari kiri A, B, C, D.



Sesi penggambaran bermula. Pelakon D melakonkan watak stephen chow membaling bola boling. Nampaknya pelakon D ternyata lebih handal dari stephen chow kerana membaling pada lorong berwarna hitam dan berlekuk sedikit.


Babak pergelutan. Pelakon A dikelilingi oleh jejaka-jejaka hot. Jejaka hot berebut untuk mendapatkan pelakon A. Tetapi hanya seorang sahaja yang dapat iaitu jejaka paling hot. Jejaka yang paling hot ialah di sebelah kiri sekali kerana tugasnya ialah menyapu pasir di bawah matahari yang hot.



Babak sedih. Babak ini dibikin mengikut sejarah buku ujang dalam dialognya, "Mat, kita nak buat apa petang ni?" kata dol kepada samat. "Entahlah, jual bunga nak?" samat menjawab.



Dan akhirnya barisan-barisan pelakon serta krew penggambaran membuat hurey setelah tamat penggambaran. Seorang krew membuat gaya "for youu" menggunakan sebelah tangan sahaja. Tidak menjadi okay.



Dan ini adalah termasuk pelakon tambahan yang dijumpai berkeliaran di sekitar pantai teluk cempedak. Bolos sahaja dinding itu. Okay tiada kaitan.


Dan akhirnya bos filem membelanja shisha tanda sudah penat melakon. Bukan melakon tapi berlakon sebenarnya. Melakon pun okay apa comel sahaja bunyinya.



Dan terakhir. Khas gambar adik-beradik. Comel tak mereka?