Sunday, January 31, 2010

Ini bukan mencarut okay

Mula-mula nak buat aksi dulu.

" FOR YOUU!!" (sambil tangan dua-dua tunjuk kehadapan)

Okay boleh mulakan.

Semalam aku rasa hari paling berbahagia sebab dapat jumpa kawan lama.

Tapi hari ni hari paling penat sampai jadi malas gila.

Nantilah aku upload gambar.

Nanti la rajin sikit.

Friday, January 29, 2010

Kau nak tahu kedudukan?

Pening tak kalau kita tengah sedap-sedap makan nasi lepas tu tiba-tiba ada panggilan mengejutkan kita makan. Kalau sekali takpe lagi tapi kalau dah berkali-kali mesti rasa marah juga bukan. Seperti mahu makan pinggan sahaja bila terganggu selalu.

Samalah macam situasi aku semalam. Aku berhajat nak pergi main snuker dekat pusat snuker. Mestilah pusat snuker takkan pusat serenti karak pula kan. Aku semangat gila nak main tapi ramai pula orang berjemaah di pusat snuker. So aku kena tunggu giliran. Ada sorang kawan aku mesej aku tanya kedudukan aku. Ceh macam polis nak tahu kedudukan pula. Maksud aku dia tanya aku dimana, dan aku membalas lah di pusat snuker.

Tengah aku syok tengok orang main lepas tu tiba-tiba kawan aku ni panggil. Panggil dalam bahasa inggeris ialah call ya. Aku mengangkat dan bercakap lagi bahawa aku di snuker kerana dia bertanya kedudukan aku. Selepas tiba giliran aku bermain. Tengah sedap-sedap bermain lagi sekali panggilan masuk. Sekarang dah boleh lihat tahap kemarahan sebab bertanya soalan yang sama. Kedudukan kedudukan kedudukan.

Kalau betul lah kau nak tahu kedudukan pergi lah jadi polis. Tidak pun askar. Mestilah kau tahu tak payah tanya lagi dah. Potong betul bila nak fokus-fokis.

Thursday, January 28, 2010

Kawan tu penting dari seribu darham

Orang selalu kata berkawan biar seribu bercinta biar empat. Tapi aku rasa berkawan la selagi boleh, bercinta pulak biar lapan belas. Tak adalah. Bercinta satu sahaja dah cukup.

Aku tak suka betul kalau ada antara kawan kita ni. Berkawan punya lama senang susah penat lelah bersama. Bila tak cukup duit boleh pinjam. Bila takde rokok boleh pau. Bila takde awek boleh bagikan. Semuanya lengkap.

Tapi satu hari kawan tu jugak yang makan kita. Pergi kedai mamak order nama kita sebab nak makan kita. Bukan itu maksud aku. Tengah lepak sama-sama tiba-tiba kawan tu mengutuk kita depan kawan-kawan yang lain. Rasa marah tu ada tapi bila fikir tak nak besarkan perkara kecik kita pun diamkan aja. Padahal dalam hati ada rasa marah gila.

Kawan macam ni kadang-kadang dia tak perasan dah buat kawan dia terasa. Kawan dia pulak tak reti nak cakap dia dah terasa. So makin lama makin tersimpan perasaan terasa sikit demi sikit. Lama-lama bila dah tak tahan terus tak nak kawan dah.

Akhirnya bila ingat berkawan biar seribu berjuta terus tak ingat dah salah kawan kita. Pergi ambil tuala masuk bilik air terus buang air besar. Masuk balik bilik terus sarung selimut ambil masa nak tidur dan tidur.

Bangun tidur hilang semua perasaan marah terbuang dalam mangkuk jamban.

Tuesday, January 26, 2010

Kalau rahsia mesti lagi syok kan?

De.

Lu pernah dengar satu pepatah ni. Sedangkan batu boleh berlekuk kalau terkena air. Inikan pula kura-kura. Pasti kura-kura boleh berenang bukan.

Sebenarnya wa teringat zaman sekolah-sekolah lu. Itulah wa cakap kita semua rock memang ada hati batu sikit. Tapi hati pun boleh lembut juga. Macam batu terkena air. Hati wa pun boleh lembut juga sampai wa boleh rindu masa tingkatan-tingkatan dulu.

Wa masa sekolah dulu jangan terkejut lah kalau wa cakap wa pengawas sekolah. Wa memang pengawas sekolah. Wa ingat pengawas memang seronok gila. Rupanya lebih dari seronok. Wa boleh bertugas menjaga sekolah. Wa paling suka bertugas waktu perhimpunan sekolah. Budak-budak beratur dekat astaka, wa bertugas jaga pintu pagar belakang.

Masa rehat wa tak suka sangat. Wa kena jaga budak beratur nak beli makanan. Dapat budak-budak yang tak faham bahasa memang susah wa nak control. Jalan keluar diorang nak buat jalan masuk. Bila wa tak perasan mula lah nak lalu celah ketiak wa. Wa tau lah masa sekolah wa dah pandai pakai deodorant. Nak ambik bau sebelum makan lah tu.

Tapi wa ada satu tragedi. Wa penah datang sekali lambat. Okay-okay sebenarnya banyak kali juga lambat. Tapi satu hari tu wa lambat. Cikgu disiplin wa ada pulak jaga pintu pagar. Wa dah tak boleh lari lagi. Wa ingat nak buat-buat lah macam jaga pagar. Tapi tak boleh sebab wa galas beg sekolah. So wa tak berjaya nak buat helah. Cikgu disiplin wa dah bengang gila dekat wa sebab wa pengawas tapi datang lambat macam budak lain jugak.

Last-last pengawas lain semua gembira bila nak habis sekolah dapat sijil pengawas. Tapi wa tak dapat. Sampai sekarang mak bapak wa tak tau. Wa nak rahsia je perkara ni. Macam syah rukh khan kata,

" SESUATU KALAU DILAKUKAN DENGAN RAHSIA PASTI LEBIH BESAR NIKMATNYA"

Kalau lu tak paham lu pk lah sendiri sampai lu paham. Dah lewat ni. Wa nak pergi kelas esok. Gerak lu de.

Monday, January 25, 2010

amalan mulia amalan kita

De-de (brader-brader) semua. Hari ni gua nak bagitau lu orang semua pasal satu stori ni. Lu orang dengar lu orang boleh rasa sendiri de.

Hari tu gua balik bentong gua singgah dekat petrol minyak de. Gua kira jalan jauh jugak sebelum tu. Sampai-sampai gua terus masuk dekat pump site. Ada awek datang dekat gua. Gua tenung muka dia lama-lama. Lepas tu terus dia sound gua.

" MU NOK ISI TAK EMBOH NI"

Tak sopan punya awek sound gua. Harap muka je cantik. Tapi mulut tak cantik. Gua dah jalan jauh-jauh ingat dapat layanan istimewa. Sebenar gua kasi running dulu enjin motor. Takkan lah nak padam terus. Motor gua mana ada kulen boleh padam terus. Kang tak pasal motor gua susah nak stat balik.

Agak-agak lu orang awek ni boleh mencemarkan awek Malaysia tak. Lu orang tau la kan kita Malaysia ada budi bahasa. Budi bahasa budaya kita de. Bahasa menunjukkan bangsa.

Kita apa?

Rockkk!!

Sunday, January 24, 2010

Buat anak pandai

Lama sudah tak menekan keyboard sendiri. Dah sekian lama laptop aku bersemadi dekat rumah tanpa dibelai. Akhirnya baru sekarang kembali beraksi harimau. Oh tak perlu lagi aku bermadah berseni. Sengaja nak bagitau aku baru repair laptop. Baru sekarang dapat guna haiwan kesayangan aku ni.

Tiba-tiba teringat pasal satu perkara. Maaflah kalau agak kasar juga bahasa di sini. Orang cakap nak buat anak memang senang. Tapi kalau nak menjaga anak macam kura-kura susahnya.

Hari itu aku pergi satu kursus dekat pantai dungun. Dalam kursus ni aku dapat belajar rasa-merasai antara satu sama lain. Aku ingat semasa kursus sempat mengira petak-petak paras air. Yelah kursus dekat tepi pantai boleh tengok air pasang dari empat petak sampai lah tinggal satu petak. Petak tu sebenarnya ruang selamat untuk melepak ya. Entah apa kaitan aku cerita mengenai petak ni.

Yang pentingnya disini tengah lepak-lepak aku ternampak seorang kanak-kanak bermain dekat tepi pantai. Aku rasa ombak pada malam tu agak bahaya. Tapi budak tu dengan selamba radak je main dekat tepi pantai. Ombak hampir memakan dirinya kau tahu. Mana pergi nya mak bapak dia pun aku tak tahu. Dah lah begitu lepas main pantai boleh berlari-lari dekat jalan raya dengan kereta banyaknya malam tu.

Aku rasa nak marah aje budak tu. Kalau nak buat aksi maut pun jangan lah depan aku. Mak dia ni pun satu juga. Boleh biarkan anak dia bermain tanpa pengawasan yang sempurna. Ini lah orang kata buat anak pandai tapi nak menjaga macam kura-kura susah.





p/s: kalau aku dapat anak degil memang bagi pelempang free aje.

Wednesday, January 20, 2010

Mengelip-mengelip ku bertentang

Selalunya orang melepak dekat taman permainan terutama lelaki pasti ada dua tujuan. Yang pertama adalah berjoging. Dan yang kedua ialah mengusya awek. Mengusya yang dimaksudkan ialah bukan mengorat. Tetapi ialah melihat-lihat awek sambil mencuci mata. Aku pun tak faham kenapa dipanggil cuci mata dengan melihat awek. Tapi aku sendiri hairan setiap kali melihat awek. Mataku menjadi segar dan badan pun boleh berjogging tanpa penat. Sampai 20 round la bro. Bangga diri pulak. Maaf-maaf.

Kalau mengorat awek sebenarnya adalah seperti mengelip mata dekat awek. Mengelip mata ialah menutup sebelah mata tanpa menggunakan bantuan tangan atau sebarang objek. Tutup sahaja sebelah mata dengan mengelip-ngelip. Faham tak ni?

Tapi hari ini aku pergi ke poli pada kadar masa yang sesuai bukan bertujuan mengorat. Tetapi mata aku sebelah kanan mengelip-ngelip dengan sendirinya. Takkan lah depan pakwe pun aku mahu mengorat juga. Aku masih mempunyai nafsu terhadap wanita. Apa yang berlaku ialah mata aku mengelip sendiri walau di mana aku berada. Dalam kiraan aku mungkin sudah mengelip sebanyak beberapa kali. (aku tak kira sebenarnya)

Adakah ini satu petanda yang tidak baik. Kalau masa berjoging mungkin aku boleh kata petanda yang baik sebab mengelip di hadapan awek. Tetapi ini adalah semasa berada di poli.

Entah kenapa rasa macam tak sedap hati.

Tuesday, January 19, 2010

Pagi-pagi hari memang seronok

Bila seseorang itu bangun lebih awal dari yang biasa. Pasti dia berasa sungguh bersemangat dan gembira untuk memulakan hari nya. Hendak-hendak lagi tidak ada bantuan yang mengejutkan dia bangun dari tidur.

Hari ini terasa paling awal aku bangun SENDIRI dan bersiap dengan awal ke kelas. Sungguh bersemangat gila aku pada hari ini.

Hari ini juga aku berasa segar yang amat kerana boleh menjemur kain dahulu sebelum ke kelas. Tak pernah dibuat aku pagi-pagi menjemur kain. Biasanya petang akan jemur kalau sempat. Kalau tak sempat malam pun boleh.

Apa yang penting ialah aku dapat juga ke politeknik dengan awal gila. Sampai-sampai dekat politeknik aku cari makmal projek. Entah di mana letaknya. Disebabkan tak tahu makmal dimana kerana baru kelas pertama untuk subjek f5110, kawanku bertanya kawanku yang lain.

" HELLO, KAU KAT MANA?"

" HELLO AKU DEKAT UMAH LAH"

" KELAS KAT MANA?"

" KAN TAKDE PENYELIA LAGI, MANA ADA KELAS LAGI LA"

" OoO. OK"

Rupa-rupanya hari ini tiada kelas. Sungguh pertama kali aku awal ke kelas. Dan kali pertama ini lah rupanya tiada kelas. Memang memalukan. Memang memenatkan.

Sudah lah lepas ini malas ke kelas awal-awal lagi.

Monday, January 18, 2010

Semangat betul nak belajar

Rupanya aku sudah berada pada semester 6. Tanpa sedar aku dah hampir tiga tahun dekat politeknik sultan mizan zainal abidin. Tinggal 6 bulan sahaja aku akan menghabiskan diploma aku ini. Nama sahaja ambil kursus pengaturcaraan komputer tapi sampai sekarang tak tahu nak programkan aturcara mudah seperti kalkulator atau sistem pendaftaran pelajar. Kalau buat sistem poligami mungkin aku pandai.kot.

Masuk sahaja kelas pertama aku dah bersemangat untuk belajar dengan lebih tekun. Pelajaran pertama ialah web programming. Dalam bahasa melayu ialah pengaturcaraan web. Nama pensyarah aku dirahsiakan. Dia beritahu,

" SEM ENAM NI AWAK SEMUA TAK PERLU BELAJAR SANGAT SEBENARNYA. AWAK PERLU BANYAKKAN CARI AKTIVITI YANG BOLEH MEMOTIVASIKAN DIRI AWAK. INILAH MASA UNTUK AWAK CARI PASANGAN."

Tiba-tiba semua menjadi segar. Aku pun turut tersegar bila dengar macam tu. DD kalau tak segar juga tak tahulah.

Terus semangat belajar dengan tekun bertukar menjadi semangat mencari pasangan.

Baiklah.

Demi merealisasikan pesanan pensyarah aku. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh.

Saturday, January 16, 2010

Teluk bidara bukan telur dara lah

Kembali lagi kita dalam rancangannn... lu tak payah lah fikir sendiri. Jangan fikir bukan-bukan. Positif positif.

Hari ini saya akan membawa anda ke salah satu tempat yang menarik di Dungun. Sebelum itu saya ingin memberi anda sebuah pantun.

Pulau Pandan jauh nya rasa,
Gunung Daik bercabang-cabang,
Siapa tahu teluk bidara,
Dia ialah orang yang bukan calang-calang.

Macam apa sahaja pantun ini. Harap boleh terima.

Baiklah. Mari kita teruskan. Saya mahu bawa anda ke tempat yang diberi nama teluk bidara.Oranglidi tentu tahu di mana. Eh bagaimana oranglidi boleh terlibat dalam rancangan ini. Saya pun tidak pasti.

Buat pengetahuan anda semua. Tempat ini sangat cantik untuk dilawati. Tentu anda puas jika datang melawat tempat ini kerana terdapat pantai dan batu-batu yang sangat malatop bentuknya. Hendak-hendak lagi anda membawa musuh-musuh untuk datang ke sini. Bukan lah takkan lah musuh pula. Mestilah membawa kawan ke sini baru seronok.

Di sini terdapat juga sebuah gua yang berjarak dalam linkungan 1000cm. Nampak seperti jauh sahaja bukan bila dikira dalam sentimeter. Sebenarnya hanya 10meter sahaja ya. Jadi jangan risau jika mahu memasuki gua tersebut. Pasti boleh sahaja. Seperti menyanyi dalam karoke jamban. Apa kaitan ini. Maksudnya anda tidak perlu risau seperti menyanyi sahaja. Tiada risau.

Untuk menambahkan rasa bengang anda yang tahap melampau. Saya tidak menyediakan gambar teluk bidara tersebut. Tetapi jika mahu juga. Saya letak di bawah ini. Tengok lah tanpa bengang. (sahaja membuat gimik)

Ini adalah lokasi teluk bidara dimana seorang wartawan kami sedang berposing dihadapan kamera. Dia sangat perasan dirinya kacak kerana membuat rambut pacak tidak ubah seperti burung gagak.


Wartawan kami sangat malu dengan dirinya lalu mengambil inisiatif untuk duduk sahaja sambil memikirkan dirinya masih belum cukup kacak untuk membuat rambut pacak tidak ubah seperti burung gagak.


Jadi sampai disini dulu saya membawa anda. Jika ada masa saya akan membawa anda lagi. Saya boleh membawa kemana-mana sahaja termasuklah membawa anda menjadi bingai.

Kita kembali ke studio utama. ZASSS ZISSS ZUSSS


Friday, January 15, 2010

Pertama kali rasa seronok terharu

Budak baik nak bercerita ni. Mesti kena ada mukaddimah dulu.

Pasar malam merupakan sebuah tempat yang mempunyai gerai-gerai jualan seperti menjual keropok lekor, menjual baju t-shirt, menjual kuih sosej gulung, dan sebagainya. Siapa yang tidak tahu pasar malam itu apa memang malang sekali kerana pasar malam sangat mudah untuk diketahui apa bentuknya. Yang pasti ia dibuka pada waktu petang sehingga malam. Kalau tutup pukul 7 petang sebenarnya bukan pasar malam tetapi adalah pasar senja. Jangan mudah terpedaya jika orang mengajak pergi pasar malam tetapi sebenarnya pasar senja. Apa benda aku mengarut ini. Sudah lah.

Semalam aku pergi pasar malam dekat dungun. Pertama kali aku rasa seronok pergi pasar malam sebab macam-macam boleh jumpa semalam.

Ada orang buat magik gulung-gulung surat khabar. Last-last jadi burung merpati. Yang ni real weh. Depan mata orang ramai seorang orang dayak ni buat. Iye orang dayak yang buat magik. Letih juga nak tunggu dia tukarkan kertas jadi burung merpati tahu. Naik dara aku menunggu. Ops bukan naik dara ya. Naik darah sebenarnya. Lepas tu dia jual ubat jerawat. Itu aja mata dia sebenarnya. (mata yang dimaksudkan ialah point)

Selain itu. Aku terjumpa ahli magik yang dekat astro tu. Entah apa nama dia. Tapi dia ada rancangan sendiri. Kalau nak tahu pergi lah search sendiri apa nama dia. Aku sempat tangkap gambar dia aja. Saja nak bagi kau orang semua bengang, aku tak mahu letak gambar itu sebab aku malas. Harap dimaafkan.

Tapi yang ni gila lah.

Pertama kali ada orang tegur aku sambil tersenyum. Pertama kali juga aku rasa bangga menulis blog. Aku pun terjah,

" EMM MACAM KENAL, SAPA NAMA KAU EK?"

" HEHE PRINCESS ******"

" OH HAAH LAAA"

" EMM AKU SUKA BACA BLOG KAU"

Wah dengar tak tu? Dengar tak? Nak aku ulang tak?

Terharu nya aku rasa ada juga orang yang sampai hati cakap suka baca blog aku. Aku dah rasa gembira gila bila dengar sampai malas nak tulis blog dah. Okay takdelah. Aku gembira sampai nak tutup blog sebenarnya. Eh takde juga. Aku rasa gembira lah orang puji blog aku. Betul ni aku terharu. Aku ingat nak belanja dah princess yang puji blog aku tu. Tapi tak sampai hati pula nak belanja. Okay memang niat nak belanja tapi tak sempat ya.

Okay lah. Aku nak menangis sekarang sebab terharu sangat. Tak sangka nama blog macam darahmalaya pun ada orang suka. Entah kenapa aku terletak link pula. Lagi sekali rasa nak menangis.

Thursday, January 14, 2010

Ubat mengembalikan kewanitaan

Assalamualaikum semua.

Selamat sejahtera bagi bukan islam.

Fuyo siap ada selamat sejahtera macam ada orang ramai aja baca blog aku.

Aku sudah jadi baik sedikit sekarang. Ye lah poli dah buka. Baru aja aku daftar poli tadi. Macam biasa lah nak daftar dekat dewan mula-mula lalu kedai gunting rambut dulu depan dewan. Siapa-siapa rambut panjang ada ekor ada tanduk mesti kena potong dulu dengan pensyarah kursus pendandan rambut. Okay poli mana ada kursus tu. Aku saja ja.

Lepas pergi daftar poli nak pergi makan sekejap tunggu daftar kursus. Last-last tak jadi makan sebab lauk tak menyelerakan. Jadi minum sahaja. Pandai betul akak jual air tu. Boleh berniaga sampingan ubat-ubat untuk wanita.

" AKAK, NI UBAT APA NI BOLEH MENYECUTKAN RAHIM MENGEMBALIKAN DARA NI?"

" HA TU UBAT UNTUK ORANG RUMAH."

" OH YE KE KAK. KALAU ORANG RUMAH SAYA LELAKI MACAM MANA?"

" HAH MACAM TU BAGI DEKAT NENEK KAU!"

Okay takde lah. Akak tu balas dengan gelak aja sebenarnya.

Ada ke patut jual ubat macam tu dekat kedai minum. Untuk wanita sahaja pula tu. Kalau ada ubat mengembalikan teruna boleh juga aku beli. Woi jangan pk bukan-bukan. Aku masih TERUNA okay.

Macam biasalah bukak aja sem baru ni aku mesti niat nak belajar betul-betul. Keputusan teruk gila semester lepas. Malas nak cerita dekat korang. Tak sampai hati aku nak bagitau keputusan teruk tu.

Doakan aku jadi budak baik ye.

Wassalam.

atau

Selamat Sejahtera kembali.

Tuesday, January 12, 2010

Masih sempat lagi

Mula-mula sekali aku nak gelak.

hahahahaha

Apa ke ngangba sangat aku baru tiba-tiba nak ucap selamat tahun baru. Sekejap ya kalau tak tahu ngangba tu ape pergi ambik cermin lepas itu letak dekat skrin ah ah tak payah lah susah-susah. Kau terbalik aja suku-kata tu faham lah sendiri.

Yelah ngangba lah sebab baru nak ucap selamat tahun baru dah hari ke berapa ni. Sebelum ni nak ucap jugak tapi asyik terlupa aja. Yang asyik tak terlupa ialah hisap rokok. Kuat betul hisap rokok sekarang. Padan muka aku takde duit nak beli minyak rambut.

Okaylah kali ni aku betul-betul teringat nak ucap selamat tahun baru kepada semua orang.

SELAMAT TAAHUN BARUUU!!! Phwewwewfeweewwe.

Semoga tahun baru yang berbahagia ini kita saling bermaaf-mafaan buang yang keruh ambil yang jernih. Segala sengketa lama kita abaikan. Segala hutang lama kita langsaikan. Segala salah silap harap dimaafkan. Semoga kita tidak menjadi syaitan. Peh dah macam pantun pulak. Tak percaya? Tengok ni.

Segala sengketa lama kita abaikan
Segala hutang lama kita langsaikan
Segala salah silap harap dimaafkan
Semoga kita tidak menjadi syaitan

Ha padan muka engkorang kena baca dua kali. Sapa suruh tak percaya macam pantun.

Aku nak bagitahu aku sangat sibuk masa hari pertama tahun baru sampai hari kesebelas ni. Sekarang baru rasa senang sikit nak menaip dan baru teringat nak mengucapkan selamat tahun baru. Belum terlewat lagi bukan. Awal lagi ni. Aku harap masih boleh diterima.

Tahun baru ini aku berazam sangat nak kahwin. Tak adalah. Kepala hotak aku muda lagi nak kahwin buat apa. Aku berazam sangat nak kahwin. Sekali lagi kepala hotak. Ok ok Serius aku berazam nak datang kelas awal sedikit. Selalu datang lambat sahaja. Lagi nak berazam nak berjimat-jimat dengan duit ptptn aku. Lagi berazam nak repair laptop. Berazam nak beli perfume hugo boss xy. Berazam nak karoke dua ratus lagu. Berazam nak berjimat-jimat.

Nampak tu dua kali berazam nak berjimat-jimat. Semoga hasrat aku tercapai. Kepada engkorang aku berazam supaya kau semua berazam macam aku juga. Marilah berazam bersama-sama. Tukar azam anda. Tukar azam anda.


Friday, January 8, 2010

Jeleskah engkorang

Sudah puas aku malas selama beberapa ketika ni. Sekarang cuba nak jadi rajin sedikit pula. Tapi malas sayang nak tinggal. Sedih kalau tinggal malas lama-lama.

Hari tu aku pergi mandi dekat pantai teluk batik. Awal-awal lagi aku nak cakap aku malas nak letak gambar. Kan dah cakap aku malas lagi. Tu lah tak percaya.

Tapi memang best lah mandi dekat sana sebab dapat berenang dekat laut. Biasa berenang dekat atas katil apa rasa. Macam selenge aja.

Lepas tu pergi main go-kart. Entah kenapa panggil go-kart. Sebenarnya main bawa-bawa kereta dekat litar. Tekan minyak dengan brek. Gear memang takde. Boleh tahan main drift-drift. Baru lap pertama aku dah drift. Tapi baru lap pertama juga aku kereta aku dah berpusing. Memalukan betul. Nasib baik aku tak bagitau sesiapa. Ops sekarang dah terbagitahu.

Lepas tu lagi pergi karoke empat jam. Menyanyi sampai hilang suara. Kalau ada lagi suara boleh memekak dalam kereta. Macam nak hujan aja sebab nyanyi macam katak. Suara memang paling sumbang. Nasib baik juga tak bagitahu sesiapa. Aiseh lagi sekali dah terbagitahu.

Dah aku saja nak cerita bosan bosan ni. Bising lah korang nak jeles-jeles. yang ni kalau hana tak jeles tak tahu lah. Bukan senang nak mandi pantai dan main go-kart sambil karoke empat jam.

Harap semuanya bersabar.

Monday, January 4, 2010

perajin tu susah

aku sibuk sekarang.

tengah berfoya-foya dekat perak.

malas nak update.

titik.



haha