Saturday, November 6, 2010

Budak-budak hebat

Budak-budak sekarang sangat advance. Ada yang kaki pukul, kaki gaduh, dan kaki tinju. Tak kurang juga yang kaki kudis dan kaki kurap.

Umur bawah 13 tahun mungkin boleh panggil budak-budak. Kalau dah lebih 13 tahun boleh panggil bapak budak.

Macam-macam kita dengar tentang kehebatan budak-budak zaman sekarang. Masa zaman kita (sekarang tua) naik basikal lepas tangan pun sudah kita hebat. Tapi sekarang budak 13 tahun naik motor boleh pacak-pacak lepas tangan. Lagi hebat budak umur 2 tahun naik kereta lepas tangan.

Belum cerita yang kuat main games. Sanggup jalan kakai pergi game nak cari cd games. Last-last sampai kedai games terpaksa pinjam toilet sebab tak tahan nak buang air.

Baru-baru ini aku ada pergi satu jamuan makan. Satu meja makan orang besar dan satu meja makan budak-budak susun sebelah-sebelah. Aku yang duduk dekat meja orang besar terdengar perbualan pendek budak-budak. Paling hebat pernah aku dengar.

" weh, sape nak telur kuning?"

" aku! aku!"

" ah, mane boleh! ni aku punye!"

Nampak. Hebat bukan? Tawarkan siapa nak telur tapi bila ada orang nak dia tak bagi. Tak syak lagi. Dengar perbualan saja dah tahu hebat.

9 comments:

chentaMAYA said...

zaman skg neh~

Aqilah Nur said...

mcm2.

~nEeYsA~ said...

hahaha..lwk tol yg sal tlur kuning tu...dush2 budk itu..haha..wat org mnghrp je..hbt tol..huahuahua

.rafiq. said...

maya. dunia dah maju kan.

aqilah, ha macam kau kan?

neeysa, budak2 skg pelik. selalu nak mintak pelempang. haha

Frodo Baggins said...

hahahhaha tu namanya jinius! kah2

Liquid said...

tulah... budak2 baru nak UP..!!

fndrocka said...

Erk..memainkan perasaan org

.rafiq. said...

frodo, haha jinius ni pandai hidupkan suasana panas.

liquid, tak matang. tak cukup tumbuh bulu lagi.

fnd, buat orang nak balas pakai tangan kan?

Freaky said...

budak2 :)